Ahad, 18 Mei 2008

ISU SEMASA

ANWAR BAKAL PERDANA MENTERI

PILIHANRAYA umum ke-12 pada 8 Mac lepas menyaksikan buat pertama kalinya BN mengalami kemerosotan yang begitu teruk dalam sejarah pemerintahan BN sejak merdeka pada tahun 1957. Kali ini BN bukan saja kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen malah kehilangan 5 negeri termasuk Kelantan yang memang telah sedia dikuasai PAS.

Kemerosotan sokongan ini menjadikan kerajaan BN kelihatan begitu lemah. Rata-rata kepimpinan UMNO diperingkat bahagian mula mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Terdengar suara-suara sumbang yang meminta Perdana Menteri itu untuk melepaskan jawatan.

Selain beberapa kepimpinan UMNO diperingkat bahagian mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bersama anaknya yang baru saja bergelar ahli parlimen Jerlun telah mendesak Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi untuk melepaskan jawatan. Persoalannya kini mengapa kini Tun Dr. Mahathir mendesak Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi untuk melepaskan jawatan sedangkan beliau sendiri yang melantik ahli parlimen kepala batas untuk mengambil-alih tempatnya.

Rata-rata pemerhati politik yakin tindakan Tun Dr. Mahathir itu berpunca daripada tindakan Perdana Menteri pilihan beliau tidak campur tangan dalam urusan mahkamah lantas pihak mahkamah mengambil keputusan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai yakin tindakan inilah yang paling tidak disenangi oleh mantan Perdana Menteri itu.

Ramai pemerhati politik berpendapat Tun Dr. Mahathir telah tersalah pengkiraan ketika melantik Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi mengantikan Datuk Seri Anwar yang disingkir dulu. Beliau mungkin merasakan hubungan Datuk Seri Abdullah dengan Datuk Seri Anwar yang tidak begitu akrap semasa Datuk Seri Anwar menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang sebagai asas. Manakala Datuk Seri Najib Tun Razak dikelilingi oleh para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim kita dapat menyaksikan mantan Perdana Menteri begitu aggresif mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdullah malah satu ketika beliau benar-benar inginkan Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan nombor wahid Negara. Kritikan Tun Dr. Mahathir bukan saja kepada Perdana Menteri malah beliau juga menyerang Khairy Jamaludin menantu Datuk Seri Abdullah yang kini bergelar YB Parlimen Rembau.

Kita yakin serangan terhadap Khairy Jamaludin oleh mantan Perdana Menteri itu disebabkan beliau yakin peranan anak muda daripada rembau yang membawa kepada pembebasan Datuk Seri Anwar. Kenyataan ini tidak keterlaluan kerana semua orang tahu bahawa Khairy Jamaludin adalah diantara orang pertama dikalangan pemimpin UMNO yang menemui mantan Timbalan Perdana Menteri sebaik saja di bebaskan daripada penjara.

Dalam keadaan ini baik Datuk Seri Najib yang begitu kepingin menjadi orang nombor satu Negara, baik Tun Dr. Mahathir yang inginkan Perdana Menteri melepaskan jawatan berada dalam kedaan yang cukup kritikal. Desakan yang keterlaluan boleh menyebabkan penyokong Perdana Menteri itu berkecil hati. Desakan yang melampau boleh menyebabkan Khairy Jamaludin sakit hati.

Kalau betul Datuk Seri Abdullah terpaksa akur dengan desakan yang keterlaluan ini tidak mustahil penyokong Perdana Menteri yang teridiri daripada Ahli Parlimen akan mengalihkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar. Dan Khairy Jamaludin sendiri sedia maklum perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah daripada kerusi Perdana Menteri akan mengakibatkan masa depan politiknya juga turut kabur. Maka jangan terkejut jika Khairy Jamaludin dan penyokong-penyokongnya akan menyemberang memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar.

Datuk Seri Anwar bersama Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 ahli parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan. Kita yakin dengan kebijaksanaan Datuk Seri Anwar dibantu kemelut dalam UMNO maka tidak mustahil Datuk Seri Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Sebaik saja kerajaan BN tumbang Datin Seri Wan Azizah akan menjadi Perdana Menteri sementara dan dengan kuasa yang ada ditangan Datin Seri Wan Azizah boleh melantik Datuk Seri Anwar sebagai senator dan kemudiannya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan Timbalan Perdana Menteri.

Jesteru itu kepimpinan UMNO disemua peringkat termasuk mantan Perdana Menteri yang begitu ingin melihat Datuk Seri Abdullah meninggalkan kerusi empuk itu wajar berfikir berpuluh kali kerana kemungkinan ini boleh belaku. Senadainya perkara ini benar-benar berlaku maka akan berakhirlah riwayat kekuasa BN khususnya UMNO di Negara ini. Ini kerana rata-rata kepimpinan UMNO dipelbagai peringkat menguasai UMNO kerana kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan bangsa dan agama sepertimana pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu. JIka kepentingan mereka tergugat maka jangan terkejut lebih ramai lagi anggota UMNO akan meninggalkan UMNO.

Kepimpinan UMNO mula rosak dan tidak lagi dihormati oleh rakyat apabila kepimpinan UMNO mula dikuasai oleh ahli-ahli perniagaan. Ahli-ahli perniagaan hanya memikirkan peluang untuk meraiskan keuntungan segara daripada mendekati rakyat dan mengetahui permasalahan rakyat diperingkat akar umbi. Golongan ini menggunakan kekayaan yang ada untuk menguasai parti dan adakalanya kepimpinan tertinggi parti membuat sesuatu dasar yang tidak disenangi oleh rakyat diperingkat akar umbi mereka tidak berani bersuara.

Misalnya tindakan kerajaan kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir ingin mengubah bahasa pengantar untuk matapelajaran mathematik dan sains dari bahasa melayu ke bahasa inggeris. Rakyat diperingkat akar umbi memang tidak senang malah ahli-ahli bahasa juga tidak suka dan ada dikalangan pemimpin UMNO bahagian yang masih menjadi guru juga tidak mahu tapi kepimpinan UMNO langsung tidak berani bersuara. Tapi kini selepas beberapa tahun berjalan dan Tun Dr. Mahathir sudah tiada maka kita sudah mula kedengaran suara-suara sumbang dikalangan pemimpin UMNO sendiri yang suatu ketika dulu bersetuju membuka mulut isu ini. Inilah kepimpinan UMNO masa kini.

Berlianan dengan sikap para guru yang pernah menguasai kepimpinan UMNO dulu yang memperjuangkan kerajaan untuk mewujudkan sekolan menengah kebangsaan. Mereka sanggup meletak jawatan kerana tuntutan itu tidak dilaksanakan. Inilah bezanya kepimpinan UMNO dulu yang sentiasa berada di hati rakyat dengan dengan kepimpinan UMNO masa kini yang hanya mementingkan perut dan kocek. Jika kepimpinan UMNO yang ada terus dengan sikap begitu UMNO pasti akan terkubur tanpa nisan sautu hari nanti. Hanya masa dan ketika yang akan menentukannya. Sama-sama kita tunggu dan lihat.