Sabtu, 12 April 2014

APA DAH JADI HARGA DAGING SEGAR NAIK 100%?

HARI ini akhbar Berita Harian mendedahkan  menjelang  musim perayaan akan datang, Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha DAGING SEGAR dijangka akan naik 100% dimana sekarang dijual dengan harga RM24 – RM 28 sekilo dijangka akan mencecah RM40 sekilo. Bagi mereka yang menyertai korban dan kekurangan wang dinasihatkan untuk siap tabungan untuk membiayai kenaikan kos lembu hidup. APA DAH JADI? MACAM MANA JADI MACAM NI?

Dalam RMK-9 Kerajaan Malaysia telah meluluskan penubuhan NFC (National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) ) pada tahun 2008 bertujuan untuk menternak dan mengedar daging segar untuk rakyat negara ini. Disamping menternak sendiri difahamkan NFC menyediakan projek payung mengalakkan penternak kecil menternak dan membekal lembu hidup kepada NFC.



Rancangan yang menarik kerana usaha ini pasti akan mengurangkan kos mengimpot lembu hidup atau daging lembu daripada luar. Lalu pihak kerajaan memberikan pinjaman mudah RM250 juta dan Geran Kerajaan RM 6 juta. NFC juga di berikan tanah berbentuk pajakkan seluas 5000 ekardi Gemas, Negeri Sembilan kepada NFC.

Berdasarkan namanya NFC sepatutnya menjadi syarikat nasional yang mengeluarkan daging lembu segar tapi telah diserahkan kepada suami Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail. NFC menjadi syarikat milik penuh keluarga Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.


Sayang semuanya hancur dan dan kesannya rakyat terpaksa menanggung akibat. Jika semua ini berjalan dengan baik maka Malaysia akan menjadi “BELANDA TIMUR”.

Khamis, 13 Mac 2014

MISTERI KEHILANGAN MH 370


KINI sudah 6 hari kapal terbang milik MAS MH 370 hilang begitu saja.  Kejadian masih menjadi  satu misteri. Bagaimana kapal terbang yang besar serta canggih boleh hilang begitu saja?

Kalau kapal terbang itu mengalami masalah teknikal dan terhempas di laut pasti ada yang melihatnya kerana perairan Laut Cina Selatan agak sibuk.  Sudah pasti Kapten Zaharie Shah dan Pembantunya Farid Abdul Hamid akan memaklumkan kepada  menara kawalan yang kapal terbangnya mengalami kerosakkan. Dan kalau benar ianya terhempas di Laut Cina Selatan dengan segala jentera mencari dan penyelamat pasti boleh dijumpai.


Dan sekiranya ia terhempas di daratan pasti pesawat itu akan meletup dan terbakar dan mudah di kesan. Jadi ke mana menghilangnya kapal terbang itu?  Adakah ia meletup di udara diketinggian 35,000 kaki? Jika ini terjadi dan letupan itu angkara penganas sudah pasti kapten kapal terbang gagal menghubungi menara kawalan. Namun begitu mugkin juga menara kawalan dan mengesan objek yang meletup.

Sekiranya benar terlahan ini sepihan letupan itu tidak akan mudah dan mengambil masa  turun ke bumi kerana udara di atas mengapungkan benda. Sebagai contoh apabila kita menaikan wau dan apabila sudah berada di atas kita tidak perlu lagi menaikannya sebaliknya melepas tali biar ia terus naik.

Dan satu kemungkinan lain mungkin kapal terbang ini dirampas dan dimatikan semua saluran komunikasi dan mendarat di satu destinasi yang tidak diketahui. Perampas bukan bertujuan memeras ugut tetapi mengsabotajkan sesuatu, mungkin sobotaj ekonomi dan sebagainya. Pekerjaan ini didalangi oleh satu kuasa besar. Ini semua serba mungkin.

Apa pun  hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku disebalik kehilangan penuh misteri MH 370 ini. Disebalik usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan serta doa dan pengharapan kita agar menemuinya kita perlu mengambil IKTIBAR apa yang berlaku. Rasulullah telah bersabda :
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).

Rasulullah Muhammad Shalallahu Alaayhi Wassalam juga pernah naik ke atas mimbar dan menyeru dengan suara yang tinggi, "Janganlah kalian menyakiti kaum Muslim, janganlah menjelekkan mereka, janganlah mencari-cari aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat saudara sesama Muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan, siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walaupun ia berada di tengah tempat tinggalnya." (dari Abdullah bin 'Umar)

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim serta Abdullah bin ‘Umar melarang kita membuka keaiban orang. Jadi di sini cuba kita lihat bagaimana selama ini Datuk Seri Anwar Ibrahim diaibkan dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Dan yang terbaharu kes Liwat ke 2 yang telah di menangi oleh Datuk Seri Anwar telah dibuka dan diputuskan  dengan tergesa-gesa lantaran mengagalkan rancangan “Langkah Kajang”nya. Kita dapat lihat dari awal kes  ini tanpa sebarang prejudis terlalu banyak persoalan yang meragukan. Perkara ini hanya Allah yang tahu kebenarannya.

Jesteru itu kini dengan Misteri Kehilangan ini mungkin qada Allah Azawajalla kepada negara kita di mana hari ini negara kita mengalami aib di seluruh dunia. KEAIBAN YANG PERTAMA,  BAGAIMANA MEREKA YANG MENGGUNAKAN PASPORT PALSU BOLEH MELEPASI PINTU KELUAR MASUK NEGARA. Ini menunjukkan kelemahan sistem keselamatan di pintu keluar masuk negara.

Misteri kehilangan MH370 membuatkan beberapa negara telah menghantar kapal perang dan selam mereka ke lokasi yang dikenal pasti, sedangan kita tidak menghantar kapal selam Scorpene  yang kita beli dengan harga EURO 1 Bilion. Pihak berkuasa telah memberikan alasan tetapi apa pun alasan pihak lain telah menghantar kapal selam dan perang mereka, mengapa kita tidak menghantarnya? Dan kita boleh menguji keberkesanannya. Saya yakin kapal selam yang kita beli ada masalah untuk digunakan. INI MEMBUKTIKAN DAKWAAN PIHAK PEMBANGKANG SELAMA INI  ADA KEBENARANNYA. INI JUGA MENGAIBKAN KERAJAAN YANG MEMPERTAHANKAN PEMBELIAN KAPAL SELAM ITU. 

Disamping itu penyelarasan maklumat semasa kejadian juga tidak menyakinkan dan ketinggalan. Sedang kita baru mengeluarkan nama dan gambar dua orang warga Iran yang  lolos mengunakan pasport palsu pihak Interpol telah mengeluarkan kedua-duanya. Laporan awal pihak DCA terdapat 5 bagasi yang mana penumpangnya tidak menaiki kapal terbang akhirnya Ketua Polis Negara menafikan. Sedang pihak MAS mengatakan mereka hilang hubungan 1 jam lepas penerbangan pihak tentera mengatakan mereka mendapat signal yang kapal terbang itu berpatah balik. Begitu juga pihak Imigresen menyatakan dua orang Iran itu menggunakan pasport yang sama ketika masuk dan keluar sedangkan pihak Interpol mengatakan mereka menggunakan pasport Iran ketika masuk. Semua maklumat ini gagal diselaras dengan baik membuktikan pengurusan kita menghadapi krisis amat lemah dan memalukan.


Inilah pengajaran yang dapat kita kita ambil iktibar daripada misteri kehilangan MH370 yang masih tidak diketahui dimana dan bagaimana nasib penumpang dan krew penerbangan itu. Kita doakan mereka selamat.

Selasa, 19 November 2013

BERTEMU DENGAN BEKAS ADUN KUALA KETIL


Baru-baru ini saya bersama kawan-kawan media Abd Razak Osman  dari Utusan Malaysia, cawangan Sungai Petani serta Sukri  Shawal, Jurugambar RTM juga cawangan Sungai Petani. Kami lepak-lepak dan sembang kosong.

Sedang kami berbual muncul mantan  ADUN Kuala Ketil dan bekas Ketua Bahagian UMNO Padang Serai, Datuk Dek. Datuk Dek selepas bersara daripada politik memegang beberapa jawatan dalam NGO dan kini beliau adalah Setiausaha, MUBARAK, Kedah.

Kami berbual pelbagai topik mengenai perkembangan semasa termasuk mengenai PRK Dun Sungai Limau yang kebetulan baru saya berlalu. Beliau memberikan pandangan punca kekalahan dan jalan untuk mencipta kemenangan.

Menurut Datuk Det, punca kekalahan disamping kawasan tersebut merupakan kubu kuat PAS terdapat masalah dalaman parti di Parlimen tersbut memandangkan baru saja proses pemilihan parti. Bagi mencapai kejayaan dalam PRU 14 nanti jentera UMNO Bahagian perlu mencari pendekatan untuk masuk dan menarik pengundi dalam kawasan yang menjadi kubu kuat PAS itu.

Saya memberitahu usaha untuk menarik sokongan penyokong PAS sulit kecuali penyokong PKR yang rata-ratanya bekas anggota  UMNO. Pendirian penyokong PAS amat berbeza  dan sukar untuk menarik mereka. Datuk Det mengakui kesukaran itu dan katanya kalau hendak menang kena usaha dan kena cari pendekatan yang dapat menawan hati penyokong PAS.

Terlanjur terjumpa kami juga berbicara soal pemilihan UMNO. Beliau menceritakan perjuangan zaman beliau menjadi Ketua Pemuda dan Ketua B
ahagian dengan sekarang amat berbeza.  Rata-rata pemimpin dulu bukan orang senang. Tapi sekarang kalau hendak jadi pemimpin bahagian UMNO kena orang senang da nada duit. Kalau tidak punya duit memang susah.


Lalu saya mencelah, kalau tidak ada duit bertapa hebat, betapa pintar dan genius sesaorang itu pasti tak mampu menjadi pemimpin. Datuk Det tersenyum mendengarkan ulasan saya.

Ahad, 3 Oktober 2010

Wang Judi: Pemberian Kepada Warga Emas PP

SELEPAS Kerajaan Negeri Pulau Pinang jatuh ketangan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP maka kerajaan baru itu telah mengumumkan akan memberikan bantuan khas kepada warga emas sebagai penghargan mereka kepada jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan selama ini. Pemimpin UMNO malah seluruh rakyat negeri ini tertunggu-tunggu apakah bentuk bantuan yang bakal diberikan.

Akhirnya kerajaan negeri membuat pengumuman yang kerajaan negeri akan mengeluarkan bantuan khas ini kepada semua warga emas sebanyak RM100.00 setiap orang. Maka tampillah pemimpin UMNO yang mempertikaikan jumlahnya dan kata mereka jumlah sebanyak itu terlalu kecil hanya RM0.274 sen sehari.

PERSOLANNYA, MENGAPA TIADA SESEN PUN BANTUAN SEUMPAMA ITU YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG KEPADA WARGA EMAS SEPANJANG 50 TAHUN MENTADBIR NEGERI INI? HARUS DIINGAT WALAUPUN RM100.00 TETAPI BAGI WARGA EMAS YANG TIDAK MEMPUNYAI PEKERJAAN DAN TIDAK MEMPUNYAI PENCEN NILAINYA CUKUP BESAR. BERMACAM-MACAM PERKARA YANG INGIN DIBUAT OLEH MEREKA DENGAN WANG SEBANYAK ITU.

Setelah kerajaan negeri mengeluarkan bantuan itu tiba-tiba timbul pula cerita wang itu datangnya dari sumber judi. Walaupun Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah memberikan penjelasan kerajaan negeri tidak menggunakan wang sumbangan syarikat perjudian itu kepada orang Islam sebaliknya menggunakan wang itu untuk membantu orang bukan Islam namun kepimpinan UMNO negeri terus membuat serangan kepada kerajaan negeri.

Lanjutan daripada serangan itu pemimpin UMNO Kepala Batas telah mengumpulkan kira-kira 40 orang warga emas untuk menyerahkan kembali wang RM100.00 kepada kerajaan negeri melalui Datuk Azhar yang juga Ketua Pembangkan DUN Pulau Pinang. Kini diikuti UMNO Bayan Lepas kemudian UMNO Bukit Mertajam dan mungkin ada lagi selepas ini.

PERSOALAN TIMBUL, DIMANAKAH WARGA EMAS ITU MENDAPATKAN RM100.00 UNTUK MENYERAHKAN KEMBALI WANG SEBANYAK ITU KEPADA KERAJAAN NEGERI. DIYAKINI WANG PEMBERIAN KERAJAAN NEGERI ITU TELAH HABIS DIGUNAKAN OLEH MEREKA. SEKIRANYA ADA PIHAK YANG MENGELUARKANNYA AGAR WARGA EMAS MENYERAHKAN KEMBALI WANG ITU KEPADA KERAJAAN NEGERI MELALUI DATUK AZHAR, TIDAK TERBINTIKKAH DI HATI KECIL PEMIMPIN TERSEBUT, BAGAIMANA PERASAAN WARGA EMAS YANG MEMANG MEMERLUKANNYA TAPI HANYA MAMPU MEMEGANG DAN KEMUDINNYA MENYERAHKAN KEMBALI. KENAPA HARUS DIPERMAINKAN HATI DAN PERASAAN WARGA EMAS SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN KEPENTINGAN POLITIK?



Menurut bekas Mufti Perlis Datuk Dr. Asri Zainal Abidin, warga emas boleh menerima wang sumbangn itu walaupun datangnya dari sumber yang haram, yang salah bukan penerima tetapi kerajaan negeri dan syarikat perjudian itu.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual makanan yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia berniaga makanan.” Kata bekas mufti Perlis itu lagi.

JESTERU ITU DIHARAP JANGANLAH KEPIMPINAN POLITIK BERMANUPULASI PERKARA SEUMPAMA INI DEMI KEPENTINGAN POLITIK. BERGERAK DAN BERTINDAKLAH UNTUK MENANGI HATI RAKYAT SEKIRANYA INGIN KEMBALI MEMERINTAH NEGERI INI. SEKIRANYA BENAR-BENAR JUJUR UNTUK MEMBEL A RAKYAT MAKA TUHAN AKAN MEMBUKA JALAN DAN RUANG UNTUK BERGERAK.

JANGAN CARI KESALAHAN DAN KELEMAHAN ORANG DAN JANGAN PERTIKAIKAN TINDAKAN ORANG LAIN, DITAKUTI USAHA ITU AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI BAGAIKAN MELUDAH KELANGIT AKHIRNYA JATUH ATAS BATANG HIDUNG SENDIRI.
Artikel ini pernah disiarkan di Utara Online, di sana aku gunakan nama pena Nurzaman

Sabtu, 15 Ogos 2009

SIAPA KIANATI PERJUANGAN MELAYU?
MAHYUDIN vs ANWAR
BARU-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Mahyudin Yasin telah melemparkan tuduhan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkianat bangsa melayu. Lalu Datuk Seri AnwarIbrahim telah memberi peringatan kepada Tan Sri Mahyudin Yasin agar menarik balik tuduhan itu dan meminta maaf secara terbuka.
Tan Sri Mahyudin Yasin mungkin kapisitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri enggan berbuat demikian. Maka Datuk Seri Anwar telah mengarahkan peguamnya untuk menyaman Tan Sri Mahyudin Yasin. Berdasarkan senario ini kedua-dua pemimpin melayu ini mungkin merasakan masing-masing adalah perjuang kepada bangsa melayu.
Jika begitu, siapa pula yang boleh dianggap pengkhianat bangsa sehingga orang melayu khususnya rakyat biasa boleh dikatakan hidup merempat di tanahair sendiri? Orang melayu bagaikan melukut di tepi gantang dalam menghadapi arus pembangunan negara. Mari kita merenung dan berfikir secara tenang tanpa sebarang prejudis, siapa yang sebenarnya pengkianat bangsa?
Tan Sri Mahyudin telah menuduh Datuk Seri Anwar sebagai pengkianat bangsa? Benarkah dakwaan itu? Buat masa ini Datuk Seri Anwar tidak punya sebarang kuasa untuk mengubar dasar negara yang boleh menjejaskan kepentingan bangsa. Malah semasa Datuk Seri Anwar berada dalam UMNO dan ada sedikit kuasa beliau telah melakukan pelbagai perkara untuk kepentingan melayu dan Islam. Siapa yang menubuhkan Universiti dan Bank Islam? Siapa yang membentuk TEKUN yang membantu perniaga kecil mendapatkan pinjaman mudah untuk berniaga? Siapa yang menubuhkan Amanah Ikhtiar juga membantu golongan miskin bumiputra mendapatkan bantuan modal? Siapa yang memberikan 5000 unit Amanah Saham Bumiputra kepada golongan miskin?
Apa yang Tan Sri Mahyudin buat baik semasa menjadi Menteri Besar, Menteri dan sekarang Timbalan Perdana Menteri untuk membantu orang melayu. Keputusan membatalkan penggunaan bahasa pengantar bahasa inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains dan mathematic yang ternyata gagal itu pun tidak dapat dibuat serta merta dan terpaksa ditangguhkan kepada 2012. Adakah kita boleh mengelarkan Tan Sri Mahyudin Yasin sebagai pejuang orang melayu?
Kalau soal ini pun tidak berani membuat keputusan bagi membantu anak-anak melayu yang sedang belajar dan menghadapi kesulitan. Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memegang portfolio pendidikan sewajarnya Tan Sri Mahyudin Yasin berani membuat keputusan dalam usaha membantu anak-anak melayu dil luarbandar mencapai keputusan yang baik dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Kajian yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan sendiri telah menyatakan tinadakan itu tidak memberikan sebarang kesan terhadap pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris.
Kalau Tan Sri Mahyudin menganggap diri Tan Sri sebagai pejuang dan pembela orang melayu, apa sikap Tan Sri dengan gagasan SATU MALAYSIA yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak? Orang melayu dibawah merasakan gagasan SATU MALAYSIA itu sama dengan gagasan MALAYSIA MALAYSIAN yang di bawa oleh DAP. Apa maknanya SATU MALAYSIA. Maknanya kita semuanya satu tidak kira bangsa asalkan rakyat Malaysia. Inikah yang dikatakan perjuang bangsa?
Cuba tengok peringatan Raja Muda Perak dengan 7 wasiat Raja-Raja Melayu. Adakah UMNO khasnya Tan Sri Mahyudin Yasin benar-benar menjaganya? Kita ingin bertanya kepada Tan Sri Mahyudin, siapa yang menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Sedangkan nama itu jelas menunjukkan negara ini milik orang melayu? Jawabnya UMNO, jadi bolehkah kita sifatkan UMNO dan Tan Sri Mahyudin sendiri sebagai pejuang bangsa?
Bagaimana pula wasiat Raja-Raja Melayu yang mahukan 50% daripada tanah di negara ini dijadikan Tanah Simpanan Melayu? Adakah UMNO melaksanakannya? Malah satu ketika Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri mencadangkan agar status Tanah Simpanan Melayu dibuang atas alasan untuk meningkatkan nilainya. Untuk apa meningkatkan nilai tanah itu kalau selepas itu tanah tersebut akan terlepas daripada pegangan orang melayu? Apa yang Tan Sri Mahyudin Yasin buat sebagai perjuang dan pembela orang melayu waktu itu?
Wasiat Raja-Raja melayu seterusnya , Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan; PERKARA INI JUGA ADA TAPI SEKADAR PENGISYTIHARAN TIDAK ADA PERLAKSANAAN DASAR YANG BERSESUAIAN DENGAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI. APA YANG ADA PADA NAMA KALAU TIDAK ADA PERLAKSANAANNYA? APA YANG RAJA-RAJA MELAYU KITA BUAT APABILA PERLAKSANAAN SEGALA DASAR NEGARA ISLAM TIDAK SELARAS DAN SELARI DENGAN AGAMA RASMI. APA YANG TAN SRI MAHYUDIN YASIN BUAT SEMASA TUN DR. MAHATHIR MEMPERTIKAIKAN HUKUM HUDUD, BEKAS PERDANA MENTERI ITU PERNAH BERKATA ZAMAN NABI MUHAMAD DULU MANA ADA GILECT DAN KALAU LAKSANA HUKUM HUDUD ORANG BOLEH MAKAN SUP TANGAN DAN PELBAGAI PENGHINAAN KEPADA HUKUM ALLAH AZZAWAJALLA, KETIKA ITU DI MANA TAN SRI JIKA BENAR TAN SRI SEORANG PEJUANG.
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu; RAJA-RAJA MELAYU TELAH MENETAPKAN BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN NEGARA INI. NAMPAKNYA SEKALI LAGI KEPIMPINAN UMNO TIDAK MENGHORMATI WASIAT INI MALAH BAHASA PENGANTAR UNTUK MATA PELAJARAN SAINS DAN MATHEMATIK YANG MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU TELAH DITUKAR MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS. DI MANA TAN SRI MAHYUDIN YASIN KETIKA TUN DR. MAHATHIR MAHUKAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR MENGANTIKAN BAHASA MELAYU YANG MANA RAJA-RAJA MELAYU MAHUKAN IANYA MENJADI BAHASA KEBANGSAAN. KALAU TAN SRI BENAR-BENAR SEORANG PERJUANG MELAYU BANGUN DAN TENTANG CADANGAN ITU KERANA IANYA BERTENTANGAN DENGAN WASIAT RAJA-RAJA MELAYU.
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak). MENGENAI KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU JUGA KEPIMNAN UMNO MELANDA DAN TIDAK MEMELIHARA BUKAN SAJA PERLEMBAGAAN NEGARA MALAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU INI. ANATARANYA PEMBERIAN BIASISWA KEPADA PELAJAR MELAYU DI IPTA TELAH DIGANTI KEPADA PINJAMAN. KEMASUKAN PELAJAR MELAYU KE IPTA KINI MENGIKUT MERIT BUKAN LAGI KUOTA BAGI MEMELIHARA PERATUS KEMASUKAN PELAJAR MELAYU KE IPTA. PERKARA INI JUGA DI MANA-RAJA MELAYU BERDIRI. BANYAK LAGI KALAU HENDAK DISENARAIKAN DI SINI, MALAH KONSEP ONE MALAYSIA YANG DI BAWA OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB JUGA AKAN MENGHAKIS KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU. JADI SEKALI LAGI KITA INGIN BERTANYA TAN SRI MAHYUDIN DI MANA DAN BAGAIMANA? KALAU BENAR TAN SRI SEORANG PEJUANG MELAYU TULEN TAN SRI TIDAK AKAN BENARKAN PERKARA YANG KITA MILIKI TERLEPAS BEGITU SAJA.
Jadi kita persoalannya siapa yang kianat terhadap perjuangan bangsa melayu , ANWAR ATAU MUHYIDIN YASIN? JELAS DI SINI TAN SRI MAHYIDIN YASIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA ADALAH PENGKIANAT KEPADA PERJUANGAN BANGSA MELAYU. WALAUPUN BERTANDING ATAS PARTI MELAYU TAPI TIDAK ADA SATU BENDA YANG KITA DAPAT LIHAT TAN SRI MAHYUDIN BUAT UNTUK ORANG MELAYU BAIK DI SELURUH NEGARA MAHUPUN SEMASA MENJADI MENTERI BESAR JOHOR. HARI INI KUASA PENUH YANG ADA DITANGANNYA UNTUK MEMANSUHKAN PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS PUN TAK BERANI BUAT, INI YANG DINAMAKAN PEJUANG MELAYU? "

Artikel ini disiarkan buat pertama kali oleh UTARA ONLINE pada 11 Ogos 2009