Jumaat, 8 Ogos 2008

ARTIKEL POLITIK

Siapa Bakal Menang di Permatang Pauh

Perletakan jawatan Ketua Pembangkan Dewan Rakyat yang juga Presiden Parti KeADILan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail sebagai ahli parlimen Permatang Pauh telah membuka laluan untuk diadakan satu pilihanraya kecil hanya lima bula selepas pilihanraya umum yang lepas.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan pada 16 Ogos sebagai hari penamaan calon sementara 26 Ogos tarikh pembuangan undi. Siapa yang bakal menang di kerusi permatang pauh yang disifatkan kubu kuat PKR ini?

Rata-rata pemerhati politik berpendapat BN khususnya UMNO pasti sukar untuk merampas kerusi ini. Malah Tan Sri Anuar Musa terang-terang mencadangkan agar BN khususnya UMNO tidak perlu membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk merampas kerusi tersebut.

Pendapat yang disuarakan oleh Tan Sri Anuar Musa ada juga logiknya kerana sejak tahun 1982 kerusi ini menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar daripada kerajaan dan parti pada tahun 1998 dan pilihanraya umum di adakan pada tahun 1999 kerusi tersebut gagal dirampas oleh BN khususnya UMNO walaupun ditandingi oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar masih merengkok dalam penjara sungai Buluh.

Begitu juga pilihanraya umum 2004 ketika pembangkang ketandusan isu dan rata-rata kawasan telah dimenangi oleh BN namun permatang pauh tetap menjadi milik Datuk Seri Wan Azizah. Dan pilihanraya lepas sekali lagi kita melihat PKR khususnya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tetap kukuh di parlimen tersebut.

Disamping itu kita melihat kebangkitan rakyat terdiri daripada pelbagai kaum yang telah mengalihkan sokongan daripada BN kepada Pakatan Rakyat dan memberi sokongan kuat kepada Datuk Seri Anwar menyakinkan kita masyarakat Permatang Pauh pasti tidak akan mensiasiakan harapan yang begitu tinggi yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat terhadap anak Cherok Tok Kun ini.

Lebih-lebih lagi selepas debat yang dijayakan oleh Datuk Seri Anwar dengan Datuk Sabri Chik yang disiarkan secara langsung oleh TV7 membuktikan kepada rakyat akan kewibawaan dan kebolihan Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara. Sebelum ini gagasan yang dikemukakan oleh Datuk seri Anwar hanya diikuti oleh pendokong dan penyokong reformasi di tempat-tempat ceramah tapi rancangan debat itu telah memberi peluang kepada rakyat yang tidak pernah hadir mendengar ceramah-ceramah Pakatan Rakyat untuk menilainya. Selepas program debat itu keudara popularity Datuk Seri Anwar bertambah dengan drastic.

Kini kedengaran ura-ura kerajaan akan menahan Datuk Seri Anwar berikutan tuduhan liwat. Rata-rata pemerhati politik yang jujur berpendapat, sekiranya kerajaan menahan beliau di penjara Datuk Seri Anwar akan mencapai kemenangan yang lebih besar kerana rakyat khususnya masyarakat pengundi di Permatang Pauh akan bertambah simpati terhadap beliau.

Walau apa pun tindakan kerajaan BN khususnya UMNO gelombang kebangkitan rakyat menentang kerajaan BN sudah tidak mampu di sekat. Kita dapat dengar suara rakyat diperingkat akar umbi apabila kerajaan BN bercadang untuk mengurangkan harga minyak pada bulan September ini.

Rata-rata menempelak pemimpin BN kerana sudah terlambat tindakan itu kerana kebanyakkan barang-barang keperluan lain telah naik dan tak mungkin akan turut. Rata-rata mereka berkata kenapa mereka tidak fikirkan dulu?

Sehubungan itu rata-rata pemerhati politik yakin Datuk seri Anwar kan mendapat kemenangan dan kembali sebagai ahli parlimen. Kemasukan Datuk seri Anwar sebagai ahli parlimen akan menyakinkan ahli-ahli parlimen yang telah berjanji kepada Datuk Seri Anwar untuk mengalihkan sokongan daripada BN kepada Pakatan Rakyat. Dan jika ini dapat direalisaikan maka kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO akan tumbang.

Yakinlah selepas kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO ini tumbang maka hayat BN dan juga UMNO pasti tidak akan dapat bertahan lama. Ini kerana rata-rata pemimpin yang berada dipersada kekuasaan BN dan UMNO ini hanya mementingkan kedudukan dan kepentingan diri yang boleh dikaut. Diramalkan selepas peralihan kuasa ini berlaku BN dan UMNO akan berkubur paling kurang lima tahun daripada tarikh tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan