Selasa, 23 Oktober 2007

MINDA BLOG MASTER

Salam Perkenalan

Saya benar-benar bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin limpah kurnianya pada hari ini 20hb. Oktober 2007 saya telah berjaya membina satu blog yang telah lama saya harapkan.

Saya pasti dengan munculnya blog BICARA UMMAH pasti akan merancakan lagi Dunia Tanpa Sempadan dengan ledakan informasi yang pastinya membantu masyarakat untuk menggunakan daya pemikiran dalam menghadapi satu-satu isu yang terpaksa kita hadapi dan lalui dalam dunia yang penuh mencabar ini.

Melalui blog ini para netter akan dapat membaca dan menambah pengetahuan dalam ISU SEMASA, AGAMA, SIKAP & BUDAYA,KARTUN, SUKAN, KESENIAN & KEBUDAYAAN. Disamping itu segmen MINDA BLOG MASTER akan membicarakan perkembangan blog ini dan perkara-perkara yang bersangkutan.

Manakala segmen CAS atau Cakap Apa Saja, saya membuka peluang kepada para netter untuk menulis apa saja perkara yang berkiatan dalam usaha kita membantu mengalakan budaya berfikir dikalangan masyarakat kita.

Walaupun isu kandungan blog ini masih dalam pembinaan namun saya yakin dalam waktu yang terdekat ini semuanya akan dapat dipenuhi. Sanma-samalah kita berdoa agar perjalanan pembiinaan blog ini akan berjalan lancer sepertimana yang saya telah rancangkan.

Salam hormat dari saya.

ISU SEMASA

Bilakah Pilihanraya Umum?

AKTIVIS dan pemerhati politik malah orangramai mula terasa bahang pilihanraya umum semakin hampir. Persoalan mengenainya kini menjadi bahan spekulasi dan ramalan pelbagai pihak. Pelbagai andaian dibuat namun kepastiaannya masih lagi menjadi teka-teki. Rahsia mengenainya masih tersimpan rapi di sudut hati Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, selaku Perdana Menteri dan mungkin juga Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Spekulasi mengenai pilihanraya ini timbul berikutan Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dikatakan telah mengadakan beberapa pertemuan tertutup dengan pihak yang terbabit dalam pilihanraya. Beliau juga telah mula menjelajah negeri dalam usaha mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan persediaan yang dibuat.

Malah bahang ini benar-benar terasa apabila Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman telah berkata kepada pembemberita bahawa mustahil beliau tidak tahu tarikh mengenai pilihanraya di Melaka baru-baru ini. Walaupun baru-baru ini Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi seolah-olah menafikannya, tetapi ramai berpendapat penafian itu hanyalah cakap-cakap politik. Rata-rata pemerhati politik berpendapat jika Pengerusi SPR sudah tahu tarikhnya maka pilihanraya pasti akan diadakan dalam masa 3 bulan ini jika tidak ada sebarang isu yang boleh mengugat kekuatan polit6ik BN.

Pemerhati politik juga meramalkan pilihanraya tidak akan diadakan selepas suku tahun pertama tahun 2008 kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat parti KeADILan Rakyat sudah boleh bertanding. Permerhati politik juga berpendapat bahawa pilihanraya pasti diadakan dalam waktu yang terdekat kerana harga minyak dunia semakin tinggi dan kerajaan tidak akan menaikan harga minyak dan kemudian mengadakan pilihanraya kerana kenaikan harga minyak pasti akan diikuti kenaikan pelbagai barang lain. Keadaan ini akan memberikan implikasi negatif kepada kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO.

AGAMA

Syariat Mampu Bantu Selesaikan Masalah Hidup

SYARIAT jika diamalkan dengan baik oleh seluruh umat Islam mampu mengatasi segala permasalahan hidup biarpun permasalahan yang cukup komplek. Syariat mengajar kita untuk mendisplinkan diri. Displin bermakna mendahulukan kerja yang perlu dan mengkemudiankan kerja yang perlu dikemudiankan. Memang berjaya dalam kehidupan juga memerlukan displin diri yang kuat. Tanpa disiplin apa jua yang dilakukan tidak akan ke mana.

Dalam Islam sendiri syariat telah mengajar umatnya untuk mendisplinkan diri misalnya jika bertembung antara yang wajib dengan yang sunat, kita mestilah mendahulukan yang wajib. Sebagai contoh jika kita berhasrat untuk melakukan solat sunat di rumah tiba-tiba tetamu datang, wajib untuk kita tinggalkan solat dan melayan tetamu kerana dalam Islam melayan tetamu itu wajib.

Disamping mendisplinkan diri syariat juga jika diamalkan dan dihayati dengan betul akan menjadikan kita orang yang menghormati undang-undang. Undang-undang adalah peraturan hidup yang perlu dihormati. baik undang-undang ciptaan manusia lebih-lebih lagi undang-undang Allah Azzawajalla. Jika undang-undang tidak dihormati akan menimbulkan kecelaruan dalam hidup dan dalam masyarakat.

Syariat juga jika dihayati dalam menjalani kehidupan harian akan menjadikan kita bersih daripada perkara-perkara yang haram dan makruh seperti penipuan, rasuah, riba, pergualan bebas dan sebagainya. Dalam pergualan pula kita akan bersih daripada hasad dengki. fitnah dan adu domba dan sebagainya. Disebabkan umat Islam hari ini tidak menghayati syariat maka bermacam-macam perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku.

KLIK UNTUK ARTIKEL PENUH

KESENIAN & KEBUDAYAAN

Blog Mengenai Boria di Internet


BUKIT MERTAJAM : Bekas penerbit album Hijau kuning yang meletup satu ketika dulu Omar Mohd Hashim atau lebih dikenali sebagai Omara telah membina sebuah blog yang berkiatan dengan boria. Blog tersebut dikenali sebagai Warisan Boria dan boleh dilayari di http://warisanboria.blogspot.com/

Menurut Omara idea ini timbul selepas usaha membina laman web umum bersama seorang rakannya terbantutu ditengah jalan. Ketika itu beliau buta tentang dunia web/blog telah mengupah sesaorang di Alor Setar untuk membinanya tapi malangnya apa yang tidak kena usaha itu mati ditenggah jalan. Orang yang mengambil upah membuat web yang dikenali melalui web tidak mahu menjawab panggilan dan akhirnya web itu pun hilang begitu saja.

Belajar dari pengalaman itu akhirnya beliau memberanikan diri mendekati dunia membina blog dan akhirnya terlintas idea membina blog mengenai boria. Bahan-bahan mengenai boria memamg banyak berada dalam simpnanannya.

“Kini saya puas satu-satunya warisan rakyat negeri Pulau Pinang sudah dapat dilayari sesiapa saja di seluruh pelusuh dunia. Kini sudah terdapat 1677 pelawat yang melayari blog tersebut. Saya yakin blog ini pasti akan mendapat kunjungan lebih ramai jika orang telah mengetahui kewujudannya.”

“Blog ini akan menceritakan perkembangan boria masa kini, boria di sana sini, tokoh-tokoh boria dan sebagainya. Jadi saya menyeru kepada mereka yang ingin tahu mengenai boria sila lawati blog ini.” Katanya kepada Bicara Ummah.

Omara yang kini merupakan Penggiat kesenian, kebudayaan dan warisan. *Penulis skrip dan rangkap karangan boria. *Penasihat dan pelakon sketsa boria. *Penulis, rekabentuk grafik media cetak, penerbitan buku dan majalah. *Penerbitan album rakaman. *Pengurusan artis, muzik dan persembahan pentas. *Mengurus warisan boria dan ghazal parti.

SUKAN

LIGA MALAYSIA AKAN BERMULA
Sejauhmana Perubahan Liga Malaysia

MUSIM baru bolasepak malaysia akan bermula tidak lama lagi. Pasukan yang akan menyertai pertandingan ini giat mengadakan latihan dalam usaha untuk memilih pemain terbaik bagi mewakili pasukan masing-masing. Misalnya pasukan Selangor baru-baru ini telah mengadakan latihan di Australia.

Pasukan yang akan menyertai juga sibuk memilih pemain-pemain tempatan malah impot yang bagi mereka adalah yang terbaik untuk mencipta keputusan yang terbaik. Persoalan yang nak dibangkitkan di sini bukannya soal persiapan, soal pemilihan pemain tetapi perubahan sikap para peneraju pasukan bolasepak ini.

Selagi para penerajui kepimpinan bolasepak diperingkat negeri ini masih lagi tidak berubah sikap malah mengamalkan budaya yang selama ini diamalkan maka selagi itulah malaysia akan mengalami kemerosotannya. Sekadar Putera Mahkota Pahang Tengku Abdulah selaku Timbalan Presiden FAM dan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad selaku Setiausaha Agung FAM meletak jawatan dan keseluruhan jentera bolasepak negeri tidak berubah bolasepak malaysia tidak akan ke mana.

Daripada pengamatan saya yang melihat daripada luar punca utama kemerosotan bolasepak negara adalah berpunca daripada keseluruhan aspek pengurusan. Para pengurusan pasukan bolasepak langsung tidak profesional walaupun para pemainnya rata-rata pemain profesional. Pengurusan pasukan langsung tidak memikirkan masalah kebajikan pemain mereka. Mereka hanya tahu untuk memerah keringat para pemain dalam usaha untuk mereka mencipta nama.

Cuba bayangkan sudah bertahun liga profesional ini dilancar, boleh kata hampir setiap tahun para pemain merintih tidak dibayar gaji. Bagaimana para pemain kita hendak bermain dengan baik jika gaji tidak dibayar. Satu ketika saya pernah bercakap dengan Hasmawi Hasan ketika itu mewakili pasokan Pulau Pinang bertanyakan kemerosotan teruk pasukan Pulau Pinang ketika itu.

"Abang, macam mana kita nak main dengan elok, otak kita serabut gaji tak dapat bank duk ligan hutang. Ada yang hutang rumah, kereta, motor dan sebagainya. Kita juga nak makan dan macam mana kita nak makan makanan yang berkiasiat bagi memberi tenaga jika duit tak ada." begitulah keluhan beliau kepada saya.

Apabila mereka tak dapat gaji maka tumpuan dan perhatian mereka hilang dan dengan sendirinya tahap permainan mereka menurun. Apabila persembahan buruk maka para penonton pun mulalah tidak mahu pergi ke stadium maka semakin berkuranglah katung persatuan dan semakin parahlah nasih pemain.

Dalam waktu yang sama para pemain ini pula mendapat panggilan untuk mewakili negara, jadi dapatkah kita bayangkan persembahan mereka. Saya tidak salahkan pemain, dalam keadaan ini kita ambillah pasokan Manchester Utd. Chelsea atau mana-mana pasokan gergasai Liga EPL main di malaysia dan segala gaji dan elaun dicara cara malaysia, yang mana kadang-kadang tiga bulan tak dapat gaji, bolehkah mereka jadi Juara Liga Perdana dan Piala Malaysia?

Ada juga suara-suara sumbang mengatakan pemain sekarang mata duitan tidak seperti pemain dulu yang bermain penuh semangat tanpa mengira ganjaran. Nampaknya suara sumbang ini lupa pemain dulu mereka dapat gaji bulanan tetap daripada majikan kalau pasukan tidak memberikan mereka elaun sekalipun mereka dan keluarga ada makan. Sekarang inilah mata pencarian mereka, jika mereka tidak dapat gaji macam mana mereka hendak hidup. Dan diri kita sendiri apabila pergi kerja tak dapat gaji macam mana jadinya?

Jesteru itu dalam usaha untuk memacu kembali kemajuan bolasepak negara agar kembali setara dengan Jepun dan Korea yang pada tahun 80an dan 90an yang setaraf dengan kita maka perubahan sikap para pemimpin persatuan diperingkat negeri amat penting. Jika pada tahun yang akandatang ini kita masih kedengaran ada pasukan yang tidak melunasi gaji dengan baik maka sampai bila pun bolasepak malaysia tidak akan ke mana. Yakinlah jika keadaan ini berlarutan maka stadium yang besar itu hanya akan dipenuhi seribu dua penonton saja.