Selasa, 19 November 2013

BERTEMU DENGAN BEKAS ADUN KUALA KETIL


Baru-baru ini saya bersama kawan-kawan media Abd Razak Osman  dari Utusan Malaysia, cawangan Sungai Petani serta Sukri  Shawal, Jurugambar RTM juga cawangan Sungai Petani. Kami lepak-lepak dan sembang kosong.

Sedang kami berbual muncul mantan  ADUN Kuala Ketil dan bekas Ketua Bahagian UMNO Padang Serai, Datuk Dek. Datuk Dek selepas bersara daripada politik memegang beberapa jawatan dalam NGO dan kini beliau adalah Setiausaha, MUBARAK, Kedah.

Kami berbual pelbagai topik mengenai perkembangan semasa termasuk mengenai PRK Dun Sungai Limau yang kebetulan baru saya berlalu. Beliau memberikan pandangan punca kekalahan dan jalan untuk mencipta kemenangan.

Menurut Datuk Det, punca kekalahan disamping kawasan tersebut merupakan kubu kuat PAS terdapat masalah dalaman parti di Parlimen tersbut memandangkan baru saja proses pemilihan parti. Bagi mencapai kejayaan dalam PRU 14 nanti jentera UMNO Bahagian perlu mencari pendekatan untuk masuk dan menarik pengundi dalam kawasan yang menjadi kubu kuat PAS itu.

Saya memberitahu usaha untuk menarik sokongan penyokong PAS sulit kecuali penyokong PKR yang rata-ratanya bekas anggota  UMNO. Pendirian penyokong PAS amat berbeza  dan sukar untuk menarik mereka. Datuk Det mengakui kesukaran itu dan katanya kalau hendak menang kena usaha dan kena cari pendekatan yang dapat menawan hati penyokong PAS.

Terlanjur terjumpa kami juga berbicara soal pemilihan UMNO. Beliau menceritakan perjuangan zaman beliau menjadi Ketua Pemuda dan Ketua B
ahagian dengan sekarang amat berbeza.  Rata-rata pemimpin dulu bukan orang senang. Tapi sekarang kalau hendak jadi pemimpin bahagian UMNO kena orang senang da nada duit. Kalau tidak punya duit memang susah.


Lalu saya mencelah, kalau tidak ada duit bertapa hebat, betapa pintar dan genius sesaorang itu pasti tak mampu menjadi pemimpin. Datuk Det tersenyum mendengarkan ulasan saya.