Selasa, 23 Oktober 2007

ISU SEMASA

Bilakah Pilihanraya Umum?

AKTIVIS dan pemerhati politik malah orangramai mula terasa bahang pilihanraya umum semakin hampir. Persoalan mengenainya kini menjadi bahan spekulasi dan ramalan pelbagai pihak. Pelbagai andaian dibuat namun kepastiaannya masih lagi menjadi teka-teki. Rahsia mengenainya masih tersimpan rapi di sudut hati Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, selaku Perdana Menteri dan mungkin juga Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Spekulasi mengenai pilihanraya ini timbul berikutan Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dikatakan telah mengadakan beberapa pertemuan tertutup dengan pihak yang terbabit dalam pilihanraya. Beliau juga telah mula menjelajah negeri dalam usaha mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan persediaan yang dibuat.

Malah bahang ini benar-benar terasa apabila Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman telah berkata kepada pembemberita bahawa mustahil beliau tidak tahu tarikh mengenai pilihanraya di Melaka baru-baru ini. Walaupun baru-baru ini Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi seolah-olah menafikannya, tetapi ramai berpendapat penafian itu hanyalah cakap-cakap politik. Rata-rata pemerhati politik berpendapat jika Pengerusi SPR sudah tahu tarikhnya maka pilihanraya pasti akan diadakan dalam masa 3 bulan ini jika tidak ada sebarang isu yang boleh mengugat kekuatan polit6ik BN.

Pemerhati politik juga meramalkan pilihanraya tidak akan diadakan selepas suku tahun pertama tahun 2008 kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat parti KeADILan Rakyat sudah boleh bertanding. Permerhati politik juga berpendapat bahawa pilihanraya pasti diadakan dalam waktu yang terdekat kerana harga minyak dunia semakin tinggi dan kerajaan tidak akan menaikan harga minyak dan kemudian mengadakan pilihanraya kerana kenaikan harga minyak pasti akan diikuti kenaikan pelbagai barang lain. Keadaan ini akan memberikan implikasi negatif kepada kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan