Ahad, 1 Januari 2023

MUHYIDDIN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

SELEPAS PRU 15 tidak ada mana-mana parti atau gabungan parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Untuk membentuk kerajaan mana-mana  parti atau gabungan parti perlu menang 112 kerusi parlimen.


Dalam pilihanraya tersebut PH memperolehi 82 kerusi di tambah WARISAN 3 kerusi parlimen menjadikan 85 kerusi yang menyokong PH.

Sementara PN pula hanya mendapat 73 kerusi waktu itu dan tambahan 1 kerusi Padang Serai menjadikan 74 kerusi.

Manakala  UMNO/BN pula menang di 30 kerusi parlimen. GPS  memperolehi 23kerusi parlimen. GRS menperolehi 6 kerusi dan bakinya lain-lain parti dan bebas yang hanya memenangi 1 kerusi.

Memandangkan tidak ada mana-mana parti atau gabungan politik yang berjaya merais  majority mudah maka YDPA  telah menitahkan parti-parti atau gabungan politik menamakan calon PM beserta buktinya sekali.

Tan Sri Muhyiddin dengan pantas menghantar penyata sokongan berbentuk SD sebanyak 115 SD dan  menamakan dirinya sebagai PM.

Persoalannya di mana Tan Sri Muhyiddin mendapatkan 115 SD sedangkan PN hanya menang 73 waktu itu, tambahan  1 kerusi iaitu Padang Serai hanya ada selepas kerajaan dibentuk?

Rupanya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertakan 10 orang ahli parlimen UMNO/BN dan 23 orang ahli parlimen dari GPS, GRS dan lain-lain parti kecil dan calon bebas.


GPS, GRS, parti kecil dan calon bebas menyatakan sokongan kerana Tan Sri Muhyiddin telah menyakinkan mereka beliau bakal membentuk kerajaan persekutuan.

Tindakan Tan Sri Muhyiddin mendapatkan 10 orang ahli parlimen UMNO/BN adalah salah disegi akta lompat parti. Dalam kegopohan Tan Sri Muhyiddin  hendak jadi PM, beliau terlupa YDPA baru saja menandatangani akta lompat parti.

Berdasarkan situasi itu dipercayai YDPA telah menolak 10 SD dari ahli parlimen UMNO/BN. Apabila ditolak 10 SD itu Tan Sri Muhyidin hanya ada 105 sokongan.


Tan Sri Muhyiddin juga lupa atau buat-buat lupa yang GPS yang ada 23 ahli parlimen juga telah menarik balik sokongan kepadanya dan menyerahkan kepada budi bicara YDPA dan mereka akan menurut perintah.

GPS menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini kerana Tan Sri Muhyiddin telah menipu mereka dengan menyatakan UMNO/BN bersamanya untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Setelah tahu kedudukan sebenar yang bukan UMNO/BN yang menyokong Tan Sri Muhyiddin sebaliknya hanya 10 ahli parlimen UMNO/BN sahaja dan memang tidak sah di sudut perudangan GPS menarik balik sokongan itu.


YDPA pasti sedia maklum pekara ini dan berdasarkan keadaan itu Tan Sri Muhyiddin telah hilang lagi 23 ahli  parlimen yang dikatakan menyokongnya.

Jika ini yang berlaku sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya tinggal 82 orang ahli parlimen. Diyakini baki 8 orang ahli parlimen pasti akan tarik balik sokongan sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal menjadi PM.

Menyedari keadaan itu YDPA telah menitahkan agar PH dan PN bergabung membentuk kerajaan persekutuan. Namun dengan ego dan sombong menolak titah YDPA.

Tan Sri Muhyiddin masih berpegang kepada pendapat yang mengatakan beliau mempunyai 115 orang ahli parlimen. Diyakini Tan Sri Muhyiddin menolak kerana beliau sedar jika bergabung dengan PH maka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi PM.

Apabila Tan Sri Muhyiddin menolak YDPA telah memanggil UMNO/BN dan GPS masuk mengadap dan memberi titah yang sama. UMNO/BN dan GPS menjunjung titah YDPA.

Sebelum mengumumkan perlantikan Datuk Seri Anwar sebagai PM, YDPA telah mengadakan sidang khas Majlis Raja-Raja bagi membincang kemelut itu.

Ini bermakna perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim  sebagai PM bukan keputusan YDPA sendirian malah mendapat perkenan oleh Raja-Raja Melayu.

Namun begitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Hj Hadi Awang tetap tidak berpuas hati. Tan Sri Muhyiddin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan keabsahannya sebagai PM.

Nampaknya Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan saja menipu, mencuri dan ego malah cakap tak serupa bikit.

Dulu masa beliau menjatuhkan kerajaan PH dan dilantik sebagai PM, dan diminta membuktikan keabsahannya dengan mengemukakan usul undi percaya.

Tan Sri Muhyiddin memekakkan telinganya malah mengambil kesempatan Covid 19 dan mengistiharkan darurat. Hakikatnya darurat tak perlu dibuat kerana kerajaan telah melaksanakan PKP.

Malah lebih parah lagi apabila Tan Sri Hj. Hadi Awang menemelak YDPA dengan mengatakan menambah masa tambahan dan ubah tiang gol.

Apa pun pertikaian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Hadi Awang namun jawatan PM tetap diperolehi oleh orang yang berhak, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.


SAYA MOHON LAWATI SAMA CHANNEL YOUTUBE SAYA

CHANNEL :  ARZAMAN SULAIMAN



Jumaat, 11 November 2022

PRU 15 : DR. SITI MASTURA BAKAL GUGAT DATUK SERI REEZAL




Di atas kertas semua orang meramalkan yang Datuk Seri Reezal Marican mampu mempertahankan kerusi parlimen Kepala Batas.

Ramalan ini mungkin bersandarkan kedudukan beliau selaku Menter Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mungkin juga berdasarkan beliau bertanding di kerusi Kepala Batas.

Berdasarkan rekod kerusi tersebut memang dimiliki oleh UMNO sejak plihanraya pertama Negara pada tahun 1959 sehingga PRU 14 yang lalu.

Dulunya UMNO bertanding atas gabungan PERIKATAN/UMNO yang berlambangkan kapal layar.

Disekitar tahun 1972 Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO Tun Razak telah membentuk gabungan baru yang dinamakan BARISAN NASIONAL, sejak itu UMNO berada dalam gabungan tersebut.

 

Inilah kebijaksanaan Tun Razak disamping membangunkan Negara berdasarkan DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang banyak membantu bumiputra atas dengan kata lain orang melayu.

Tun Razak juga Berjaya membawa PAS yag ketika itu menguasai Kelantan dan GERAKAN yang menguasai Pulau Pinang menyertai BN.

Dan perkara lain mungkin ramai yang beranggapan yang Datuk Seri Reezal Marican mempunyai dana politik yang kuat bagi membiayai jentera parti berkempen.

Berkemungkinan besar berdasarkan fakta inilah ramai yang beranggapan Datuk Seri Reezal Marican mampu mempertahankan kerusi parlimen Kepala Batas.

 

Namun ramai kita lupa reality semasa dalam PRU 14 dulu, Datuk Seri Reezal Marican hanya menang dengan majority 4,736 undi sahaja. Datuk Seri Reezal Marican memperolehi undi keseluruhan sebanyak 22,459 undi.

Bagi saya majority itu agak kecil dan menyusun dari PRU 13 majoriti yang diperolehi undi keseluruhan oleh Datuk Seri Reezal Marican sebanyak 25,128 undi dan menyusut 2,669 daripada undi yang diperolehi dalam PRU 14.

Dalam PRU 15 ini Datuk Seri Reezal Marican akan menghadapi pertandingan 4 penjuru. Calon yang akan mencabarnya kali ini ialah Dr. Siti Mastura Mohamad (PN), Danail Abdul Majed (PH-Muda) dan Hamidi Abu Hassan (PERJUANG/GTA).

Dalam tiga-tiga calon yang mencabarDatuk Seri Reezal Marican, saya berkayinan Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) mampu mencabar dan mengugat Datuk Seri Reezal Marican.

Dalam PRU 14, Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) telah mencuba nasibnya bertanding di parlimen ini dan berjaya memperolehi 12,120 undi. Bagi saya undi yang dirais itu agak baik dan menyakinkan.

Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) adalah bekas pensyarah UITM dan memperolehi ijazah sarjana dan doctor falsafahnya yang membawagelaran doctor dari USM. Dr. Siti Mastura Mohamad memperolehi ijazah serjana mudanya dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Taraf akademiknya yang baik dan menyakinkan ini akan  menjadi Dr. Siti Mastura Mohamad  seorang pemimpin yang baik.

Disamping itu Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) juga merupakan seorang aktivis politik PAS yang hebat. Disamping menjawat jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS, beliau juga menyandang pelbagai jawatan baik di peringkat kawasan, negeri dan Pusat.

Tambah menyakinkan lagi Dr. Siti Mastura  Mohamad adalah anak tempatan. Beliau merupakan orang Permatang Tinggi C, Kepala Batas serta seorang yang cukup muda terlibat dalam dunia politik baru  berusia 33 tahun.

Jadi berdasarkan fakta ini jangan terkejut jika Dr. Siti Mastura  Mohamad mampu menglahkan Datuk Seri Rizal Marican.



LAWATI SAMA CHANNEL YOUTUBE SAYA
YANG BERJUDUL "MAMPUKAH  UMNO PP BERNAFAS?"



Ahad, 27 Disember 2020

TUN DR MAHATHIR BERJAYA HURU HARAKAN PH DAN UMNO

TUN Dr. Mahathir memang pakar strateji dalam politik, mutakhir ini tindakan Tun melepaskan jawatan Pengerusi PH dan Perdana Menteri bukan saya  berjaya menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri malah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan PH yang sekian lama berjuang untuk membentuk kerajaan.

            Lebih kurang 20 tahun PKR berjuang yang dibantu oleh DAP dan PAS dan kemudiannya AMANAH telah berjaya membentuk kerajaan tapi hanya mampu bertahan selama 22 bulan.Ini gara-gara tindakan Tun Dr. Mahathir yang melepaskan jawatan Pengerusi PH dan Perdana Menteri tanpa sebarang perbincangan dengan Majlis Presiden PH yang melantik beliau. Tindakan Tun Dr. Mahathir itu telah menafikan hak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri selepas itu

            Tun  Dr. Mahathit kini telah berjaya memporak porandakan bukan saja PH malah UMNO. Kita tidak tahu mengapa Tun Dr. Mahathir tidak mahu sangat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ? Mungkin Tun Dr. Mahathir merasa dirinya meludah kemudian terpaksa menjilat balik ludahnya.

                                                         

Tun Dr. Mahathir sanggup lakukan apa saja hatta meletak sanggup meletakan jawatan Perdana Menteri asalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri. Sedangkan kepimpinan PH termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju Tun terus menjadi Perdana Menteri sehingga persidangan APEC namun Tun Dr. Mahathir tetap melepaskan jawatan Pengerusi PH dan Perdana Menteri.

Kita juga tak tahu mengapa Tun Dr. Mahathir benci sangat dengan UMNO sedangkan Tun Dr. Mahathir sendiri pernah menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN malah melaui jawatan itu Tun Dr. Mahathir telah menjadi PM selama 22 tahun. Tun Dr. Mahathir disertai oleh Tan Sri Muhyidin Yasin telah menubuhkan BERSATU yang bertujuan untuk mengambil alih peranan UMNO dalam persada politik negara                                                                                

Tun Dr. Mahathir sedar untuk menjatuhkan kerajaan BN/UMNO, Tun Dr. Mahathir tidak boleh bersendiri dan BERSATU perlu menyertai PH. Tun Dr. Mahathir juga tahu tanpa sokongan dan dokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti keinginannya untuk bersama-sama PH dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN/UMNO tidak akan menjadi kenyataan. Maka Tun Dr. Mahathir telah merendahkan egonya pergi berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.


Sesungguhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang manusia berjiwa besar sudi menerima Tun Dr. Mahathir dan BERSATU menyertai PH malah memberikan jawatan Pengerusi PH kepadanya. Malah Majlis Presiden PH telah bersetuju menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya menyerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun apabila Tun Dr. Mahathir diangkat menjadi Perdana Menteri, Tun telah mengumpul mereka yang tidak sukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dikelilinginya. Tun Dr. Mahathir telah melantik Zahid Md. Arif sebagai Setiausaha politknya. Kenapa Zahid Md. Arip sedangkan masih ramai lagi orang lain yang boleh dilantik mengisi jawatan itu? Zahid Md. Arip adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan NGO TIBAI (Tolak Idividu Bernama Anwar Ibrahim) semata-mata untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu masa dulu.

Tun Dr. Mahathir juga memberi kepercayaan kepada Datuk Seri Azmin Ali jawatan menteri yang berpengaruh malah menggunakan senarai calon menteri cadangan Datuk Seri Azmin Ali mewakili PKR bukannya senarai nama yang dicadangkan oleh PKR sendiri.


Tun Dr. Mahathir juga telah menjemput Datuk Hamzah Zainudin menyertainya bersama MP-MP UMNO. Datuk Hamzah Zainudin  Datuk Seri Hishamudin Tun Husien telah berjaya membawa masuk 9 orang PM UMNO menyertai BERSATU.

Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah orang yang bertanggungjawab mengatur dan merakam perbualan telefon isterinya  dan mendakwa Datuk Seri Anwar menganggu isterinya semasa komplot menjatuhkan Datuk Sei Anwar Ibrahim pada 1998 dulu.

Diyakini Tun Dr. Mahathir telah mengarahkan Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Zahid Md.Arif untuk menjalankan agenda menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri. Sekiranya Tun Dr. Mahathir tidak mengarahkan mereka sudah pasti mereka tidak akan berani melakukannya.

Keyakinan ini dikuatkan pengakuan Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan kenyataan mereka setelah beberapa bulan Langkah Shareton berrlalu. Zahid Md. Arif dalam satu temubual telah menyatakan kepadanya yang Tun Dr. Mahathir  tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Apabila gerakan Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Zahid Md. Arif sampai kekemuncak dan Tun Dr. Mahathir mula menyedari kekuatan PH waktu itu. Walaupun usaha Tun berjaya waktu itu tapi lambat laun Datuk Seri Anwar Ibrahim besar kemungkinan akan berjaya juga menjadi Perdana Menteri selepas ittu. Menyedari hakikat itu Tun Dr. Mahathir menukar strategi dengan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan membuka laluan kepada Tan Sri Mahyudin Yasin menjadi Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir akan berada disebelah pembangkang yang bertujuan untuk menghancurkan kekuatan dan perpaduan PH. Manakala Tan Sri Mahyudin Yassin meneruskan agenda beliau dengan Tun Dr. Mahathir memporak perandakan UMNO dan seterusnya menguburkan UMNO. Nampaknya usaha ini hampir berjaya, kita semua dapat lihat DAP dan AMANAH kelihatan lebih condong kepada Tun Dr. Mahathir dengan pelbagai alasan dibuat seperti “Grand Coalition” dan sebagainya. Manakala UMNO pula kita lihat Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi bagaikan hilang kawalan terhadap majority MP-MP UMNO.

Apa yang menghairankan kepimpinan tertinggi DAP dan AMANAH boleh terpengaruh dengan wayang kulit yang dimainkan oleh Tun Dr. Mahathir. Walaupun pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Zahid Md Arif namun mereka tetap termakan dengan gula-gula Tun Dr. Mahathir.

Begitu juga dengan kepimpinan tertinggi UMNO bukan mereka tidak tahu permainan Tan Sri Muhyidin yang tidak menghormati mereka sebagai parti besar yang turut membantu Tan Sri Muhyidin Yasin menjadi Perdana Menteri namun mereka masih tidak melakukan tindakan drastic agar Tan Sri Muhyidin mendengar cakap mereka.

Usaha Tun Dr. Mahathir untuk melemahkan kekuatan PH tidak akan berlaku sekiranya kepimpinan DAP dan AMANAH tidak terpengaruh dengan wayang kulit dan gula-gula yang dimainkan oleh Tun Dr. Mahathir. Sementara UMNO juga perlu membuat tindakan drastic menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyidin Yasin dan bergabung dengan PH.

Bolehkah ini berlaku? Disinilah Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menggunakan kebiksanaannya berunding dan mempengaruhi DAP dan UMNO agar bekerjasama. Setelah persettujuan dicapai kepimpinan DAP dan UMNO perlu turun ke peringkat akar umbi menerangkannya.

Perkara ini tidak mustahil kerana Tun Dr. Mahathir sendiri semasa zaman kekuasaannya 22 tahun sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan juga Perdana Menteri menanam bibit-bibit kebencian kepada DAP tiba-tiba boleh bekerjasama dengan DAP.

Sekiranya DAP, AMANAH dan UMNO masih tidak sedar pemainan politik yang dicatur oleh Tun Dr. Mahathir bersama Tan Sri Muhyidin Yasin maka selepas PRU 15 UMNO secara beransur-ansur akan musnah dan PH pasti akan gagal mendapatkan kuasa dalam PRU ke 15. PERIKATAN NASIONAL waktu ini memang tidak kuat tetapi pengaruh Tan Sri Muhyidin Yassin secara peribadi dapat mempengaruhi majority rakyat diperingkat akar umbi.

 

 VIDEO YANG MEMBICARAKAN KEKALUTAN POLITIK NEGARA YANG MUNGKIN MENIMBULKAN KEBENCIAN RAKYAT. SELAMAT MENGIKUTINYA. UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK VIDEO DARI CHANNEL ARZAMAN SULAIMAN, SILA KLIK LINK INI, CHANNEL ArzamanSulaiman



VIDEO YANG MEMBICARAKAN PUNCA KEJATUHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN