Di atas kertas semua orang meramalkan yang Datuk Seri Reezal
Marican mampu mempertahankan kerusi parlimen Kepala Batas.
Ramalan ini mungkin bersandarkan kedudukan beliau selaku
Menter Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mungkin juga berdasarkan beliau
bertanding di kerusi Kepala Batas.
Berdasarkan rekod kerusi tersebut memang dimiliki oleh UMNO
sejak plihanraya pertama Negara pada tahun 1959 sehingga PRU 14 yang lalu.
Dulunya UMNO bertanding atas gabungan PERIKATAN/UMNO yang
berlambangkan kapal layar.
Disekitar tahun 1972 Perdana Menteri yang juga merupakan
Presiden UMNO Tun Razak telah membentuk gabungan baru yang dinamakan BARISAN
NASIONAL, sejak itu UMNO berada dalam gabungan tersebut.
Inilah kebijaksanaan Tun Razak disamping membangunkan Negara
berdasarkan DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang banyak membantu bumiputra atas dengan
kata lain orang melayu.
Tun Razak juga Berjaya membawa PAS yag ketika itu menguasai
Kelantan dan GERAKAN yang menguasai Pulau Pinang menyertai BN.
Dan perkara lain mungkin ramai yang beranggapan yang Datuk
Seri Reezal Marican mempunyai dana politik yang kuat bagi membiayai jentera
parti berkempen.
Berkemungkinan besar berdasarkan fakta inilah ramai yang
beranggapan Datuk Seri Reezal Marican mampu mempertahankan kerusi parlimen
Kepala Batas.
Namun ramai kita lupa reality semasa dalam PRU 14 dulu, Datuk
Seri Reezal Marican hanya menang dengan majority 4,736 undi sahaja. Datuk Seri
Reezal Marican memperolehi undi keseluruhan sebanyak 22,459 undi.
Bagi saya majority itu agak kecil dan menyusun dari PRU 13
majoriti yang diperolehi undi keseluruhan oleh Datuk Seri Reezal Marican
sebanyak 25,128 undi dan menyusut 2,669 daripada undi yang diperolehi dalam PRU
14.
Dalam PRU 15 ini Datuk Seri Reezal Marican akan menghadapi
pertandingan 4 penjuru. Calon yang akan mencabarnya kali ini ialah Dr. Siti
Mastura Mohamad (PN), Danail Abdul Majed (PH-Muda) dan Hamidi Abu Hassan
(PERJUANG/GTA).
Dalam tiga-tiga calon yang mencabarDatuk Seri Reezal Marican,
saya berkayinan Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) mampu mencabar dan mengugat Datuk
Seri Reezal Marican.
Dalam PRU 14, Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) telah mencuba
nasibnya bertanding di parlimen ini dan berjaya memperolehi 12,120 undi. Bagi
saya undi yang dirais itu agak baik dan menyakinkan.
Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) adalah bekas pensyarah UITM dan
memperolehi ijazah sarjana dan doctor falsafahnya yang membawagelaran doctor dari
USM. Dr. Siti Mastura Mohamad memperolehi ijazah serjana mudanya dari Universiti
Al-Azhar, Mesir.
Taraf akademiknya yang baik dan menyakinkan ini akan menjadi Dr. Siti Mastura Mohamad seorang pemimpin yang baik.
Disamping itu Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) juga merupakan
seorang aktivis politik PAS yang hebat. Disamping menjawat jawatan Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS, beliau juga menyandang pelbagai jawatan baik di peringkat
kawasan, negeri dan Pusat.
Tambah menyakinkan lagi Dr. Siti MasturaMohamad adalah anak tempatan. Beliau
merupakan orang Permatang Tinggi C, Kepala Batas serta seorang yang cukup muda
terlibat dalam dunia politik baruberusia 33 tahun.
Jadi berdasarkan fakta ini jangan terkejut jika Dr. Siti
MasturaMohamad mampu menglahkan Datuk
Seri Rizal Marican.
TUN Dr. Mahathir memang
pakar strateji dalam politik, mutakhir ini tindakan Tun melepaskan jawatan Pengerusi
PH dan Perdana Menteri bukan saya
berjaya menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana
Menteri malah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan PH yang sekian lama berjuang
untuk membentuk kerajaan.
Lebih kurang 20 tahun PKR berjuang yang dibantu oleh DAP dan PAS dan kemudiannya AMANAH telah berjaya membentuk kerajaan tapi hanya mampu bertahan selama 22 bulan.Ini gara-gara tindakan Tun Dr. Mahathir yang melepaskan jawatan Pengerusi PH dan Perdana Menteri tanpa sebarang perbincangan dengan Majlis Presiden PH yang melantik beliau. Tindakan Tun Dr. Mahathir itu telah menafikan hak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri selepas itu
Tun Dr. Mahathit kini telah berjaya memporak porandakan
bukan saja PH malah UMNO. Kita tidak tahu mengapa Tun Dr. Mahathir tidak mahu
sangat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ? Mungkin Tun Dr.
Mahathir merasa dirinya meludah kemudian terpaksa menjilat balik ludahnya.
Tun
Dr. Mahathir sanggup lakukan apa saja hatta meletak sanggup meletakan jawatan Perdana Menteri asalkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri. Sedangkan kepimpinan PH
termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju Tun terus menjadi Perdana Menteri
sehingga persidangan APEC namun Tun Dr. Mahathir tetap melepaskan jawatan
Pengerusi PH dan Perdana Menteri.
Kita
juga tak tahu mengapa Tun Dr. Mahathir benci sangat dengan UMNO sedangkan Tun
Dr. Mahathir sendiri pernah menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN malah melaui
jawatan itu Tun Dr. Mahathir telah menjadi PM selama 22 tahun. Tun Dr. Mahathir
disertai oleh Tan Sri Muhyidin Yasin telah menubuhkan BERSATU yang bertujuan
untuk mengambil alih peranan UMNO dalam persada politik negara
Tun
Dr. Mahathir sedar untuk menjatuhkan kerajaan BN/UMNO, Tun Dr. Mahathir tidak
boleh bersendiri dan BERSATU perlu menyertai PH. Tun Dr. Mahathir juga tahu
tanpa sokongan dan dokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti keinginannya untuk
bersama-sama PH dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN/UMNO tidak akan menjadi
kenyataan. Maka Tun Dr. Mahathir telah merendahkan egonya pergi berjumpa Datuk
Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.
Sesungguhnya
Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang manusia berjiwa besar sudi menerima Tun Dr.
Mahathir dan BERSATU menyertai PH malah memberikan jawatan Pengerusi PH
kepadanya. Malah Majlis Presiden PH telah bersetuju menjadikan Tun Dr. Mahathir
sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya menyerahkan kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Namun
apabila Tun Dr. Mahathir diangkat menjadi Perdana Menteri, Tun telah mengumpul
mereka yang tidak sukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dikelilinginya. Tun
Dr. Mahathir telah melantik Zahid Md. Arif sebagai Setiausaha politknya. Kenapa
Zahid Md. Arip sedangkan masih ramai lagi orang lain yang boleh dilantik
mengisi jawatan itu? Zahid Md. Arip adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan
NGO TIBAI (Tolak Idividu Bernama Anwar Ibrahim) semata-mata untuk menyerang
Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu masa dulu.
Tun
Dr. Mahathir juga memberi kepercayaan kepada Datuk Seri Azmin Ali jawatan
menteri yang berpengaruh malah menggunakan senarai calon menteri cadangan Datuk
Seri Azmin Ali mewakili PKR bukannya senarai nama yang dicadangkan oleh PKR
sendiri.
Tun
Dr. Mahathir juga telah menjemput Datuk Hamzah Zainudin menyertainya bersama
MP-MP UMNO. Datuk Hamzah Zainudin Datuk
Seri Hishamudin Tun Husien telah berjaya membawa masuk 9 orang PM UMNO
menyertai BERSATU.
Datuk
Seri Hamzah Zainudin adalah orang yang bertanggungjawab mengatur dan merakam
perbualan telefon isterinya dan mendakwa Datuk
Seri Anwar menganggu isterinya semasa komplot menjatuhkan Datuk Sei Anwar Ibrahim pada 1998 dulu.
Diyakini
Tun Dr. Mahathir telah mengarahkan Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah
Zainudin dan Zahid Md.Arif untuk menjalankan agenda menghalang Datuk Seri Anwar
Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri. Sekiranya Tun Dr. Mahathir tidak
mengarahkan mereka sudah pasti mereka tidak akan berani melakukannya.
