Ahad, 3 Oktober 2010

Wang Judi: Pemberian Kepada Warga Emas PP

SELEPAS Kerajaan Negeri Pulau Pinang jatuh ketangan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP maka kerajaan baru itu telah mengumumkan akan memberikan bantuan khas kepada warga emas sebagai penghargan mereka kepada jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan selama ini. Pemimpin UMNO malah seluruh rakyat negeri ini tertunggu-tunggu apakah bentuk bantuan yang bakal diberikan.

Akhirnya kerajaan negeri membuat pengumuman yang kerajaan negeri akan mengeluarkan bantuan khas ini kepada semua warga emas sebanyak RM100.00 setiap orang. Maka tampillah pemimpin UMNO yang mempertikaikan jumlahnya dan kata mereka jumlah sebanyak itu terlalu kecil hanya RM0.274 sen sehari.

PERSOLANNYA, MENGAPA TIADA SESEN PUN BANTUAN SEUMPAMA ITU YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG KEPADA WARGA EMAS SEPANJANG 50 TAHUN MENTADBIR NEGERI INI? HARUS DIINGAT WALAUPUN RM100.00 TETAPI BAGI WARGA EMAS YANG TIDAK MEMPUNYAI PEKERJAAN DAN TIDAK MEMPUNYAI PENCEN NILAINYA CUKUP BESAR. BERMACAM-MACAM PERKARA YANG INGIN DIBUAT OLEH MEREKA DENGAN WANG SEBANYAK ITU.

Setelah kerajaan negeri mengeluarkan bantuan itu tiba-tiba timbul pula cerita wang itu datangnya dari sumber judi. Walaupun Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah memberikan penjelasan kerajaan negeri tidak menggunakan wang sumbangan syarikat perjudian itu kepada orang Islam sebaliknya menggunakan wang itu untuk membantu orang bukan Islam namun kepimpinan UMNO negeri terus membuat serangan kepada kerajaan negeri.

Lanjutan daripada serangan itu pemimpin UMNO Kepala Batas telah mengumpulkan kira-kira 40 orang warga emas untuk menyerahkan kembali wang RM100.00 kepada kerajaan negeri melalui Datuk Azhar yang juga Ketua Pembangkan DUN Pulau Pinang. Kini diikuti UMNO Bayan Lepas kemudian UMNO Bukit Mertajam dan mungkin ada lagi selepas ini.

PERSOALAN TIMBUL, DIMANAKAH WARGA EMAS ITU MENDAPATKAN RM100.00 UNTUK MENYERAHKAN KEMBALI WANG SEBANYAK ITU KEPADA KERAJAAN NEGERI. DIYAKINI WANG PEMBERIAN KERAJAAN NEGERI ITU TELAH HABIS DIGUNAKAN OLEH MEREKA. SEKIRANYA ADA PIHAK YANG MENGELUARKANNYA AGAR WARGA EMAS MENYERAHKAN KEMBALI WANG ITU KEPADA KERAJAAN NEGERI MELALUI DATUK AZHAR, TIDAK TERBINTIKKAH DI HATI KECIL PEMIMPIN TERSEBUT, BAGAIMANA PERASAAN WARGA EMAS YANG MEMANG MEMERLUKANNYA TAPI HANYA MAMPU MEMEGANG DAN KEMUDINNYA MENYERAHKAN KEMBALI. KENAPA HARUS DIPERMAINKAN HATI DAN PERASAAN WARGA EMAS SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN KEPENTINGAN POLITIK?



Menurut bekas Mufti Perlis Datuk Dr. Asri Zainal Abidin, warga emas boleh menerima wang sumbangn itu walaupun datangnya dari sumber yang haram, yang salah bukan penerima tetapi kerajaan negeri dan syarikat perjudian itu.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual makanan yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia berniaga makanan.” Kata bekas mufti Perlis itu lagi.

JESTERU ITU DIHARAP JANGANLAH KEPIMPINAN POLITIK BERMANUPULASI PERKARA SEUMPAMA INI DEMI KEPENTINGAN POLITIK. BERGERAK DAN BERTINDAKLAH UNTUK MENANGI HATI RAKYAT SEKIRANYA INGIN KEMBALI MEMERINTAH NEGERI INI. SEKIRANYA BENAR-BENAR JUJUR UNTUK MEMBEL A RAKYAT MAKA TUHAN AKAN MEMBUKA JALAN DAN RUANG UNTUK BERGERAK.

JANGAN CARI KESALAHAN DAN KELEMAHAN ORANG DAN JANGAN PERTIKAIKAN TINDAKAN ORANG LAIN, DITAKUTI USAHA ITU AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI BAGAIKAN MELUDAH KELANGIT AKHIRNYA JATUH ATAS BATANG HIDUNG SENDIRI.
Artikel ini pernah disiarkan di Utara Online, di sana aku gunakan nama pena Nurzaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan