Khamis, 7 Mei 2009

PENGUBAL DASAR LANGAR PERATURAN & UNDANG-UNDANG
Menjijikan dan amat memalukan apabila pengubal dasar dan undang-undang negeri langsung tidak menghormati segala peraturan dan undang-undang berlagak seperti samseng.

Kalau pengubal dasar melanggar segala peraturan dan undang-undang yang mereka sendiri buat. Macam mana rakyat terbanyak hendak ikut segala peraturan itu? Bagaimana rakyat hendak menghormati mereka yang bergelar YB jika begitu sikap mereka. Cuba tepuk dada tanya akal jangan ditanya selera kerana selera bernafsu.

Beginikah sikap para pengubal undang-undang yang bergelar Yang Berhormat melanda segala peraturan dan undang-undang kerana mereka mempunyai kuasa diperingkat pusat. Tapi jangan lupa rakyat sedang memerhati tindak-tanduk mereka yang bergelar YB, jangan lupa Tuhan juga ada dan melihat apa yang berlaku.

Yakinlah jika begini sikap kepimpinan BN khususnya UMNO maka rakyat akan bertambah meluat dan BN khususnya UMNO akan bertambah hilang sokongan daripada rakyat jelata.

Hari ini rakyat telah cerdik, rakyat boleh berfikir jangan ingat rakyat bodoh. Sementara ini tumpang ada kuasa buatlah, rakyat nak tengok dan apabila tiba masanya rakyat akan gunakan kuasa yang ada ditangan.

Kalau pilihanraya lepas Pulau Pinang, Kedah,Perak dan Selangor maka dalam pilihanraya yang akan datang Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Terengganu termasuk Kerajaan Persekutuan pun akan hanjut.

Maka tahkata itu bukan saja BN yang terkubur malah UMNO juga akan turut terkubur. Ini kerana rata-rata penyokong UMNO yang ada hanya mereka yang berkepentingan dan apabila kepentingan mereka hilang maka semuanya akan lari.

Lihatlah berita yang dipetik daripada Malaysiakini berhubung dengan sidang DUN di Perak.

Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.


Berikut perkembangan terkini di Perak:11.01am Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry. Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.

Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.








Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram."Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.

10.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi menteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah. Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya.Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar tetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker.

Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising.Suasana tegang berlanjutan.Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan tersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut.

10.20am Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar.Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan. Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.

Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala. Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap. Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.

10.19am Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut. Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.

9.55am Speaker DUN V Sivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar. Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan.Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN.Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan. Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil. ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain.

9.45am Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.

9.30am Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN. Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang tidak menerima penghormatan itu.

9.24am Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang. Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, juga seorang ADUN DAP bagi Tronoh.

9.23am Bilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vest kuning bertulisan "polis" - semakin ramai di bangunan Umno. Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara.

9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis. Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi."
8.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

8.40am Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman."Mereka juga melaungkan "daulat tuanku."

8.35am Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.

8.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak.

Rabu, 6 Mei 2009

ISU SEMASA

TINDAKAN AHLI POLITIK PKR WAJAR DIIKUTI
NAMPAKNYA selepas piliharaya umum ke-12 terdapat agak banyak pilihanraya kecil, bermula dengan Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Kesemua piliharaya kecil itu kecuali Batang Ai di Serawak telah dimenangi oleh calon Pakatan Rakyat.

Jesteru itu apabila Timbalan Ketua Menteri 1 PP yang juga ADUN Penanti Mohamad Fairuz Khrudin meletakan jawatan maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan kenyataan yang BN besar kemunkinan tidak akan bertanding. Perdana Menteri mula bercakap soal pembaziran.

Sehingga hari ini BN masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pilihanraya kecil DUN Penanti. Sebelum ini para pemimpin UMNO lain berkata keputusan samada bertanding atau tidak akan ditentukan oleh Biro Politik UMNO. Baru-baru ini Presiden UMNO Datuk Seri Najib berkata keputusan ini akan dibuat selepas mendapat pandangan daripada parti-parti komponen BN yang lain.

Jika benar BN tidak masuk bertanding ini merupakan satu sejarah baru dimana parti pemerintah tidak meletak calon dalam pilihanraya kecil. Namun kita yakin jika benar BN tidak akan meletakan calon namun BN akan berdiri secara senyap di belakang calon bebas yang juga bekas Ketua Wanita KeADILan negeri Pulau Pinang. Ramai pemerhati politik yakin yang Datuk Seri Najib terpaksa menyertai pilihanraya itu kerana mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah mempertikaikan keputusan itu. Ramai pemerhati politik berkata yang Datuk Seri Najib tidak berani menentang apa yang dicakapkan oleh Tun Dr. Mahathir walaupun kuasa sebenar berada ditangannya.

Namun ramai pemerhati politik yakin hakikat sebenar Perdana Menteri menghadapi tekanan kerana telah mengalami kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya kecil. Kalau kita kata bahawa Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR tetapi bagaimana Kuala Terenganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Parlimen Bukit Gantang dan Kuala Terengganu adalah kubu kuat UMNO.

Parlimen Bukit gantang baru pilihanraya lepas baru berjaya ditawan oleh PAS. Bukit Gantang sebelum ini merupakan kubu UMNO yang cukup kuat. Berapa penggal bekas Menteri Fadzir Che' Wan menguasai kerusi tersebut? Sebenarnya inilah yang menghantui jiwa dan hati Perdana Menteri yang baru dilantik. Sebelum ini pilihanraya kecil lazimnya sering dimenangi oleh BN, hari ini sudah bertukar.

Mengapa kini Perdana Menteri mempertikaikan soal perletakan jawatan wakil rakyat PKR? Bagi ramai pemerhati politik tindakan bekas ADUN Bukit Selambau V.Arumugam dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamada Fairuz Khairudin yang juga ADUN Penanti adalah satu tindakan yang betul dan wajar dicontohi oleh ADUN atau Ahli Parlimen BN.

Bekas ADUN Bukit Selambau terpaksa melepaskan jawatan setelah isu peribadinya dimainkan oleh media arus perdana. Beliau merasakan dirinya merupakan labiliti kepada parti dan kerajaan negeri kedah lalu dengan penuh rasa tanggungjawab melepaskan jawatan ADUN dan Exco Kerajaan negeri.

Begitu juga yang berlaku kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang juga ADUN Penanti, Mohamad Fairuz Khairudin bersedia melepaskan jawatan yang bukan kecil sebagai orang muda yang baru terlibat secara langsung dalam politik semata-mata menghadapi tuduhan rasuah.

Ramai pemerhati politik rasa pelik dengan SPRM yang pada awalnya beriya-iya mengatakan yang Mohamad Fairuz akan didakwa. Kita yakin kemungkinan ini yang membawa kepada perletakan beliau tetapi selepas meletak jawatan dan Perdana Menteri mengatakan mungkin tidak akan menyertai pilihanraya tiba-tiba SPRM membuat kenyataan akhbar mengatakan yang bekas ADUN Penanti itu tidak akan didakwa.

Dalam waktu yang sama rakyat melihat tindakan SPR yang tiba-tiba cuba melambatkan penetuan tarikh pilihanraya kecil. SPR telah bermesyuarat pada hari rabu dan kenyataan media akan dibuat pada hari jumaat dan kemudian ditunda kepada hari Isnin. Ramai tertanya-tanya lakonan apa yang cuba dimainkan oleh SPR kerana lazimnya pada hari mesyuarat keputusan akan diumumkan.

Tiba-tiba bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan yang beliau akan tetap meletak jawatan dan belaiu amat menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan yang dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 ini seolah-olah menunjukkan yang beliau telah dipujuk untuk menarik balik surat perletakan jawatan.

Begitu juga dengan ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizebert Wong apabila gambarnya sedang tidur di rumahnya dalam keadaan seksi mula disebar juga berhasrat untuk meletakan jawatan. Ramai pemerhati politik menyatakan beliau tidak perlu meletakjan jawatan kerana gambar itu dirakam dirumahnya sendiri dan tidak menjadi satu kesalahan berkeadaan begitu didalam rumah sendiri dan tinggal sendirian. Akhirnya beliau menarik balik hasratnya itu.

Lihat bagaimana beretikanya wakil rakyat PKR yang tidak mahu diri mereka menjadi labiliti kepada parti dan kerajaan. Walaupun berada dalam kedudukan yang baik tetapi sanggup melepaskan jawatan. Keadaan ini tidak berlaku dengan ADUN atau Ahli Parlimen BN khususnya UMNO.

Lihat bagaimana Datuk Seri Ali Rustam terus menerajui kerajaan negeri Melaka walaupun beliau didapati bersalah bermain politik wang dan tidak dibenar bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO baru-baru ini, namun beliau terus menerajui kerajaan negeri melaka. Begitu juga dengan Syed Sobri ADUN Kuala Nerang yang menghadapi tindakan muflis berikutan kegagalan melunaskan hutang RM150,000.00 tetapi terus bertahan.

Kedua-duanya ini sebenarnya menjadi liabiliti kepada parti BN/UMNO tetapi tetap tidak mahu melepasakan jawatan. Malah sebelum ini pun begitu ramai tokoh-tokoh kepimpinan BN/UMNO yang menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan namun tetap tidak mahu melepaskan jawatan.

Jelas para pemimpin pembangkang lebih beretika dan sanggup melepaskan jawatan jika mereka menjadi beban kepada parti dan kerajaan berbanding dengan pemimpin BN/UMNO yang tetap ingin berakar dikerusi yang diduduki walaupun kewujudan mereka memberikan masalah kepada parti dan kerajaan. Dalam soal ini siapa yang lebih baik pemimpin BN khususnya UMNO atau Pakatan Rakyat khususnya PKR? Tepuk dada tanya akal jangan ditanya selera kerana selera bernafsu.