Dunia ini umpama pentas sandiwara. Ramai penghuninya hidup dengan bersandiwara. Mereka bersandiwara sehingga memukau dan membuatkan orang percaya. |
Ahad, 24 November 2019
LAYAKKAH AKU?
Khamis, 24 Oktober 2019
SEBARKAN CINTA BUKAN KEBENCIAN
Siapa Lelaki Cina yang mempunyai semangat Malaysia sejati dan meminta kita SEBARKAN CINTA BUKANNYA KEBENCIAN. Kawan2 tonton Slide video ini untuk mengetahuinya. Selamat menonton.
Bagi kawan2 yang ingin melihat video seumpama ini kawan-kawan boleh lawati Channel saya di https://www.youtube.com/c/ArzamanSulaiman
Untuk lebih mudah sila SUBCRIBE dengan klik banner lambang Youtube dan gambar saya itu kerana saya jarang akan poskan Slide Video Youtube saya di sini.
Terima Kasih.
Jumaat, 20 September 2019
QIAMAT! ADAKAH JEREBU ITU AN-DUKHAN?
Adakah JEREBU itu AN-DUKHAN ? Ini kerana sifat JEREBU itu macam AN-DUKHAN yang mana asap dari udara akan melitupi bumi dan segala sumber makanan yang ada akan mati dan menjejaskan kehidupan manusia.
Jika ini berlaku maka akan berlaku QIAMAT atau fasa pengakhiran dunia ini. Adakah JEREBU ini AN-DUKHAN? Kalau bukan AN-DUKHAN yang sebenar mungkin juga AN-DUKHAN kecil.! Sebagai satu peringatan kepada kita. Selamat menonton Slide Video ini.
Sekiranya kawan-kawan ini terus menikmati SLIDE VIDEO BERINFORMASI seumpama ini SUBCRIBElah channel saya ini. Untuk SUBCRIBE tengok bahagian bawah video ada logo youtube dan gambar saya kat situ, klik dan ikut arahan yang diberikan. HANYA PERLU BUAT SEKALI SAHAJA.
Isnin, 9 September 2019
HATI-HATI PEMBUNUH SENYAP
HATI-HATI PEMBUNUH SENYAP. Kita tak takut jika kita tahu didepan kita itu seorang pembunuh. Kita boleh mencari jalan bagi menghadapinya. Masalahnya kita tidak tahu dan mereka menjadi macam musuh dalam selimut, sedar2 dah terlentang terkena tikaman.
Bagilah ruang dan tonton SLIDE VIDEO BERINFORMASI ini. Sekiranya rasa bermanafaat dan ingin terus mendapatkan video seumpama ini kawan2 boleh SUBCRIBE. SUBCRIBE macam kawan2 berlanggan video dari channel saya dan tidak dikenakan apa2 bayaran. In Shaa Allah saya akan terus menghasilkan pelbagai video yang berkonsepkan informasi.
Untuk SUBCRIBE kawan2 boleh tengok bahagian bawah di sebelah kanan kita ada lambang YOUTUBE dan gambar saya KLIK di situ dan ikut arahanya. Sekian Terima Kasih.
Sabtu, 7 September 2019
SEMBANG-SEMBANG BUAT MELAYU PULAU PINANG
Saya bacakan puisi karya saya sendiri yang saya hantar menyertai Sayembara Menulis Sajak Sempena FestivalKesenian Pulau Pinang – YTL tahun 2000 – 2001. Saja ini tidak memenangi hadiah selain dipilih karya-karya terbaik sayembara. Ada lagi satu sajak yang Berjaya mememangi hadiah saguhati.
Saya angkat Kisah Masalah Melayu Pulau Pinang bukan baru sudah lama sejak zaman Tun Dr. Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri. Pulau Pinang dan mula diberi perhatian selepas era Tun Dr. Lim Chong Eu dengan diwujudkan pelbagai agensi kerajaan pusat untuk membantu melayu Pulau Pinang. Namun pencapaiannya tetap menghampakan dan melayu Pulau Pinang terus terpinggir.
Rabu, 4 September 2019
JANGAN MUDAH MENYERAH
Hidup ini penuh dengan pengharapan bagi memenuhi impian.
Terus berharap dan menaruh harapan.
Terus berharap dan menaruh harapan.
UNTUK TERUS MENIKMATI VIDEO BERINFORMASI SEUMPAMA INI
SUBCRIBE VIDEO INI. UNTUK SUBCRIBE KLIK BANNER KECIL BERLOGO YOUTUBE BAWAH SEBELAH KANAN.
SUBCRIBE VIDEO INI. UNTUK SUBCRIBE KLIK BANNER KECIL BERLOGO YOUTUBE BAWAH SEBELAH KANAN.
SAYA MOHON KERJASAMA. TERIMA KASIH.
Selasa, 3 September 2019
SESEKALI MELEWATI CHEROK TOKUN
Saya bacakan puisi sahabat saya Ahmad J. Husien berjudul “SESEKALI MELEWATI CHEROK TOKUN”. Sahabat saya itu ini sedang sakit semoga Allah berikannya kekuatan. Saya amat yakin beliau menghasilkan karya ini ketika gelombang reformasi dicetuskan oleh
Datuk Seri Anwar selepas peristiwa 3 September 1998.
Dan senaja saya poskan puisi ini hari ini 3 September 2019, selepas 21 tahun untuk mengingatkan para pemimpin PKR yang dah mula lupa diri apabila mendapat kuasa. Mereka lupa siapa pemimpin mereka… mereka lupa pengorbanan pejuang2 PKR yang diperingkat
awal tetapi telah tersisih kerana permainan politik.
Mereka lupa pergorbanan rakyat yang memberikan peluang kepada mereka memerintah dan hari ini kita dapat melihat KETAMAKAN KUASA HINGGA TAK KENAL LAGI BOS MEREKA.
Sudahlah berpolitik mencari kedudukan setelah berkuasa jangan jadi macam UMNO/BN
rakyat benam walaupun dah lebih 60 tahun berkuasa. Mahukah PH khususnya
PKR rakyat benam dalam PRU 15 gara-gara mabuk kuasa.
Saya amat berharap rakan2 yang menyokong gerakan teformasi dan share puisi ini agar dapat pergi lebih jauh dan seramai mungkin dapat mengikutinya. SAYA JUGA MOHON KERJASAMA SUBCRIBE VIDEO INI.
Semoga Mereka Sedar Dan Kembali Kepanggalkan Jalan.
Selasa, 23 Julai 2019
Khamis, 9 Mei 2019
KERAJAAN BARU PAKATAN HARAPAN KERAJAAN SEPENGGAL
CATITAN sejarah membuktikan jika pilihanraya kecil
diadakan lazimnya parti kerajaan yang memerintah akan menang. Namun tiga pilihanraya kecil yang
terkebelakang ini nampaknya parti yang mewakili Kerajaan Pakatan Harapan kalah.
Bermula dengan kerusi Cameron Highland calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh DAP
tersungkur ditangan calon UMNO yang mewakili BN dan barisan pembangkang. Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen
Cameron Highlands dengan majoriti agak besar iaitu 3,238 undi dalam Pilihan
Raya Kecil (PRK) hari ini berbanding dalam pilihanraya umum lalu BN yang
diwakili Datuk C.Sivarajah menang hanya dengan 597 undi.
Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor |
DAP telah mempetaruhkan calon yang kalah dalam pilihanraya
umum lalu M. Manogaran bagi mewakili Pakatan Harapan hanya mendapat 8,800. M.
Manogaran sebelum ini memperolehi 9,710 undi, berkurangan 910 undi. Namun jika
beliau mengekalkan jumlah undi dalam pilihanraya umum yang lalu tetap tidak
dapat mengatasi calon BN yang memperolihi 12,038 undi.
Sementara dalam pilihanraya kecil DUN Semenyih Pakatan
Harapan diwakili oleh BERSATU juga tumbang. BERSATU mencalonkan Muhammad Aiman
Zainali yang mendapat sebanyak 17,866 undi, berbanding dalam PRU-14 yang lalu
dimana Pakatan Harapan memperolehi 23,428.
Zakaria Hanafi ADUN Semenyih |
Pakatan Harapan telah kekurangan 5,562 undi. Kekurangan
ini agak ketara walaupun BN/UMNO menang dengan hanya majoriti 1,914 undi.
Adakah dua pilihanraya ini masih gagal membuka mata para pemimpin Pakatan
Harapan? Para pemimpin Pakatan Harapan boleh meminta ahli mereka diperingkat
akar umbi mengemukakan runggutan rakyat diperingkat bawah dan memperbetulkan
perjalanan pemerintahan yang dirasakan telah menyimpang dari aspirasi rakyat
yang mereka bawa sebelum pilihanraya umum ke 14.
Paling baharu pilihanraya kecil DUN RANTAU Pakatan Harapan
yang diwakili oleh PKR pula yang kecundang. PKR mecalonkan Dr. S. Streram dan
hanya memperolehi 5,887. Manakalan BN/UMNO telah mencalonkan Timbalan Presiden
UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beliau memperolehi 10,397. Sekali lagi calon
parti pemerintah 4,510 undi. Kekurangan
empat atau lima ribu undi bagi parti yang mewakili parti pemerintah
adalah jumlah yang cukup besar.
Datuk Seri Mohamad Hasan ADUN Rantau |
Sehingga kini hanya AMANAH yang merupakan parti komponen
dalam Pakatan Harapan belum diuji dalam
pilihanraya kecil. Jika diuji adakah AMANAH juga akan menerima nasib yang sama?
Walaupun telah kecundang dalam tiga pilihanraya kecil
namun kita melihat pemimpin Pakatan Harapan seolah-olah macam kepimpinan UMNO
dan BN dulu yang mabukan kuasa, mereka lupa diri dan tidak cuba berubah dalam usaha memantapkan
kerajaan mereka. Mereka seolah-olah tidak ada idea untuk memerintah.
Kita lihat bagaimana Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr.
Dzulkefly Bin Ahmad. Bagaikan tidak ada idea sebaik saja dilantik menjadi
menteri, beliau kalut dan berkeras mengenai larangan merokok, tidak diberikan
ruang khas untuk perokok melayan tabiat mereka. Malah terdengar cadangan nak
mengharamkan pula merokok dalam kenderaan sendiri.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad |
Kenapa Menteri Kesihatan berkeras sangat dalam soal ini?
Kenapa Kementerian Kesihatan tidak berusaha keras membenteras salah guna dadah?
Ini jauh lebih bahaya! Kenapa Menteri
Kesihatan tidak berusaha menyelesaikan masalah katil di hospital kerajaan?
Rasanya bab salah guna dadah dan bab katil adalah jauh lebih besar dan penting daripada
masalah rokok.
Memang barisan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan dulunya
adalah pengkritik tegar kerajaan BN/UMNO. Namun apabila mereka mendapat kuasa
mereka seolah-olah tidak ada idea malah meneruskan apa yang dibuat oleh
kerajaan BN/UMNO dulu dengan hanya mengubah nama dan sebagainya.
Memang kekalahan ini tidak menjejaskan kuasa kerajaan
pusat atau negeri-negeri yang terlibat namun kekalahan ini memberikan
justifikasi yang rakyat khususnya orang melayu dan India mula beralih arah.
Harus diingat rakyat telah berani berubah dengan
menumbangkan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO setelah lebih 60 tahun
berkuasa. Pastinya tidak menjadi masalah besar untuk rakyat berubah menolak
kerajaan Pakatan Harapan sekiranya pemimpinnya masih terbuai dan terlena dengan
kekuasaan yang ada.
Sudah setahun Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa
tidak ada apa perubahan dan pembaharuan yang ketara dilihat terhadap rakyat
yang mereka buat. Alasannya kerajaan lama yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib
merosakkan ekonomi negara dan kerajaan tak ada duit untuk melaksanakan
perubahan.
Kerajaan Pakatan Harapan juga telah memotong segala peruntukan
sabsidi dan bantuan kepada petani dan nelayan. Pembayaran BRIM dipersulitkan, malah
pembayaran BRIM untuk anak muda pada mulanya dimansuhkan menjelang pilihanraya
kecil Semeyeh baru diluluskan dan diberikan RM100.
Janji menghapuskan
tol dan PTPTN hanya tinggal janji. Janji mengawal harga minyak juga
bagaikan omongan kosong Kerajaan Pakatan Harapan masih tetap mengamalkan dasar
kerajaan BN/UMNO. Alasan para pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan tidak
ada duit.
Rasanya rakyat faham dan dapat menerima alasan itu
setelah melihat rampasan wang tunai dan barang-barang berharga dari rumah Datuk
Seri Najib. Rakyat dapat menerima setelah pelbagai tuduhan melihatkan pemimpin
UMNO yang melibatkan 1MDB, Tabung Haji, Risda dan sebagainya.
Namun yang peliknya dalam tidak ada duit kerajaan sibuk dan berhasrat hendak bangunkan kereta ketiga. Dana yang akan
dibelanjakan membuat R & D dan prototaipnya saja mencecah RM20 juta. RM20
juta dalam keadaan negara tidak ada duit memang besar.
Kenapa tidak menyalurkan RM20 juta itu kerajaan salurkan untuk
Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM1,200 kepada hampir 1,700 orang. Jumlah itu
juga boleh digunakan sebagai bantuan baucer buku RM100 kepada 200,000 pelajar
sekolah.
Malah, RM20 juta ini juga boleh diperuntukkan sebagai
bantuan subsidi kepada 40,000 petani, pekebun kecil dan nelayan jika diberikan
RM500 setiap orang. Mengapa kerajaan Pakatan Harapan mengutamakan projek mega
seperti kerajaan BN/UMNO dulu yang tidak memberi banyak manafaat kepada rakyat
bawahan.
Dalam tak ada duit pelbagai projek besar dirancang dan
baru-baru - ini Kerajaan Pusat meluluskan tujuh projek dan program berimpak
tinggi di Kedah bernilai lebih RM3.6 bilion, termasuk pembinaan Lapangan
Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang membabitkan pelaburan luar berjumlah
RM1.6 bilion.
Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali, berkata semua projek itu diluluskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad ketika mempengerusikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor
Utara (NCIA) pada Isnin lalu.
Pelik bin ajaib dalam keadaan duit tidak ada kerajaan
boleh berbelanja berjuta malah berbiliion ringgit untuk projek mega tetapi
untuk projek yang memberikan kepentingan rakyat. Rakyat sedang memerhati sikap
dan tidakan para pemimpin kerajaan
Pakatan Harapan.
Para pemimpin Pakatan Harapan harus ingat, rakyat membuat
keputusan menolak kaerajaan BN yang
diterajui oleh UMNO namun tindakan itu tidak langsung memberikan manafaat kepada
rakyat. Malah paling mendukacitakan rakyat apabila rakyat menolak UMNO/BN tapi
kerajaan Pakatan Harapan khususnya BERSATU mengutip seorang demi seorang Ahli Parlimen
dan ADUN UMNO.
Tinjauan rambang di peringkat akar umbi memang kesal
malah ada yang mengatakan kalau macam ini sikap dan kepimpinan Pakatan Harapan
adalah lebih baik mereka terus mengekalkan UMNO/BN dalam pilihanraya lepas.
Diyakini jika para pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan tidak melunasi janji
mereka tidak proaktif akan keluhan rakyat maka pastinya Pakatan Harapan hanya
akan jadi kerajaan sepanggal sahaja.
OLEH : ARZAMAN SULAIMAN
#antologipuisipm
#antologicerpenpm
#bukukankisahhiduppm
Langgan:
Catatan (Atom)