Khamis, 23 Oktober 2008

HARI ULANG TAHUN BLOG

Alhamdulillah sedar tak sedar blog BICARA UMMAH esok akan mencecah usia setahun beredar di alam maya ini. Dalam usia setahun blog BICARA UMMAH telah berjaya menerima pengunjung seramai 828 orang.

Walaupun bilangan itu tidak besar tetapi memadailah dengan kekurangan peralatan serta kekurangan masa disebabkan terpaksa menjalankan tugas dan tanggungjawab lain dalam memenuhi kehidupan ini. Insya Allah saya akan cuba 'update' blog ini selalu dalam usaha menarik pelawat yang lebih banyak di masa yang akan datang. Saya berdoa agar Allah terus memberikan saya idea dan masa untuk melakukannya.

Namun saya puas sekurang-kurangnya bakat anugerah Ilahi serta masa yang amat berharga ini dapat saya menafaatkan kepada untuk masyarakat. Blog ini dibina bagi mengetengahkan pendapat dan pandangan mengenai isu-isu semasa demi untuk kebaikan masyarakat.

Disamping blog BICARA UMMAH saya juga telah membina sebanyak 10 buah blog lain yang berligar di alam maya ini. Tapi buat masa ini tumpuan khusus untuk blog WARTAWAN RAKYAT dan BICARA UMMAH. Saya amat yakin blog WARTAWAN RAKYAT akan mengatasi blog-blog lain disegi kunjungan pelawat dalam masa beberapa bulan yang akan dating. Akan tetapi blog-blog lain tetap akan saya beri perhatian juga.

Semoga sambutan ulang tahun pertama blog BICARA UMMAH akan menyemarakkan lagi semangat saya untuk terus menulis diblog yang saya bina termasuk blog BICARA UMMAH.
Sekian, SELAMAT MEMBACA.

Khamis, 9 Oktober 2008

POLITIK

ABDULLAHPUNCA SOKONGAN BN/UMNO MEROSOT

NAMPAKNYA sehingga hari ini kepimpinan tertinggi BN khususnya UMNO masih tidak mahu belajar daripada kesilapan yang mereka lakukan selama ini. Rata-ratanya mereka cuba mencari kesalahan orang lain terhadap kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN dalam pilihanraya umum lepas membawa kepada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Rata-rata pemimpin tertinggi BN khususnya UMNO masih gagal membaca mood rakyat.


KASIHAN PAK LAH DITEKAN DENGAN BEGITU HEBAT UNTUK LEPASKAN JAWATAN. NAMPAKNYA KEPIMPINAN UMNO SUDAH TIDAK LAGI MENGHORMATI KETUA. KALAU SIKAP INI DITUNJUKKAN SEMASA TUN DR. MAHATHIR MERAGUT HABUS KEISTIMEWAAN DAN KETUANAN MELAYU UMNO DAN BN TAK AKAN JADI MACAM NI.

Sejak menerima tamparan hebat dalam pilihanraya umum lepas membawa kepada kekalahan calon UMNO dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh rata-rata kepimpinan tertinggi UMNO seakan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Walaupun pelan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibuat namun kepimpinan tertinggi UMNO masih menekan agar Perdana Menteri melepaskan jawatan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib.

Persoalannya, layakkah Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai BN/UMNO? Dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh beliau adalah Pengarah bagi BN yang mengalami kekalahan yang lebih teruk jika dibandingan keputusan dengan pilihanraya umum lepas. Strateji yang digunakan oleh Datuk Seri Najib sehingga bersumpah langsung tidak menampakkan hasilnya.

MAMPUKAH NAJIB MEMULIHKAN BN/UMNO KERANA NAMPAK BERIYA-IYA SANGAT MENEKAN PAK LAH?

Layakkah Datuk Seri Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri sedangkan buat masa ini diri beliau terdedah dengan pelbagai isu. Isu Altantuya Shaariibu, isu pembelian kapalselam dan jet sunkoi, isu liwat yang dibangkitkan Saiful Bahri terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu sumpah yang melibatkan Saiful Buhari yang bersaksikan Imam Ramlang Porigi, semuanya dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

SAIFUL BUKHARI
RAUT WAJAH YANG BEGITU RIANG BAGAIKAN SELEBIRITI WALAUPUN KENA LIWAT, KALAU KITA YANG KENA JURUGAMBAR NAK RAKAM GAMBAR PUN KITA TAK BERI ATAU TUDUNG MUKA.

Kepimpinan tertinggi UMNO nampaknya sudah lupa apa yang diperkatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa membuat pemecatan terhadap Datuk seri Anwar Ibrahim lebih kurang 10 tahun lalu. Tun Dr. Mahathir berkata, bakal Perdana Menteri bukan saja perlu bersih malah perlu kelihatan bersih.

Jadi kalau kenyataan ini diguna pakai maka Datuk Seri Najib tidak layak ditabal sebagai Perdana Menteri kerana beliau kelihatan tidak bersih walaupun kita tidak mengetahui samada beliau itu bersih atau tidak. Mungkin disebabkan itulah kini bekas Perdana Menteri yang telah keluar UMNO ingin kembali kepangkuan UMNO dan mungkin akan memberikan sokongan kepada bekas pencabar beliau dulu Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan kerusi Presiden UMNO pada penghujung tahun ini.


"BAKAL PERDANA MENTERI BUKAN SAJA PERLU BERSIH MALAH PERLU KELIHATAN BERSIH" KATA TUN DR. MAHATHIR SEMASA MEMECAT DATUK SERI ANWAR DULU.


Berdasarkan senario yang digarap di atas, betulkah tindakan para pemimpin tertinggi UMNO yang terus memberikan tekanan kepada Perdana Menteri Datuk seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi untuk melepaskan jawatan? Rata-rata pemerhati politik berpendapat tindakan kepimpinan tertinggi UMNO yang terus memberi tekanan kepada Datuk Seri Abdullah bukanlah cara terbaik untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN khususnya UMNO.

Para pemerhati politik berpendapat kemelut yang melanda BN dan UMNO hari ini berpunca daripada kepimpinan UMNO disemua peringkat baik di MKT UMNO, diperingkat negeri, bahagaian malah cawangan. Kesemuanya perlu bertanggungjawab terhadapa kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN/UMNO hari ini.

Punca utama hampir majoriti rakyat mula menolak kepimpinan BN/UMNO kerana kepimpinan yang ada hari ini telah lari jauh daripada landasan perjuangan yang sebenar. Rata-rata kepimpinan UMNO disemua peringkat tidak lagi mendengar dan menyalurkan suara hati rakyat diperingkat bawah. Mereka dilihat tidak lagi berjuang untuk membela dan menjaga kepentingan rakyat di peringkat akar umbi. Rata-rata kepimpinan UMNO hari ini hanya memeikirkan kedudukan dan kepentingan diri yang boleh dikaut untuk menjadi kaya-raya. Isu yang dibangkitkan oleh rakyat cuba dipadam dengan pengaruh, kuasa dan kekayaan yang dimiliki.

Misalnya apabila kerajaan menaikan harga minyak. Rata-rata kepimpinan UMNO disemua peringkat terus menyokong walaupun diperingkat akar umbi rakyat bersuara kenaikan itu membebankan mereka. Dan pihak kerajaan pula bagi menyokong tindakan mereka seing membandingkan dengan singapura dan Tahiland yang tidak mempunyai setitikpun minya sendiri. Apabila MTUC menuntut gaji minama pekerja kenapa kerajaan tidak mahu pertimbangkan kerana kalau nak dibandingkan dengan singapura gaji pekerja mereka jauh lebih tinggi daripada rakyat negara ini.

PEMIMPIN MTUC TELAH LAMA BERSUARA AGAR PIHAK KERAJAAN MELAKSANAKAN GAJI MINIMA UNTUK PEKERJA DI SEKTOR SWASTA TAPI KERANA LEBIH CONDONG MENGIKUT TERLUNJUK PERSATUAN PENGUSEHA YANG MENGKAUT HABIS KEMAHIRAN ANAK TEMPATAN UNTUK MEMBINA KEKAYAAN.

Hari ini rata-rata rakyat sudah sedar bahawa kepimpinan tertinggi BN khususnya UMNO yang menunjangi kerajaan tidak ikhlas kepada rakyat. Para pemimpin UMNO khususnya hanya bersandiwara seolah-olah mereka berjuang dan membela rakyat.

Kita sering mendengar para pemimpin kerajaan sering berteriak untuk membenteras rasuah. Betulkah mereka ingin membenterasnya? Kita lihat isu bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teik Lee, sudah berapa lama kes itu terpendam dan langsung tidak dibuka. Sebaik saja Datuk Yong Teik Lee mengeluarkan kenyataan tidak menyokong kepimpinan tertinggi BN tiba-tiba kes yang sudah bertahun dilakukan dibuka. Jadi kalau beliau tidak mengeluarkan kenyataan menghentap pucuk pimpinan BN kes itu akan lenyap begitu sajalah nampaknya.


KALAU DATUK YONG TERUS MENYOKONG BN KES TERSEBUT AKAN BERADA DI BAWAH MEJA KEPIMPINAN TERTINGGI BN. BETULKAH TINDAKAN PEMIMPIN BN BERSUARA UNTUK MEMBENTERAS RASUAH?


Begitu juga UMNO yang menjadi tunjang kerajaan BN yang sering mendakwa berjuang membela dan menjaga kepentingan orang melayu. Betulkah laungan yang dibuat? Hari ini rakyat sudah dapat menilai rata-rata kepimpinan UMNO hanya bersandiwara di atas pentas semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat, bak kata orang sekarang cakap tak serupa bikin.

Siapa yang mencabut kuasa Raja-Raja Melayu? kalau bukan UMNO! Siapa yang mengatikan biasiswa kepada pelajar melayu ke IPTA dan luar Negara kepada pinjaman? Kalau bukan UMNO! Siapa yang menghilangkan tulisan jawi di sekolah-sekolah? Kalu bukan UMNO! Siapa yang menukar bahasa pengantar untuk mata pelajaran sains dan mathematic dari bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris? Kalau bukan UMNO!

Siapa yang tidak mahu melaksanakan gaji minima pekerja swasta RM1200.00 seperti yang dituntut oleh MTUC? Kalau bukan pemimpin UMNO! Sedarkah para pemimpin tertinggi UMNO jika cadangan ini diterima pakai maka rata-rata rakyat khususnya orang melayu yang akan mendapat manafaatnya?

Sebenarnya terlalu banyak isu yang berligar disekitar rakyat dibawah yang langsung tidak diberi perhatian oleh kepimpinan kerajaan BN/UMNO. Kita yakin kepimpinan tertinggi langsung tidak mendengar kerana suara hati rakyat ini dipandang sepi oleh pemimpin diperingkat cawangan, bahagian dan negeri dan tidak menyalurkannya ke atas semata-mata untuk menjaga kedudukan dan kepentingan mereka.

Lebih memburukkan kedaan media-media arus perdana langsung tidak pernah menyiarkan keluhan rakyat yang mempertikaikan tindakan kerajaan dalam apa jua isu. Misalnya apabila kerajaan menaikan harga minyak, media arus perdana hanya menyiarkan kenyataan-kenyataan mereka yang menyokong tindakan itu walaupun hakikatnya majority rakyat merasa tertekan. Tindakan media massa arus perdana membuatkan para pemimpin tertinggi kerajaan meresakan tindakan yang mereka buat itu betul dan disokong oleh rakyat.

TAN SRI MAHYUDIN JUGA PERLU BERFIKIR UNTUK MELEPASKAN JAWATAN GAGAL MENASIHAT PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN DARI DULU KETIKA TUN DR.MAHATHIR MOROBEK HABIS KETUANAN MELAYU TAPI TAN SRI MEMBISU SERIBU BAHASA.

Hakikat sebenar para pemimpin BN khususnya UMNO di semua peringkat serta media massa arus perdana boleh diibaratkan sebagai sokong yang membawa rebah. Jadi teguran Perdana Menteri kepada media massa khusus media massa arus perdana agar melapurkan yang sebenar harus tidak dipandang ringgan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi seperti yang dilapurkan oleh The Star 4 September 2008. media mesti berani dan jujur melapurkan kebenaran dan keadilan. Hanya kebenaran yang membentuk kredibiliti dan kewibawaan institusi ini.

Jadi kesimpulannya apa yang dialami oleh BN/UMNO adalah berpunca daripada sikap, tindakan serta budaya kepimpinan BN/UMNO disemua peringkat dan disokong oleh media massa arus perdana yang rata-ratanya dikawal selia oleh orang kepercayaan pemimpin kerajaan.

Kalau direnung dan dikaji sikap dan budaya kepimpinan BN khususnya UMNO mula terus dan menular hingga kini menjadi barah bermula selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Dasar Pensyarikatan Negara. Ketika inilah para pemimpin UMNO diperingkat bahagian khususnya berlumba-lumba merebut peluang melalui dasar tersebut dan lupa akan tugas dan tanggungjawab yang sedang mereka pikul.
Rata-rata pemimpin yang mendapat peluang ini terus lupa dasar perjuangan mereka kepada bangsa. Projek yang mereka perolihi atas tiket melayu diserahkan bulat-bulat kepada orang lain atau apabila mereka laksanakan peluang itu tidak dibuka kepada orang melayu lainnya. Mereka lupa dan lali dengan kemewahan dan terus memburu peluang dan terus melupakan atas dasar apa peluang itu mereka perolihi.

Di sinilah permulaan kejatuhan BN/UMNO. Sebenarnya inilah yang harus diperbetul dan diperbaiki bukanya cuba menarik Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi turun dan menjolok naik Datuk Seri Najib Tun Razak yang buat masa ini terlalu banyak isu yang dikaitkan dengan beliau. Jika ini menjadi teras perjuangan pemimpin tertinggi UMNO, yakinlah hayat UMNO akan bertambah cepat dikuburkan oleh rakyat negara ini.

DISIARKAN DALAM SIASAH BIL. 0117 BERTARIKH 28 SEPTEMBER -4 OKTOBER 2008 YANG LALU.