Keyakinan
ini dikuatkan pengakuan Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainudin
dengan kenyataan mereka setelah beberapa bulan Langkah Shareton berrlalu. Zahid
Md. Arif dalam satu temubual telah menyatakan kepadanya yang Tun Dr. Mahathir tidak mahu
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Apabila
gerakan Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Zahid Md. Arif
sampai kekemuncak dan Tun Dr. Mahathir mula menyedari kekuatan PH waktu itu.
Walaupun usaha Tun berjaya waktu itu tapi lambat laun Datuk Seri Anwar Ibrahim
besar kemungkinan akan berjaya juga menjadi Perdana Menteri selepas ittu. Menyedari hakikat
itu Tun Dr. Mahathir menukar strategi dengan melepaskan jawatan sebagai Perdana
Menteri dan membuka laluan kepada Tan Sri Mahyudin Yasin menjadi Perdana
Menteri.
Tun
Dr. Mahathir akan berada disebelah pembangkang yang bertujuan untuk
menghancurkan kekuatan dan perpaduan PH. Manakala Tan Sri Mahyudin Yassin
meneruskan agenda beliau dengan Tun Dr. Mahathir memporak perandakan UMNO dan
seterusnya menguburkan UMNO. Nampaknya usaha ini hampir berjaya, kita semua
dapat lihat DAP dan AMANAH kelihatan lebih condong kepada Tun Dr. Mahathir
dengan pelbagai alasan dibuat seperti “Grand Coalition” dan sebagainya.
Manakala UMNO pula kita lihat Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi bagaikan hilang kawalan terhadap
majority MP-MP UMNO.
Apa
yang menghairankan kepimpinan tertinggi DAP dan AMANAH boleh terpengaruh dengan
wayang kulit yang dimainkan oleh Tun Dr. Mahathir. Walaupun pendedahan yang
dibuat oleh Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Zahid Md
Arif namun mereka tetap termakan dengan gula-gula Tun Dr. Mahathir.
Begitu
juga dengan kepimpinan tertinggi UMNO bukan mereka tidak tahu permainan Tan Sri
Muhyidin yang tidak menghormati mereka sebagai parti besar yang turut membantu
Tan Sri Muhyidin Yasin menjadi Perdana Menteri namun mereka masih tidak
melakukan tindakan drastic agar Tan Sri Muhyidin mendengar cakap mereka.
Usaha
Tun Dr. Mahathir untuk melemahkan kekuatan PH tidak akan berlaku sekiranya
kepimpinan DAP dan AMANAH tidak terpengaruh dengan wayang kulit dan gula-gula
yang dimainkan oleh Tun Dr. Mahathir. Sementara UMNO juga perlu membuat
tindakan drastic menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyidin Yasin dan
bergabung dengan PH.
Bolehkah
ini berlaku? Disinilah Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menggunakan
kebiksanaannya berunding dan mempengaruhi DAP dan UMNO agar bekerjasama.
Setelah persettujuan dicapai kepimpinan DAP dan UMNO perlu turun ke peringkat
akar umbi menerangkannya.
Perkara
ini tidak mustahil kerana Tun Dr. Mahathir sendiri semasa zaman kekuasaannya 22
tahun sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan juga Perdana Menteri menanam
bibit-bibit kebencian kepada DAP tiba-tiba boleh bekerjasama dengan DAP.
Sekiranya
DAP, AMANAH dan UMNO masih tidak sedar pemainan politik yang dicatur oleh Tun
Dr. Mahathir bersama Tan Sri Muhyidin Yasin maka selepas PRU 15 UMNO secara
beransur-ansur akan musnah dan PH pasti akan gagal mendapatkan kuasa dalam PRU
ke 15. PERIKATAN NASIONAL waktu ini memang tidak kuat tetapi pengaruh Tan Sri
Muhyidin Yassin secara peribadi dapat mempengaruhi majority rakyat diperingkat
akar umbi.
VIDEO YANG MEMBICARAKAN KEKALUTAN POLITIK NEGARA YANG MUNGKIN MENIMBULKAN KEBENCIAN RAKYAT. SELAMAT MENGIKUTINYA. UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK VIDEO DARI CHANNEL ARZAMAN SULAIMAN, SILA KLIK LINK INI, CHANNEL ArzamanSulaiman
VIDEO YANG MEMBICARAKAN PUNCA KEJATUHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN