CATITAN sejarah membuktikan jika pilihanraya kecil
diadakan lazimnya parti kerajaan yang memerintah akan menang. Namun tiga pilihanraya kecil yang
terkebelakang ini nampaknya parti yang mewakili Kerajaan Pakatan Harapan kalah.
Bermula dengan kerusi Cameron Highland calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh DAP
tersungkur ditangan calon UMNO yang mewakili BN dan barisan pembangkang. Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen
Cameron Highlands dengan majoriti agak besar iaitu 3,238 undi dalam Pilihan
Raya Kecil (PRK) hari ini berbanding dalam pilihanraya umum lalu BN yang
diwakili Datuk C.Sivarajah menang hanya dengan 597 undi.
Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor |
DAP telah mempetaruhkan calon yang kalah dalam pilihanraya
umum lalu M. Manogaran bagi mewakili Pakatan Harapan hanya mendapat 8,800. M.
Manogaran sebelum ini memperolehi 9,710 undi, berkurangan 910 undi. Namun jika
beliau mengekalkan jumlah undi dalam pilihanraya umum yang lalu tetap tidak
dapat mengatasi calon BN yang memperolihi 12,038 undi.
Sementara dalam pilihanraya kecil DUN Semenyih Pakatan
Harapan diwakili oleh BERSATU juga tumbang. BERSATU mencalonkan Muhammad Aiman
Zainali yang mendapat sebanyak 17,866 undi, berbanding dalam PRU-14 yang lalu
dimana Pakatan Harapan memperolehi 23,428.
Zakaria Hanafi ADUN Semenyih |
Pakatan Harapan telah kekurangan 5,562 undi. Kekurangan
ini agak ketara walaupun BN/UMNO menang dengan hanya majoriti 1,914 undi.
Adakah dua pilihanraya ini masih gagal membuka mata para pemimpin Pakatan
Harapan? Para pemimpin Pakatan Harapan boleh meminta ahli mereka diperingkat
akar umbi mengemukakan runggutan rakyat diperingkat bawah dan memperbetulkan
perjalanan pemerintahan yang dirasakan telah menyimpang dari aspirasi rakyat
yang mereka bawa sebelum pilihanraya umum ke 14.
Paling baharu pilihanraya kecil DUN RANTAU Pakatan Harapan
yang diwakili oleh PKR pula yang kecundang. PKR mecalonkan Dr. S. Streram dan
hanya memperolehi 5,887. Manakalan BN/UMNO telah mencalonkan Timbalan Presiden
UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beliau memperolehi 10,397. Sekali lagi calon
parti pemerintah 4,510 undi. Kekurangan
empat atau lima ribu undi bagi parti yang mewakili parti pemerintah
adalah jumlah yang cukup besar.
Datuk Seri Mohamad Hasan ADUN Rantau |
Sehingga kini hanya AMANAH yang merupakan parti komponen
dalam Pakatan Harapan belum diuji dalam
pilihanraya kecil. Jika diuji adakah AMANAH juga akan menerima nasib yang sama?
Walaupun telah kecundang dalam tiga pilihanraya kecil
namun kita melihat pemimpin Pakatan Harapan seolah-olah macam kepimpinan UMNO
dan BN dulu yang mabukan kuasa, mereka lupa diri dan tidak cuba berubah dalam usaha memantapkan
kerajaan mereka. Mereka seolah-olah tidak ada idea untuk memerintah.
Kita lihat bagaimana Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr.
Dzulkefly Bin Ahmad. Bagaikan tidak ada idea sebaik saja dilantik menjadi
menteri, beliau kalut dan berkeras mengenai larangan merokok, tidak diberikan
ruang khas untuk perokok melayan tabiat mereka. Malah terdengar cadangan nak
mengharamkan pula merokok dalam kenderaan sendiri.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad |
Kenapa Menteri Kesihatan berkeras sangat dalam soal ini?
Kenapa Kementerian Kesihatan tidak berusaha keras membenteras salah guna dadah?
Ini jauh lebih bahaya! Kenapa Menteri
Kesihatan tidak berusaha menyelesaikan masalah katil di hospital kerajaan?
Rasanya bab salah guna dadah dan bab katil adalah jauh lebih besar dan penting daripada
masalah rokok.
Memang barisan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan dulunya
adalah pengkritik tegar kerajaan BN/UMNO. Namun apabila mereka mendapat kuasa
mereka seolah-olah tidak ada idea malah meneruskan apa yang dibuat oleh
kerajaan BN/UMNO dulu dengan hanya mengubah nama dan sebagainya.
Memang kekalahan ini tidak menjejaskan kuasa kerajaan
pusat atau negeri-negeri yang terlibat namun kekalahan ini memberikan
justifikasi yang rakyat khususnya orang melayu dan India mula beralih arah.
Harus diingat rakyat telah berani berubah dengan
menumbangkan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO setelah lebih 60 tahun
berkuasa. Pastinya tidak menjadi masalah besar untuk rakyat berubah menolak
kerajaan Pakatan Harapan sekiranya pemimpinnya masih terbuai dan terlena dengan
kekuasaan yang ada.
Sudah setahun Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa
tidak ada apa perubahan dan pembaharuan yang ketara dilihat terhadap rakyat
yang mereka buat. Alasannya kerajaan lama yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib
merosakkan ekonomi negara dan kerajaan tak ada duit untuk melaksanakan
perubahan.
Kerajaan Pakatan Harapan juga telah memotong segala peruntukan
sabsidi dan bantuan kepada petani dan nelayan. Pembayaran BRIM dipersulitkan, malah
pembayaran BRIM untuk anak muda pada mulanya dimansuhkan menjelang pilihanraya
kecil Semeyeh baru diluluskan dan diberikan RM100.
Janji menghapuskan
tol dan PTPTN hanya tinggal janji. Janji mengawal harga minyak juga
bagaikan omongan kosong Kerajaan Pakatan Harapan masih tetap mengamalkan dasar
kerajaan BN/UMNO. Alasan para pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan tidak
ada duit.
Rasanya rakyat faham dan dapat menerima alasan itu
setelah melihat rampasan wang tunai dan barang-barang berharga dari rumah Datuk
Seri Najib. Rakyat dapat menerima setelah pelbagai tuduhan melihatkan pemimpin
UMNO yang melibatkan 1MDB, Tabung Haji, Risda dan sebagainya.
Namun yang peliknya dalam tidak ada duit kerajaan sibuk dan berhasrat hendak bangunkan kereta ketiga. Dana yang akan
dibelanjakan membuat R & D dan prototaipnya saja mencecah RM20 juta. RM20
juta dalam keadaan negara tidak ada duit memang besar.
Kenapa tidak menyalurkan RM20 juta itu kerajaan salurkan untuk
Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM1,200 kepada hampir 1,700 orang. Jumlah itu
juga boleh digunakan sebagai bantuan baucer buku RM100 kepada 200,000 pelajar
sekolah.
Malah, RM20 juta ini juga boleh diperuntukkan sebagai
bantuan subsidi kepada 40,000 petani, pekebun kecil dan nelayan jika diberikan
RM500 setiap orang. Mengapa kerajaan Pakatan Harapan mengutamakan projek mega
seperti kerajaan BN/UMNO dulu yang tidak memberi banyak manafaat kepada rakyat
bawahan.
Dalam tak ada duit pelbagai projek besar dirancang dan
baru-baru - ini Kerajaan Pusat meluluskan tujuh projek dan program berimpak
tinggi di Kedah bernilai lebih RM3.6 bilion, termasuk pembinaan Lapangan
Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang membabitkan pelaburan luar berjumlah
RM1.6 bilion.
Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali, berkata semua projek itu diluluskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad ketika mempengerusikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor
Utara (NCIA) pada Isnin lalu.
Pelik bin ajaib dalam keadaan duit tidak ada kerajaan
boleh berbelanja berjuta malah berbiliion ringgit untuk projek mega tetapi
untuk projek yang memberikan kepentingan rakyat. Rakyat sedang memerhati sikap
dan tidakan para pemimpin kerajaan
Pakatan Harapan.
Para pemimpin Pakatan Harapan harus ingat, rakyat membuat
keputusan menolak kaerajaan BN yang
diterajui oleh UMNO namun tindakan itu tidak langsung memberikan manafaat kepada
rakyat. Malah paling mendukacitakan rakyat apabila rakyat menolak UMNO/BN tapi
kerajaan Pakatan Harapan khususnya BERSATU mengutip seorang demi seorang Ahli Parlimen
dan ADUN UMNO.
Tinjauan rambang di peringkat akar umbi memang kesal
malah ada yang mengatakan kalau macam ini sikap dan kepimpinan Pakatan Harapan
adalah lebih baik mereka terus mengekalkan UMNO/BN dalam pilihanraya lepas.
Diyakini jika para pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan tidak melunasi janji
mereka tidak proaktif akan keluhan rakyat maka pastinya Pakatan Harapan hanya
akan jadi kerajaan sepanggal sahaja.
OLEH : ARZAMAN SULAIMAN
#antologipuisipm
#antologicerpenpm
#bukukankisahhiduppm