Di atas kertas semua orang meramalkan yang Datuk Seri Reezal
Marican mampu mempertahankan kerusi parlimen Kepala Batas.
Ramalan ini mungkin bersandarkan kedudukan beliau selaku
Menter Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mungkin juga berdasarkan beliau
bertanding di kerusi Kepala Batas.
Berdasarkan rekod kerusi tersebut memang dimiliki oleh UMNO
sejak plihanraya pertama Negara pada tahun 1959 sehingga PRU 14 yang lalu.
Dulunya UMNO bertanding atas gabungan PERIKATAN/UMNO yang
berlambangkan kapal layar.
Disekitar tahun 1972 Perdana Menteri yang juga merupakan
Presiden UMNO Tun Razak telah membentuk gabungan baru yang dinamakan BARISAN
NASIONAL, sejak itu UMNO berada dalam gabungan tersebut.
Inilah kebijaksanaan Tun Razak disamping membangunkan Negara
berdasarkan DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang banyak membantu bumiputra atas dengan
kata lain orang melayu.
Tun Razak juga Berjaya membawa PAS yag ketika itu menguasai
Kelantan dan GERAKAN yang menguasai Pulau Pinang menyertai BN.
Dan perkara lain mungkin ramai yang beranggapan yang Datuk
Seri Reezal Marican mempunyai dana politik yang kuat bagi membiayai jentera
parti berkempen.
Berkemungkinan besar berdasarkan fakta inilah ramai yang
beranggapan Datuk Seri Reezal Marican mampu mempertahankan kerusi parlimen
Kepala Batas.
Namun ramai kita lupa reality semasa dalam PRU 14 dulu, Datuk
Seri Reezal Marican hanya menang dengan majority 4,736 undi sahaja. Datuk Seri
Reezal Marican memperolehi undi keseluruhan sebanyak 22,459 undi.
Bagi saya majority itu agak kecil dan menyusun dari PRU 13
majoriti yang diperolehi undi keseluruhan oleh Datuk Seri Reezal Marican
sebanyak 25,128 undi dan menyusut 2,669 daripada undi yang diperolehi dalam PRU
14.
Dalam PRU 15 ini Datuk Seri Reezal Marican akan menghadapi
pertandingan 4 penjuru. Calon yang akan mencabarnya kali ini ialah Dr. Siti
Mastura Mohamad (PN), Danail Abdul Majed (PH-Muda) dan Hamidi Abu Hassan
(PERJUANG/GTA).
Dalam tiga-tiga calon yang mencabarDatuk Seri Reezal Marican,
saya berkayinan Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) mampu mencabar dan mengugat Datuk
Seri Reezal Marican.
Dalam PRU 14, Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) telah mencuba
nasibnya bertanding di parlimen ini dan berjaya memperolehi 12,120 undi. Bagi
saya undi yang dirais itu agak baik dan menyakinkan.
Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) adalah bekas pensyarah UITM dan
memperolehi ijazah sarjana dan doctor falsafahnya yang membawagelaran doctor dari
USM. Dr. Siti Mastura Mohamad memperolehi ijazah serjana mudanya dari Universiti
Al-Azhar, Mesir.
Taraf akademiknya yang baik dan menyakinkan ini akan menjadi Dr. Siti Mastura Mohamad seorang pemimpin yang baik.
Disamping itu Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) juga merupakan
seorang aktivis politik PAS yang hebat. Disamping menjawat jawatan Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS, beliau juga menyandang pelbagai jawatan baik di peringkat
kawasan, negeri dan Pusat.
Tambah menyakinkan lagi Dr. Siti Mastura Mohamad adalah anak tempatan. Beliau
merupakan orang Permatang Tinggi C, Kepala Batas serta seorang yang cukup muda
terlibat dalam dunia politik baru
berusia 33 tahun.
Jadi berdasarkan fakta ini jangan terkejut jika Dr. Siti
Mastura Mohamad mampu menglahkan Datuk
Seri Rizal Marican.