Isnin, 16 Jun 2008

ISU SEMASA

HADIAH BN UNTUK RAKYAT MALAYSIA

SEMENJAK kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak RM0.78 sen/liter dan disel RM1.00/liter dan kenaikan gas masak serta kenaikan letrik, maka seluruh rakyat Negara ini begitu yakin kenaikan bahan bakar ini akan diikuti oleh kenaikan barang-barang keperluan lain.

Rakyat diperingkat akar umbi mula resah, gelisah dan membicarakan kewajaran kenaikan bahan baker dan barang-barang keperluan lain. Walaupun kenaikan bahan bakar diikuti pengumuman kerajaan pembayaran rebet kepada pengguna motorsikal 250cc kebawah dengan RM150.00 dan kereta berkuasa kuda 2000cc kebawah dengan RM625.00 tetap tidak meredakan keadaan. Sehingga hari ini rakyat tetap membicarakan soal ini.

Ketika rakyat kebanyakan mula resah dan muncullah para pemimpin BN dikaca-kaca TV dan dikuti oleh akhbar-akhbar pro-kerajaan yang menyokong kenaikan bahan baker dan barang-barang keperluan lain. Rata-rata mereka memperkatakan kenaikan ini tidak dapat ditahan berikutan kenaikan harga bahan baker di peringkan global. Mereka juga membandingkan harga minyak Negara ini dengan Singapura dan Thailand yang dikatakan lebih tinggi daripada Negara kita. Mereka juga mengesa rakyat untuk menukar gaya hidup.

Persoalannya kenapa kita hendak bandingkan harga bahan baker kita dengan Singapura dan Thailand yang langsung tidak mengeluarkan minyak. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal dari kita tetapi harga kenderaan di sana lebih murah. Di Thailand juga tidak dikenakan tol. Di Thailand juga bayaran cukai jalannya hanya sekali ketika membeli. Manakala Singapura pula berapa gaji pekerja di Singapura jika hendak dibandingkan dengan pekerja di negara ini. Pendapatan pekerja di Singapura jauh lebih tinggi daripada pekerja di negara ini.

Apabila MTUC mengesa kerajaan menetapkan gaji minima pekerja RM900.00 kerajaan BN yang dikatakan membela rakyat menolak. Cuba bayangkan bagaimana pekerja industri dan kerja-kerja bawahan lain yang diberikan gaji pokok disekitar RM450.00 hingga RM550.00 boleh hidup dalam keadaan ini. Inilah yang dibuat oleh kerajaan yang mengatakan membela rakyat. Bagaimana hendak berjimat cermat dan menukar gaya hidup. Gaji bulanan pekerja di peringkat bawah di Negara ini jauh lebih kecil jika nak dibandingkan belanja anak-anak para pemimpin yang menganjurkan gaya hidup.

Kenapa kerajaan tidak membandingkan harga minyak dengan Negara-negara pengeluar minyak atau ringkasnya OPEC. Jika dibandingkan ternyata Negara kita merupakan Negara pengeluar minyak yang menjual dengan harga yang paling tinggi kepada rakyatnya. Walaupun kita bukan anggota OPEC tetapi kita tetap pengeluar minyak. Cuba lihat harga minyak Negara-negara pengeluar minyak yang lain:-



UAE– RM1.19/liter
Eygpt– RM1.03/liter
Bahrain– RM0.87/liter
Qatar– RM0.68/liter
Kuwait– RM0.67/liter
Saudi Arabia– RM0.38/liter
Iran– RM0.35/liter
Nigeria– RM0.32/liter
Turkmenistan– RM0.25/liter
Venezuela– RM0.16/liter
Malaysia- RM2.70/liter


Persoalannya kini bagaimana Negara-negara anggota OPEC tidak mengikut harga pasaran minyak dunia untuk dijual kepada rakyatnya? Kenapa pemimpin kita sering membicarakan soal kenaikan harga minyak? Inilah nasib rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang memikirkan kepentingan diri, sanak saudara dan sahabat handai bukannya rakyat kebanyakan.

Akibat daripada sikap mereka ini membuatkan mereka buta tidak dapat melihat penderitaaan dan kesengsaraan rakyat dibawah. Mereka juga pekak tak bisa mendengar segala rintihan dan keluhan rakyat kebanyakan. Dan seterusnya para pemimpin BN khususnya UMNO juga bisu tidak berupaya membicarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat kebanyakan.

Jika inilah sikap para pemimpin BN khususnya UMNO jangan terkejut bertambah ramai yang mula benci dan menjauhkan diri daripada parti yang telah berkuasa lebih 50 tahun itu. Para pemimpin tertinggi BN/UMNO langsung tidak tahu bahawa para penyokong kuat BN/UMNO dibawah yang tidak memegang sebarang jawatan juga telah terasa kesan kenaikan bahan baker dan kenaikan barang-barang keperluan lain dan mula menunjukkan kemarahan dan kebencian kepada para pemimpin yang pernah mereka agungkan.

Yakinlah jika rakyat kebanyakan terutama penyokong kuat BN/UMNO yang tidak memegang sebarang jawatan mula marah dan benci kepada pemimpin BN/UMNO maka hayat parti yang berkuasa lebih 50 tahun ini berada dihujung tanduk.Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Jonet meramalkan UMNO akan berkubur pada tahun 2013. Besar kemungkinan ramalan ini akan menjadi kenyataan jika para pemimpin BN/UMNO terus bersikap buta, pekak dan bisu sepertimana sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan