Rabu, 10 September 2008

APA TINDAKAN DSAI SELANJUTNYA?
PARA pengundi di parlimen Permatang Pauh telah memulangkan kembali kerusi parlimen tersebut kepada Datuk Seri Anwar setelah kedudukan beliau telah dinafikan secara tidak demokratik oleh kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO pada tahun 1998 dulu.

Serangan yang bertalu-talu untuk menawan kubu kuat PKR dan khususnya untuk mengagalkan usaha Datuk Seri Anwar kembali ke parlimen yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata gagal menarik minat pengundi parlimen tersebut.

Pelbagai sogokan politik diberikan kepada orang Permatang Pauh misalnya bantuan RM100,000.00 untuk satu masjid di parlimen tersebut serta bantuan untuk sekolah-sekolah cina juga gagal memenangi hati rakyat.

Adakah kepimpinan tertinggi BN khususnya UMNO sedar bukan saja rakyat Permatang Pauh malah majoriti rakyat di negara ini tidak dapat menerima pertuduhan liwat serta isu sumpah yang cuba dimainkan oleh pemimpin BN/UMNO malah menggunakan pelbagai media massa yang ada.

Isu ini dari awal lagi dapat dilihat daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada mulanya memberitahu media yang beliau tidak kenal Saiful. Saiful datang menemui pegawainya untuk meminta biasiswa sedangkan selepas itu umum mengetahui beliau bukan pelajar yang cemerlang di UNITEN.

Selepas itu Timbalan Perdana Menteri mengakui yang Saiful ada menemuinya untuk memberitahu yang beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Persoalannya, kalau pun beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar atau sesiapa kenapa harus beliau bertemu dengan Datuk Seri Najib untuk mengadu? Beliau perlu membuat lapuran polis bukannya menemui Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Najib lupa rakyat hari ini sudah bijak menilai malah lebih kritis dalam setiap isu yang diketengahkan.

Sehari sebelum penamaan calon muncul Saiful Bukhari dengan begitu segak memakai pakaian melayu lengkap dengan bersongkok memegang senaskah Al-Quran dan bersumpah di dalam masjid. Kemudian Datuk Seri Najib pula bersumpah dan diikuti oleh Datuk Seri Tajol Rosli pula dalam isu yang berlainan.

Sebagai manusia kita hanya bisa merancang namun ketentuannya tetap ditentukan oleh Allah Azawajjalla. Jadi jangan kita memainkan sumpah dan menjual agama dengan harga yang begitu murah semata-mata untuk survival politik. Tindakan ini dilihat oleh majoriti rakyat tindakan mereka yang terdesak dalam usaha mendapatkan sokongan para pengundi di Permatang Pauh.

Akhirnya dua hari sebelum mengundi tiba-tiba muncul Imam yang berada bersama Saiful yang dikenali sebagai Ramlang Porigi di Masjid Perda bertemu dengan Datuk seri Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan memberitahu ribuan orang yang mengadakan solat hajat bahawa beliau di paksa untuk duduk di situ. Kemudian dalam laman web keadilan beliau memberitahu yang upacara angkat sumpah itu di atur oleh pegawai khas Datuk Seri Najib yang di kenali sebagai Khairil Anas Yusof.

Seluruh episode liwat Saiful ini seolah-olah mendedahkan kerakusan kepimpinan BN/UMNO khususnya Datuk Seri Najib untuk cuba menguburkan kerier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan cara paling kotor yang menjijikan. Kemudian pula muncul dakwaan Datuk Nalla Kurupan. Kenapa hari ini dakwaan itu dibuat? Kenapa tidak dibuat ketika beliau diseret masuk penjara semasa peristiwa hitam 2 September? Kenapa tidak semasa mengahadpi pilihanraya kecil Ijok yang Datuk Nalla sendiri tidak puas hati kerana tidak dipilih sebagai calon dan keluar KeADILan?

Semua persoalan ini bermain dihati dan dibenak bukan saja pengundi di Permatang Pauh malah seluruh rakyat Negara ini. Maka tidak hairanlah kenapa Datuk Seri Anwar Berjaya merais majority yang lebih besar. Sedangkan kita semua sedia makluk dalam pilihanraya kecil jarang-jarang di menangi oleh calon dari parti kerajaan malah tentunya sukar untuk merais majoriti sebesar itu.

Kini rakyat khususnya pemimpin tertinggi BN khususnya UMNO sedang memerhati apakah tindakan Datuk Seri Anwar selepas ini? Benarkah dakwaan Datuk Seri Anwar yang beliau sudah mempunyai bilangan ahli parlimen yang cukup dan menunggu masanya saja untuk melompat dan menyeberang menyertai Pakatan Rakyat?

Bagi meredakan keresahan dan ketakutan sebahagian besar kepimpinan BN khususnya UMNO Datuk Shafie Afdal telah mendapat tandatanggan 54 ahli parlimen Sabah dan Serawak yang memberi jaminan mereka tidak akan melompat parti. Tandatangan itu akan di serahkan kepada Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

Persoalannya bolehkah dipakai tandatangan itu sedangkan isu melompat parti memang biasa dikalangan wakil rakyat di Sabah. Lagipun hari ini bukan saja isu wakil rakyat Sabah dan Serawak yang akan menyemberang malah sudah kedengaran suara dari akar umbi parti GERAKAN dan MCA mendesak pucuk pimpinan mereka menarik diri daripada BN.

Isu menarik diri daripada BN dikalangan parti-parti komponen BN mula menarik perhatian Tan Sri MahyudinYasin yang mengesa pimpinan tertinggi BN harus mengadakan dialog untuk mengatasi kemelut ini. Tan Sri Mahyudin Yasin juga diberitakan oleh The Star berkata UMNO tidak dapat berdiri sendiri.

Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat kemenangan besar beliau di Permatang Pauh adalah langkah awal untuk terus melangkah ke Putrajaya. Menurut Datuk Seri Anwar beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengenai kedudukan mereka yang bakal menyemberang masuk Pakatan Rakyat.


Sesungguhnya rakyat benar-benar ini melihat perubahan ini berlaku dengan kadar yang segera bagi mengelak pelbagai fitnah baru yang bakal dihadapkan kepada Datuk Seri Anwar dalam usaha menggagalkan usaha Datuk Seri Anwar menjejakkan kaki ke Putrajaya.