Ahad, 23 Disember 2007

ISU SEMASA

Pilih Pemimpin Bertakwa

Pilihanraya umum semakin hampir. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi sendiri telah mengatakan bahawa UMNO khususnya BN sudah bersedia menghadapi pilihanraya. Perdana Menteri berkata begitu ketika beliau merasmikan bangunan UMNO Bahagian Pagoh di Johor.

Kini pemimpin politik BN sibuk membuat pertsiap bagi menghadapi pilihanraya umum. Begitu juga dengan kepimpinan BA juga sebuk mengatatur strateji bagi menghadapi pilihanraya umum. Jadi bagaimana pula dengan rakyat negara ini khususnya para pengundi yang telah berdaftar dengan SPR yang dianggarkan lebih 10.5 juta orang?

Adakah para pengundi juga telah bersiap sedia menghadapi pilhanraya? Apakah persediaan yang perlu dibuat sebagai persedia menghadapi pilihanraya? Kalau ahli politik tidak kira BN atau BA sedang berkira-kira kerusi mana yang hendak ditandingi, jadi sebagai pengundi kita disaran untuk memikirkan pemimpin bagaimana yang kita kehendaki.

Kali ini para pengundi benar-benar perlu memikirkan pemimpin bagaimana yang hendak mereka pilih. Para pengundi tidak boleh terus melakukan kesilapan kerana kesilapan boleh membawa padah kepada bangsa, agama dan negara. Sebagai orang Islam kita perlu mencari panduan yang diberikan oleh agama kita dalam menentukan pemimpin.

Dalam keadaan hari ini kita perlukan para pemimpin yang bertakwa. Ini kerana ketenteraman, ketenangan dan kebahagian hidup tidak akan wujud sekiranya tanpa keadilan dari semua aspek kehidupan. Kedailan hanya akan dapat dicapai sekiranya kita semua memilih pemimpin yang bertakwa.

KLIK UNTUK TEKS PENUH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan