Memaparkan catatan dengan label CACATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CACATAN. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2013

BERTEMU DENGAN BEKAS ADUN KUALA KETIL


Baru-baru ini saya bersama kawan-kawan media Abd Razak Osman  dari Utusan Malaysia, cawangan Sungai Petani serta Sukri  Shawal, Jurugambar RTM juga cawangan Sungai Petani. Kami lepak-lepak dan sembang kosong.

Sedang kami berbual muncul mantan  ADUN Kuala Ketil dan bekas Ketua Bahagian UMNO Padang Serai, Datuk Dek. Datuk Dek selepas bersara daripada politik memegang beberapa jawatan dalam NGO dan kini beliau adalah Setiausaha, MUBARAK, Kedah.

Kami berbual pelbagai topik mengenai perkembangan semasa termasuk mengenai PRK Dun Sungai Limau yang kebetulan baru saya berlalu. Beliau memberikan pandangan punca kekalahan dan jalan untuk mencipta kemenangan.

Menurut Datuk Det, punca kekalahan disamping kawasan tersebut merupakan kubu kuat PAS terdapat masalah dalaman parti di Parlimen tersbut memandangkan baru saja proses pemilihan parti. Bagi mencapai kejayaan dalam PRU 14 nanti jentera UMNO Bahagian perlu mencari pendekatan untuk masuk dan menarik pengundi dalam kawasan yang menjadi kubu kuat PAS itu.

Saya memberitahu usaha untuk menarik sokongan penyokong PAS sulit kecuali penyokong PKR yang rata-ratanya bekas anggota  UMNO. Pendirian penyokong PAS amat berbeza  dan sukar untuk menarik mereka. Datuk Det mengakui kesukaran itu dan katanya kalau hendak menang kena usaha dan kena cari pendekatan yang dapat menawan hati penyokong PAS.

Terlanjur terjumpa kami juga berbicara soal pemilihan UMNO. Beliau menceritakan perjuangan zaman beliau menjadi Ketua Pemuda dan Ketua B
ahagian dengan sekarang amat berbeza.  Rata-rata pemimpin dulu bukan orang senang. Tapi sekarang kalau hendak jadi pemimpin bahagian UMNO kena orang senang da nada duit. Kalau tidak punya duit memang susah.


Lalu saya mencelah, kalau tidak ada duit bertapa hebat, betapa pintar dan genius sesaorang itu pasti tak mampu menjadi pemimpin. Datuk Det tersenyum mendengarkan ulasan saya.

Khamis, 23 Oktober 2008

HARI ULANG TAHUN BLOG

Alhamdulillah sedar tak sedar blog BICARA UMMAH esok akan mencecah usia setahun beredar di alam maya ini. Dalam usia setahun blog BICARA UMMAH telah berjaya menerima pengunjung seramai 828 orang.

Walaupun bilangan itu tidak besar tetapi memadailah dengan kekurangan peralatan serta kekurangan masa disebabkan terpaksa menjalankan tugas dan tanggungjawab lain dalam memenuhi kehidupan ini. Insya Allah saya akan cuba 'update' blog ini selalu dalam usaha menarik pelawat yang lebih banyak di masa yang akan datang. Saya berdoa agar Allah terus memberikan saya idea dan masa untuk melakukannya.

Namun saya puas sekurang-kurangnya bakat anugerah Ilahi serta masa yang amat berharga ini dapat saya menafaatkan kepada untuk masyarakat. Blog ini dibina bagi mengetengahkan pendapat dan pandangan mengenai isu-isu semasa demi untuk kebaikan masyarakat.

Disamping blog BICARA UMMAH saya juga telah membina sebanyak 10 buah blog lain yang berligar di alam maya ini. Tapi buat masa ini tumpuan khusus untuk blog WARTAWAN RAKYAT dan BICARA UMMAH. Saya amat yakin blog WARTAWAN RAKYAT akan mengatasi blog-blog lain disegi kunjungan pelawat dalam masa beberapa bulan yang akan dating. Akan tetapi blog-blog lain tetap akan saya beri perhatian juga.

Semoga sambutan ulang tahun pertama blog BICARA UMMAH akan menyemarakkan lagi semangat saya untuk terus menulis diblog yang saya bina termasuk blog BICARA UMMAH.
Sekian, SELAMAT MEMBACA.

Selasa, 23 Oktober 2007

MINDA BLOG MASTER

Salam Perkenalan

Saya benar-benar bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin limpah kurnianya pada hari ini 20hb. Oktober 2007 saya telah berjaya membina satu blog yang telah lama saya harapkan.

Saya pasti dengan munculnya blog BICARA UMMAH pasti akan merancakan lagi Dunia Tanpa Sempadan dengan ledakan informasi yang pastinya membantu masyarakat untuk menggunakan daya pemikiran dalam menghadapi satu-satu isu yang terpaksa kita hadapi dan lalui dalam dunia yang penuh mencabar ini.

Melalui blog ini para netter akan dapat membaca dan menambah pengetahuan dalam ISU SEMASA, AGAMA, SIKAP & BUDAYA,KARTUN, SUKAN, KESENIAN & KEBUDAYAAN. Disamping itu segmen MINDA BLOG MASTER akan membicarakan perkembangan blog ini dan perkara-perkara yang bersangkutan.

Manakala segmen CAS atau Cakap Apa Saja, saya membuka peluang kepada para netter untuk menulis apa saja perkara yang berkiatan dalam usaha kita membantu mengalakan budaya berfikir dikalangan masyarakat kita.

Walaupun isu kandungan blog ini masih dalam pembinaan namun saya yakin dalam waktu yang terdekat ini semuanya akan dapat dipenuhi. Sanma-samalah kita berdoa agar perjalanan pembiinaan blog ini akan berjalan lancer sepertimana yang saya telah rancangkan.

Salam hormat dari saya.