Sabtu, 26 Januari 2008

ISU SEMASA

MELAYU PULAU PINANG PERLU TIMBALAN KETUA MENTERI BARU
PILIHANRAYA UMUM KE-12 kala menjelang, bahangnya kini sudah terasa dikalangan aktivis politik. Rata-rata pemerhati dan aktivis politik menjangkakan bahawa pilihanraya umum bakal diadakan dalam suku tahun pertama tahun 2008. Namun tarikh sebenar pilihanraya masih tersimpan rapat di sudut hati Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Buat masa ini hanya beliau yang tahu bilakah pilihanraya akan diadakan.

Ramai pemerhati politik berpendapat walaupun kerajaan BN pada waktu ini terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul seperti kes Vedio V.K. Lingam, Isu Hindraf, Isu Pembunuhan ADUN, Isu Moral oleh Menteri, Isu minyak masak, Isu Yuran Tambahan Persekolahan, Isu kenaikan barang-barang keperluan malah pelbagai lagi isu yang perlu ditangani bagi menghadapi pilihanraya umum.

Biarpun begitu banyak isu yang perlu di selesaikan dan dirasakan amat sukar kerajaan BN menyelesaikan semua isu-isu tersebut. Namun kerajaan BN dilihat tidak boleh menangguhkan pilihanraya lebih lama lagi kerana pertama isu kenaikan minyak di pasaran antarabangsa dan dirasakan kerajaan BN pasti ingin menaikan harga minyak. Memandangkan kenaikan harga bahan api itu pasti akan diikuti dengan kenaikan barang-barang keperluan lain maka kerajaan BN perlu mengadakan pilihanraya terlebih dahulu sebelum menaikan harga minyak.

Di samping itu, jika pilihanraya diadakan selepas April 2008 ini maka Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti layak menyertai pilihanraya tersebut. Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pilihanraya umum boleh memberikan impak yang besar kepada BN. Jika sebelum ini barisan kepimpinan BA memenag telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika mereka berkuasa tapi rakyat diperingkat bawah tidak dapat melihat rasionalnya kerana beliau tidak bertanding. Jadi berdasarkan pelbagai faktor yang diambil kira pilihanraya umum memang sudah semakin hampir.

Dan sekiranya pilihanraya umum akan diadakan harakah kepimpinan UMNO Pulau Pinang khususnya Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi perlu memikirkan dengan serius siapakan calon UMNO yang bakal dicalonkan sebagai Timbalan Ketua Menteri. Timbalan Ketua Menteri yang kini disandang oleh Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah sudah dilihat tidak mampu membawa agenda Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau adalah Timbalan Ketua Menteri yang paling lemah pernah di calonkan oleh UMNO Pulau Pinang.


Kepimpinan Datuk Seri Mohd Sharif Omar boleh tahan dan era kepimpinan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya mula menampakan kelemahan dan Timbalan Ketua Menteri sekarang dilihat paling lemah sedangkan Perdana Menteri adalah anak Pulau Pinang yang menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Cuma kepimpinan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad ketika menjadi Timbalan Ketua Menteri nampak terselah.

Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO dan BN Pusat serta Perdana Menteri sudah pasti tidak mahu dibebani dengan masalah kelemahan Timbalan Ketua Menteri dalam pentadbiran negeri kelahiran Perdana Menteri itu. Jadi siapakah yang mampu memikul tanggungjawab berat ini?

Berdasarkan kajian rambang yang dibuat tidak ada seorang pun dikalangan ADUN UMNO yang sedia ada mampu memikul tanggungjawab ini. Kini mereka diperingkat akar umbi mula melihat Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad sebagai calon paling unggul untuk jawatan tersebut. Jika dibandingkan ketokohan dan ketrampilan keempat-empat bekas Timbalan Ketua Menteri ternyata keupayaan Datuk Seri Dr. Ibrahim paling menonjol.

Jadi rata-rata mereka diperingkat akar umbi yakin tidak ada salahnya kerajaan BN mengembalikan jawatan tersebut kepada beliau demi untuk mempastikan agenda politik melayu di negeri ini terus terbela. Persoalannya kini, di mana beliau akan diletakan sebagai calon DUN BN kerana Parlimen Batu Kawan yang mana beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO tidak mempunyai sebarang kerusi untuk UMNO.

Ramai berpendapat Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad boleh dihantar ke kerusi DUN Seberang Jaya yang kini di wakili oleh Datuk Arif Shah Omar Shah. Di satu sudut Datuk Arif Shah adalah antara ADUN UNMO yang aktif mengerakan program walaupun beliau mungkin tidak begitu disenangi oleh kepimpinan UMNO Permatang Pauh. Jadi percalonan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad di kerusi tersebut dapat meredakan pertelingkahan kepimpinan UMNO bahagian tersebut dengan Datuk Arif Shah.

Persolannya kini, bolehkah Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi meletakan Datuk seri Dr. Ibrahim Saad di situ? Berdasarkan kedudukan beliau selaku Perdana Menteri di rasakan, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi mampu melakuknanya. Dalam pilihanraya lepas beliau telah mencalonkan YB. Shabudin Yahya anggota UMNO Kepala Batas di DUN Permatang Beranggan, Parlimen Tasek Glugor. Tindakan ini telah menghasilkan kejayaan dan kini YB. Shabudin Yahya telah dilantik sebagi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau PInang.

Jika Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi benar-benar meletakkan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad bertanding di DUN Seberang Jaya atau pun di Sungai Bakap dan kemudiannya melantik beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang diyakini agenda Melayu Pulau Pinang mampu digerakan semula.

Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad seorang pemimpin yang berani dan mempunyai banyak idea dalam usaha beliau mengatasi masalah melayu Pulau Pinang malah beliau dijangka mampu memertabatkan Melayu Pulau Pinang lebih-lebih lagi adanya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi di kerusi nombor wahid negara.