Ahad, 27 Disember 2020

TUN DR MAHATHIR BERJAYA HURU HARAKAN PH DAN UMNO

TUN Dr. Mahathir memang pakar strateji dalam politik, mutakhir ini tindakan Tun melepaskan jawatan Pengerusi PH dan Perdana Menteri bukan saya  berjaya menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri malah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan PH yang sekian lama berjuang untuk membentuk kerajaan.

            Lebih kurang 20 tahun PKR berjuang yang dibantu oleh DAP dan PAS dan kemudiannya AMANAH telah berjaya membentuk kerajaan tapi hanya mampu bertahan selama 22 bulan.Ini gara-gara tindakan Tun Dr. Mahathir yang melepaskan jawatan Pengerusi PH dan Perdana Menteri tanpa sebarang perbincangan dengan Majlis Presiden PH yang melantik beliau. Tindakan Tun Dr. Mahathir itu telah menafikan hak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri selepas itu

            Tun  Dr. Mahathit kini telah berjaya memporak porandakan bukan saja PH malah UMNO. Kita tidak tahu mengapa Tun Dr. Mahathir tidak mahu sangat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ? Mungkin Tun Dr. Mahathir merasa dirinya meludah kemudian terpaksa menjilat balik ludahnya.

                                                         

Tun Dr. Mahathir sanggup lakukan apa saja hatta meletak sanggup meletakan jawatan Perdana Menteri asalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri. Sedangkan kepimpinan PH termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju Tun terus menjadi Perdana Menteri sehingga persidangan APEC namun Tun Dr. Mahathir tetap melepaskan jawatan Pengerusi PH dan Perdana Menteri.

Kita juga tak tahu mengapa Tun Dr. Mahathir benci sangat dengan UMNO sedangkan Tun Dr. Mahathir sendiri pernah menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN malah melaui jawatan itu Tun Dr. Mahathir telah menjadi PM selama 22 tahun. Tun Dr. Mahathir disertai oleh Tan Sri Muhyidin Yasin telah menubuhkan BERSATU yang bertujuan untuk mengambil alih peranan UMNO dalam persada politik negara                                                                                

Tun Dr. Mahathir sedar untuk menjatuhkan kerajaan BN/UMNO, Tun Dr. Mahathir tidak boleh bersendiri dan BERSATU perlu menyertai PH. Tun Dr. Mahathir juga tahu tanpa sokongan dan dokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti keinginannya untuk bersama-sama PH dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN/UMNO tidak akan menjadi kenyataan. Maka Tun Dr. Mahathir telah merendahkan egonya pergi berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.


Sesungguhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang manusia berjiwa besar sudi menerima Tun Dr. Mahathir dan BERSATU menyertai PH malah memberikan jawatan Pengerusi PH kepadanya. Malah Majlis Presiden PH telah bersetuju menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya menyerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun apabila Tun Dr. Mahathir diangkat menjadi Perdana Menteri, Tun telah mengumpul mereka yang tidak sukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dikelilinginya. Tun Dr. Mahathir telah melantik Zahid Md. Arif sebagai Setiausaha politknya. Kenapa Zahid Md. Arip sedangkan masih ramai lagi orang lain yang boleh dilantik mengisi jawatan itu? Zahid Md. Arip adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan NGO TIBAI (Tolak Idividu Bernama Anwar Ibrahim) semata-mata untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu masa dulu.

Tun Dr. Mahathir juga memberi kepercayaan kepada Datuk Seri Azmin Ali jawatan menteri yang berpengaruh malah menggunakan senarai calon menteri cadangan Datuk Seri Azmin Ali mewakili PKR bukannya senarai nama yang dicadangkan oleh PKR sendiri.


Tun Dr. Mahathir juga telah menjemput Datuk Hamzah Zainudin menyertainya bersama MP-MP UMNO. Datuk Hamzah Zainudin  Datuk Seri Hishamudin Tun Husien telah berjaya membawa masuk 9 orang PM UMNO menyertai BERSATU.

Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah orang yang bertanggungjawab mengatur dan merakam perbualan telefon isterinya  dan mendakwa Datuk Seri Anwar menganggu isterinya semasa komplot menjatuhkan Datuk Sei Anwar Ibrahim pada 1998 dulu.

Diyakini Tun Dr. Mahathir telah mengarahkan Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Zahid Md.Arif untuk menjalankan agenda menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri. Sekiranya Tun Dr. Mahathir tidak mengarahkan mereka sudah pasti mereka tidak akan berani melakukannya.

Keyakinan ini dikuatkan pengakuan Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan kenyataan mereka setelah beberapa bulan Langkah Shareton berrlalu. Zahid Md. Arif dalam satu temubual telah menyatakan kepadanya yang Tun Dr. Mahathir  tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Apabila gerakan Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Zahid Md. Arif sampai kekemuncak dan Tun Dr. Mahathir mula menyedari kekuatan PH waktu itu. Walaupun usaha Tun berjaya waktu itu tapi lambat laun Datuk Seri Anwar Ibrahim besar kemungkinan akan berjaya juga menjadi Perdana Menteri selepas ittu. Menyedari hakikat itu Tun Dr. Mahathir menukar strategi dengan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan membuka laluan kepada Tan Sri Mahyudin Yasin menjadi Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir akan berada disebelah pembangkang yang bertujuan untuk menghancurkan kekuatan dan perpaduan PH. Manakala Tan Sri Mahyudin Yassin meneruskan agenda beliau dengan Tun Dr. Mahathir memporak perandakan UMNO dan seterusnya menguburkan UMNO. Nampaknya usaha ini hampir berjaya, kita semua dapat lihat DAP dan AMANAH kelihatan lebih condong kepada Tun Dr. Mahathir dengan pelbagai alasan dibuat seperti “Grand Coalition” dan sebagainya. Manakala UMNO pula kita lihat Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi bagaikan hilang kawalan terhadap majority MP-MP UMNO.

Apa yang menghairankan kepimpinan tertinggi DAP dan AMANAH boleh terpengaruh dengan wayang kulit yang dimainkan oleh Tun Dr. Mahathir. Walaupun pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Zahid Md Arif namun mereka tetap termakan dengan gula-gula Tun Dr. Mahathir.

Begitu juga dengan kepimpinan tertinggi UMNO bukan mereka tidak tahu permainan Tan Sri Muhyidin yang tidak menghormati mereka sebagai parti besar yang turut membantu Tan Sri Muhyidin Yasin menjadi Perdana Menteri namun mereka masih tidak melakukan tindakan drastic agar Tan Sri Muhyidin mendengar cakap mereka.

Usaha Tun Dr. Mahathir untuk melemahkan kekuatan PH tidak akan berlaku sekiranya kepimpinan DAP dan AMANAH tidak terpengaruh dengan wayang kulit dan gula-gula yang dimainkan oleh Tun Dr. Mahathir. Sementara UMNO juga perlu membuat tindakan drastic menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyidin Yasin dan bergabung dengan PH.

Bolehkah ini berlaku? Disinilah Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menggunakan kebiksanaannya berunding dan mempengaruhi DAP dan UMNO agar bekerjasama. Setelah persettujuan dicapai kepimpinan DAP dan UMNO perlu turun ke peringkat akar umbi menerangkannya.

Perkara ini tidak mustahil kerana Tun Dr. Mahathir sendiri semasa zaman kekuasaannya 22 tahun sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan juga Perdana Menteri menanam bibit-bibit kebencian kepada DAP tiba-tiba boleh bekerjasama dengan DAP.

Sekiranya DAP, AMANAH dan UMNO masih tidak sedar pemainan politik yang dicatur oleh Tun Dr. Mahathir bersama Tan Sri Muhyidin Yasin maka selepas PRU 15 UMNO secara beransur-ansur akan musnah dan PH pasti akan gagal mendapatkan kuasa dalam PRU ke 15. PERIKATAN NASIONAL waktu ini memang tidak kuat tetapi pengaruh Tan Sri Muhyidin Yassin secara peribadi dapat mempengaruhi majority rakyat diperingkat akar umbi.

 

 VIDEO YANG MEMBICARAKAN KEKALUTAN POLITIK NEGARA YANG MUNGKIN MENIMBULKAN KEBENCIAN RAKYAT. SELAMAT MENGIKUTINYA. UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK VIDEO DARI CHANNEL ARZAMAN SULAIMAN, SILA KLIK LINK INI, CHANNEL ArzamanSulaiman



VIDEO YANG MEMBICARAKAN PUNCA KEJATUHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN