Rabu, 6 Mei 2009

ISU SEMASA

TINDAKAN AHLI POLITIK PKR WAJAR DIIKUTI
NAMPAKNYA selepas piliharaya umum ke-12 terdapat agak banyak pilihanraya kecil, bermula dengan Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Kesemua piliharaya kecil itu kecuali Batang Ai di Serawak telah dimenangi oleh calon Pakatan Rakyat.

Jesteru itu apabila Timbalan Ketua Menteri 1 PP yang juga ADUN Penanti Mohamad Fairuz Khrudin meletakan jawatan maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan kenyataan yang BN besar kemunkinan tidak akan bertanding. Perdana Menteri mula bercakap soal pembaziran.

Sehingga hari ini BN masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pilihanraya kecil DUN Penanti. Sebelum ini para pemimpin UMNO lain berkata keputusan samada bertanding atau tidak akan ditentukan oleh Biro Politik UMNO. Baru-baru ini Presiden UMNO Datuk Seri Najib berkata keputusan ini akan dibuat selepas mendapat pandangan daripada parti-parti komponen BN yang lain.

Jika benar BN tidak masuk bertanding ini merupakan satu sejarah baru dimana parti pemerintah tidak meletak calon dalam pilihanraya kecil. Namun kita yakin jika benar BN tidak akan meletakan calon namun BN akan berdiri secara senyap di belakang calon bebas yang juga bekas Ketua Wanita KeADILan negeri Pulau Pinang. Ramai pemerhati politik yakin yang Datuk Seri Najib terpaksa menyertai pilihanraya itu kerana mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah mempertikaikan keputusan itu. Ramai pemerhati politik berkata yang Datuk Seri Najib tidak berani menentang apa yang dicakapkan oleh Tun Dr. Mahathir walaupun kuasa sebenar berada ditangannya.

Namun ramai pemerhati politik yakin hakikat sebenar Perdana Menteri menghadapi tekanan kerana telah mengalami kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya kecil. Kalau kita kata bahawa Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR tetapi bagaimana Kuala Terenganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Parlimen Bukit Gantang dan Kuala Terengganu adalah kubu kuat UMNO.

Parlimen Bukit gantang baru pilihanraya lepas baru berjaya ditawan oleh PAS. Bukit Gantang sebelum ini merupakan kubu UMNO yang cukup kuat. Berapa penggal bekas Menteri Fadzir Che' Wan menguasai kerusi tersebut? Sebenarnya inilah yang menghantui jiwa dan hati Perdana Menteri yang baru dilantik. Sebelum ini pilihanraya kecil lazimnya sering dimenangi oleh BN, hari ini sudah bertukar.

Mengapa kini Perdana Menteri mempertikaikan soal perletakan jawatan wakil rakyat PKR? Bagi ramai pemerhati politik tindakan bekas ADUN Bukit Selambau V.Arumugam dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamada Fairuz Khairudin yang juga ADUN Penanti adalah satu tindakan yang betul dan wajar dicontohi oleh ADUN atau Ahli Parlimen BN.

Bekas ADUN Bukit Selambau terpaksa melepaskan jawatan setelah isu peribadinya dimainkan oleh media arus perdana. Beliau merasakan dirinya merupakan labiliti kepada parti dan kerajaan negeri kedah lalu dengan penuh rasa tanggungjawab melepaskan jawatan ADUN dan Exco Kerajaan negeri.

Begitu juga yang berlaku kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang juga ADUN Penanti, Mohamad Fairuz Khairudin bersedia melepaskan jawatan yang bukan kecil sebagai orang muda yang baru terlibat secara langsung dalam politik semata-mata menghadapi tuduhan rasuah.

Ramai pemerhati politik rasa pelik dengan SPRM yang pada awalnya beriya-iya mengatakan yang Mohamad Fairuz akan didakwa. Kita yakin kemungkinan ini yang membawa kepada perletakan beliau tetapi selepas meletak jawatan dan Perdana Menteri mengatakan mungkin tidak akan menyertai pilihanraya tiba-tiba SPRM membuat kenyataan akhbar mengatakan yang bekas ADUN Penanti itu tidak akan didakwa.

Dalam waktu yang sama rakyat melihat tindakan SPR yang tiba-tiba cuba melambatkan penetuan tarikh pilihanraya kecil. SPR telah bermesyuarat pada hari rabu dan kenyataan media akan dibuat pada hari jumaat dan kemudian ditunda kepada hari Isnin. Ramai tertanya-tanya lakonan apa yang cuba dimainkan oleh SPR kerana lazimnya pada hari mesyuarat keputusan akan diumumkan.

Tiba-tiba bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan yang beliau akan tetap meletak jawatan dan belaiu amat menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan yang dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 ini seolah-olah menunjukkan yang beliau telah dipujuk untuk menarik balik surat perletakan jawatan.

Begitu juga dengan ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizebert Wong apabila gambarnya sedang tidur di rumahnya dalam keadaan seksi mula disebar juga berhasrat untuk meletakan jawatan. Ramai pemerhati politik menyatakan beliau tidak perlu meletakjan jawatan kerana gambar itu dirakam dirumahnya sendiri dan tidak menjadi satu kesalahan berkeadaan begitu didalam rumah sendiri dan tinggal sendirian. Akhirnya beliau menarik balik hasratnya itu.

Lihat bagaimana beretikanya wakil rakyat PKR yang tidak mahu diri mereka menjadi labiliti kepada parti dan kerajaan. Walaupun berada dalam kedudukan yang baik tetapi sanggup melepaskan jawatan. Keadaan ini tidak berlaku dengan ADUN atau Ahli Parlimen BN khususnya UMNO.

Lihat bagaimana Datuk Seri Ali Rustam terus menerajui kerajaan negeri Melaka walaupun beliau didapati bersalah bermain politik wang dan tidak dibenar bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO baru-baru ini, namun beliau terus menerajui kerajaan negeri melaka. Begitu juga dengan Syed Sobri ADUN Kuala Nerang yang menghadapi tindakan muflis berikutan kegagalan melunaskan hutang RM150,000.00 tetapi terus bertahan.

Kedua-duanya ini sebenarnya menjadi liabiliti kepada parti BN/UMNO tetapi tetap tidak mahu melepasakan jawatan. Malah sebelum ini pun begitu ramai tokoh-tokoh kepimpinan BN/UMNO yang menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan namun tetap tidak mahu melepaskan jawatan.

Jelas para pemimpin pembangkang lebih beretika dan sanggup melepaskan jawatan jika mereka menjadi beban kepada parti dan kerajaan berbanding dengan pemimpin BN/UMNO yang tetap ingin berakar dikerusi yang diduduki walaupun kewujudan mereka memberikan masalah kepada parti dan kerajaan. Dalam soal ini siapa yang lebih baik pemimpin BN khususnya UMNO atau Pakatan Rakyat khususnya PKR? Tepuk dada tanya akal jangan ditanya selera kerana selera bernafsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan