HARI ini akhbar Berita Harian mendedahkan menjelang musim perayaan akan datang, Hari Raya Aidilfitri &
Aidiladha DAGING SEGAR dijangka akan naik 100% dimana sekarang dijual
dengan harga RM24 – RM 28 sekilo dijangka akan mencecah RM40 sekilo.
Bagi mereka yang menyertai korban dan kekurangan wang dinasihatkan
untuk siap tabungan untuk membiayai kenaikan kos lembu hidup. APA DAH
JADI? MACAM MANA JADI MACAM NI?
Dalam RMK-9 Kerajaan Malaysia
telah meluluskan penubuhan NFC (National Feedlot Corporation Sdn. Bhd.
(NFC) ) pada tahun 2008 bertujuan untuk menternak dan mengedar daging
segar untuk rakyat negara ini. Disamping menternak sendiri difahamkan
NFC menyediakan projek payung mengalakkan penternak kecil menternak dan
membekal lembu hidup kepada NFC.
Rancangan yang menarik kerana
usaha ini pasti akan mengurangkan kos mengimpot lembu hidup atau daging
lembu daripada luar. Lalu pihak kerajaan memberikan pinjaman mudah RM250
juta dan Geran Kerajaan RM 6 juta. NFC juga di berikan tanah berbentuk
pajakkan seluas 5000 ekardi Gemas, Negeri Sembilan kepada NFC.
Berdasarkan namanya NFC sepatutnya menjadi syarikat nasional yang
mengeluarkan daging lembu segar tapi telah diserahkan kepada suami Ketua
Wanita UMNO Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, Datuk Dr. Mohamad Salleh
Ismail. NFC menjadi syarikat milik penuh keluarga Datuk Seri Sharizat
Abdul Jalil.
Sayang semuanya hancur dan dan kesannya rakyat
terpaksa menanggung akibat. Jika semua ini berjalan dengan baik maka
Malaysia akan menjadi “BELANDA TIMUR”.