SELEPAS PRU 15 tidak ada mana-mana parti atau gabungan parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Untuk membentuk kerajaan mana-mana parti atau gabungan parti perlu menang 112 kerusi parlimen.
Dalam pilihanraya tersebut PH memperolehi 82 kerusi di tambah
WARISAN 3 kerusi parlimen menjadikan 85 kerusi yang menyokong PH.
Sementara PN pula hanya mendapat 73 kerusi waktu itu dan
tambahan 1 kerusi Padang Serai menjadikan 74 kerusi.
Manakala UMNO/BN pula menang
di 30 kerusi parlimen. GPS memperolehi 23kerusi
parlimen. GRS menperolehi 6 kerusi dan bakinya lain-lain parti dan bebas yang
hanya memenangi 1 kerusi.
Memandangkan tidak ada mana-mana parti atau gabungan politik
yang berjaya merais majority mudah maka
YDPA telah menitahkan parti-parti atau
gabungan politik menamakan calon PM beserta buktinya sekali.
Tan Sri Muhyiddin dengan pantas menghantar penyata sokongan
berbentuk SD sebanyak 115 SD dan menamakan dirinya sebagai PM.
Persoalannya di mana Tan Sri Muhyiddin mendapatkan 115 SD
sedangkan PN hanya menang 73 waktu itu, tambahan 1 kerusi iaitu Padang Serai hanya ada selepas
kerajaan dibentuk?
Rupanya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertakan 10 orang ahli parlimen UMNO/BN dan 23 orang ahli parlimen dari GPS, GRS dan lain-lain parti kecil dan calon bebas.
GPS, GRS, parti kecil dan calon bebas menyatakan sokongan
kerana Tan Sri Muhyiddin telah menyakinkan mereka beliau bakal membentuk
kerajaan persekutuan.
Tindakan Tan Sri Muhyiddin mendapatkan 10 orang ahli parlimen
UMNO/BN adalah salah disegi akta lompat parti. Dalam kegopohan Tan Sri Muhyiddin
hendak jadi PM, beliau terlupa YDPA baru
saja menandatangani akta lompat parti.
Berdasarkan situasi itu dipercayai YDPA telah menolak 10 SD dari ahli parlimen UMNO/BN. Apabila ditolak 10 SD itu Tan Sri Muhyidin hanya ada 105 sokongan.
Tan Sri Muhyiddin juga lupa atau buat-buat lupa yang GPS yang
ada 23 ahli parlimen juga telah menarik balik sokongan kepadanya dan
menyerahkan kepada budi bicara YDPA dan mereka akan menurut perintah.
GPS menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebelum ini kerana Tan Sri Muhyiddin telah menipu mereka dengan menyatakan
UMNO/BN bersamanya untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Setelah tahu kedudukan sebenar yang bukan UMNO/BN yang menyokong Tan Sri Muhyiddin sebaliknya hanya 10 ahli parlimen UMNO/BN sahaja dan memang tidak sah di sudut perudangan GPS menarik balik sokongan itu.
YDPA pasti sedia maklum pekara ini dan berdasarkan keadaan
itu Tan Sri Muhyiddin telah hilang lagi 23 ahli parlimen yang dikatakan menyokongnya.
Jika ini yang berlaku sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin
Yassin hanya tinggal 82 orang ahli parlimen. Diyakini baki 8 orang ahli
parlimen pasti akan tarik balik sokongan sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin
gagal menjadi PM.
Menyedari keadaan itu YDPA telah menitahkan agar PH dan PN
bergabung membentuk kerajaan persekutuan. Namun dengan ego dan sombong menolak
titah YDPA.
Tan Sri Muhyiddin masih berpegang kepada pendapat yang mengatakan beliau mempunyai 115 orang ahli parlimen. Diyakini Tan Sri Muhyiddin menolak kerana beliau sedar jika bergabung dengan PH maka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi PM.
Apabila Tan Sri Muhyiddin menolak YDPA telah memanggil UMNO/BN
dan GPS masuk mengadap dan memberi titah yang sama. UMNO/BN dan GPS menjunjung titah YDPA.
Sebelum mengumumkan perlantikan Datuk Seri Anwar sebagai PM, YDPA telah mengadakan sidang khas
Majlis Raja-Raja bagi membincang kemelut itu.
Ini bermakna perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM bukan keputusan YDPA sendirian
malah mendapat perkenan oleh Raja-Raja Melayu.
Namun begitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Hj Hadi
Awang tetap tidak berpuas hati. Tan Sri Muhyiddin mencabar Datuk Seri Anwar
Ibrahim membuktikan keabsahannya sebagai PM.
Nampaknya Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan saja menipu, mencuri
dan ego malah cakap tak serupa bikit.
Dulu masa beliau menjatuhkan kerajaan PH dan dilantik sebagai
PM, dan diminta membuktikan keabsahannya dengan mengemukakan usul undi percaya.
Tan Sri Muhyiddin memekakkan telinganya malah mengambil
kesempatan Covid 19 dan mengistiharkan darurat. Hakikatnya darurat tak perlu
dibuat kerana kerajaan telah melaksanakan PKP.
Malah lebih parah lagi apabila Tan Sri Hj. Hadi Awang
menemelak YDPA dengan mengatakan menambah masa tambahan dan ubah tiang gol.
Apa pun pertikaian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Hadi
Awang namun jawatan PM tetap diperolehi oleh orang yang berhak, iaitu Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
SAYA MOHON LAWATI SAMA CHANNEL YOUTUBE SAYA
CHANNEL : ARZAMAN SULAIMAN