BERTEMU DENGAN BEKAS ADUN KUALA KETIL
Baru-baru ini saya bersama kawan-kawan media Abd Razak
Osman dari Utusan Malaysia, cawangan
Sungai Petani serta Sukri Shawal,
Jurugambar RTM juga cawangan Sungai Petani. Kami lepak-lepak dan sembang
kosong.
Sedang kami berbual muncul mantan ADUN Kuala Ketil dan bekas Ketua
Bahagian UMNO Padang Serai, Datuk Dek. Datuk Dek selepas bersara daripada
politik memegang beberapa jawatan dalam NGO dan kini beliau adalah Setiausaha,
MUBARAK, Kedah.
Kami berbual pelbagai topik mengenai perkembangan semasa
termasuk mengenai PRK Dun Sungai Limau yang kebetulan baru saya berlalu. Beliau memberikan pandangan punca
kekalahan dan jalan untuk mencipta kemenangan.
Menurut Datuk Det, punca kekalahan disamping kawasan tersebut merupakan kubu kuat PAS
terdapat masalah dalaman parti di Parlimen tersbut memandangkan baru saja
proses pemilihan parti. Bagi mencapai kejayaan dalam PRU 14 nanti jentera UMNO
Bahagian perlu mencari pendekatan untuk masuk dan menarik pengundi dalam
kawasan yang menjadi kubu kuat PAS itu.
Saya memberitahu usaha untuk menarik sokongan penyokong PAS
sulit kecuali penyokong PKR yang rata-ratanya bekas anggota UMNO. Pendirian
penyokong PAS amat berbeza dan sukar
untuk menarik mereka. Datuk Det mengakui kesukaran itu dan katanya kalau hendak
menang kena usaha dan kena cari pendekatan yang dapat menawan hati penyokong
PAS.
Terlanjur terjumpa kami juga berbicara soal pemilihan UMNO.
Beliau menceritakan perjuangan zaman beliau menjadi Ketua Pemuda dan Ketua B
ahagian dengan sekarang amat berbeza.
Rata-rata pemimpin dulu bukan orang senang. Tapi sekarang kalau hendak
jadi pemimpin bahagian UMNO kena orang senang da nada duit. Kalau tidak punya
duit memang susah.
Lalu saya mencelah, kalau tidak ada duit bertapa hebat,
betapa pintar dan genius sesaorang itu pasti tak mampu menjadi pemimpin. Datuk
Det tersenyum mendengarkan ulasan saya.