Ahad, 20 Julai 2008

ISU SEMASA



DATUK SERI NAJIB PERLU LETAK JAWATAN

PERDANA MENTERI Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi baru-baru ini telah mengadakan siding akhbar dan memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatan kepada Timbalannya Datuk Seri Najib dipertengahan tahun 2010. Kenyataan ini berikutan janji Datuk Seri Abdullah akan membuat peralihan kuasa selepas menerima tamparan hebat dalam pilihanraya lepas.

Masa dua puluh tiga bulan adalah satu masa yang cukup lama dan mampukah Datuk Seri Najib bertahan dengan pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak terhadap beliau? Kenapa pula Datuk Seri Abdullah harus melepaskan jawatan itu kepada Datuk Seri Najib kerana bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad satu masa dulu pernah berkata seorang pemimpin bukan saja perlu bersih malah perlu kelihatan bersih. Dan buat masa ini sekiranya Datuk Seri Najib bersih tetapi dia tidak kelihatan bersih kerana bermacam tuduhan telah dilemparkan kepada beliau oleh pelbagai pihak.

Berdasarkan hakikat itu Datuk Seri Abdullah bukan saja tak perlu melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib malah Datuk Seri Abdullah perlu mengantikan Datuk seri Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri malah dalam pemilihan UMNO yang akan dating Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Kita seringkali mendengar para pemimpin tertinggi UMNO sering berkata yang mereka sayangkan UMNO yang menjadi tunjang kerajaan BN selama ini. Bagi mereka hanya UMNOlah satu-satunya parti yang dapat membela dan mengangkat martabat orang melayu.

Benarkah dakwaan itu? Sekiranya benar mengapa nasib orang melayu bertambah teruk selepas lebih 50 tahun kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO berkuasa di Negara ini? Kedudukan ekonomi orang melayu telah jatuh dari tangga kedua di belakang kaum Cina tetapi kini berada ditangga ketiga di belakang orang cina dan India.

Jika benar dakwaan itu, mengapa veteran UMNO telah mengesa kepimpinan UMNO kembali kelandasan memperjuangkan nasib dan masa depan orang melayu dan ketepikan kepentingan peribadi dalam usaha memperkukuhkan kekuatan UMNO dan BN yang kelihatan kini semakin goyah. Saranan veteran UMNO ini telah tersiar dalam Berita Harian 7 Julai 2008.

Bekas Ketua Wanita dan Menteri kerajaan persekutuan Tan Sri Aishah Ghani berkata, disamping terpaksa berhadapan dengan tentangan hebat daripada parti pembangkang, para pemimpin UMNO juga terpaksa menghadapi kemelut perbezaan pandangan dikalangan ahli parti yang kelihatan begitu serius dan merupakan krisis terburuk yang pernah dilalui.

Sementara Tan Sri Zaleha Ismail pula berpendapat, rakyat sudah memberi isyarat yang cukup jelas kepada para pemimpin tertinggi BN dan UMNO dan dalam waktu yang sama rakyat masih memberikan peluang kepada BN yang ditunjangi oleh UMNO untuk tyerus berkuasa.

“Jadi para pemimpin teringgi BN/UMNO perlu melakukan sesuatu. Harapan saya kepada ahli UMNO supaya memilih pemimpin yang dikehendaki oleh rakyat dan mampu memimpin parti dalam keadaan yang goyah seperti hari ini.”

“Pemimpin tertinggi UMNO perlu jujur bertanyakan diri sendiri adakah segala keputusan yang dibuat memenuhi kehendak rakyat atau selama ini kita seringkali menafikan kehendak rakyat yang terbanyak.” Katanya.

Manakala Tun Dr. Fatimah Hashim pula mengesa ahli-ahli parti supaya bekerja keras untuk memulihkan kembali imej parti jika benar mereka sayangkan parti.

Berdasarkan gesaan, pandangan dan pendapat veteran UMNO maka disarankan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana kini UMNO sedang terkial-kail mencari dan mendapatkan semula sokongan dan keyakinan rakyat. Dalam waktu yang sama Datuk seri Najib terpaksa berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang boleh merosakan imej parti.

Datuk Seri Najib telah dikiatkan dengan pemberian komisen kepada Datuk Seri Adib Adam dan Razak Baginda dalam pembelian kapal selam dan kapal terbang sunkoi. Persoalan kenapa pembelian itu tidak dibuat terus dengan pengeluar kapal terbang dan kapal selam tersebut bagi menjimatkan komisen yang menelan beratus-ratus ribu. Lagi satu persoalan apakah kepakaran Datuk Seri Adim Adam dan Razak Baginda dibidang tersebut yang menyebabkan kementerian pertahanan melantik mereka sebagai broker.

Dan baru-baru ini masyarakat Negara pula dikejutkan dengan perakuan bersumpah Blog Master Malaysia Today yang mendakwa isteri Datuk seri Najib terbabit dalam kes pembunuhan atantunya. Walaupun Datin Seri Rosmah telah menafikannya tapi isteri Timbalan Perdana Menteri itu tidak berniat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Raja Petra. Sikap yang diambil oleh Datuk seri Rosnah boleh mencalarkan imej Datuk Seri Najib. Dan jika imej Datuk Seri Najib tercemar sudah tentu imej UMNO juga akan terguris.

Ketika isu tersebut masih hangat diperbincangkan di mana-mana sekali lagi Negara dikejutkan dengan tuduhan liwat terhadap Datujk seri Anwar Ibrahim oleh Saiful. Bagi menjawab tuduhan itu isteri Datuk Seri Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen telah mengadakan siding akhbar dan Datin Seri Wan Azizah telah menunjukan gambar Saiful berganbar bersama pegawai Datuk seri Najib.

Datuk Seri Najib terus menjawab bahawa beliau tidak pernah mengenal saiful dan beliau dating ke pejabatnya dan bertemu dengan pegawainya untuk meminta biasiswa. Persoalannya biasiswa untuk apa difahamkan saifaul adalah ‘dropout’ uniten. Beberapa hari kemudian Datuk seri Najib membuat pengakuan lain yang mengatakan saiful ini dating menemuinya dan memberitahu beliau yang dia telah diliwat oleh Datuk seri Anwar. Persoalannya, kenapa harus bertemu dan memberitahu Datuk Seri Najib? Sepatutnya beliau terus membuat laporan polis. Jadi siapa yang kena liwat di Negara ini perlu menemui Timabalan Perdana Menteri sebeluim membuat laporan polis.

Jadi berdasarkan deretan peristiwa tersaebut maka jika benar Datuk Seri Najib benar-benar sayangkan UMNO dan kerajaan BN yang kini terkial-kial beruseha memulihkan keyakinan dan sokongan rakyat maka adalah wajar Datuk seri Najib melepaskan semua jawatan yang berkiatan dengan UMNO dan kerajaan. Tindakan ini perlu diabil oleh Datuk Seri Najib dalam usaha membuktikan bahawa beliau benar-benar sayangkan UMNO dan bukannya berjuang untuk kepentingan diri dan mendapat kedudukan tertinggi dalam parti dan kerajaan.

Sekiranya Datuk Seri Najib tetap tidak mahu melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan maka menjadi tanggungjawab kesemua lebih 3 juta anggota UMNO di seluruh Negara untuk tidak me calonkan Datuk seri Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO bagi melahirkan kesayangan kepada parti yang selama ini menjadi tunjang kepada kerajaan BN.

Tindakan ini perlu dibuat oleh anggota UMNO diperingkat akar umbi jika benar mereka sayangkan UMNO yang selama ini menunjangi kerajaan BN. Jadi salah satu cara untuk memulihkan imej dan membina keyakinan rakyat terhadap parti dan kerajaan Datuk Seri Najib perlu meletak jawatan atau anggota UMNO diseluruh Negara membuat keputusan drastic untuk tidak mencalonkan Timbalan Presiden UMNO dalam mesyuarat agung cawangan, Persidangan UMNO bahagian dan seterusnya di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Disember ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan