Khamis, 19 Jun 2008

UMUM

NASIB ORANG MELAYU DI BAWAH UMNO LEBIH 50 TAHUN

HARI ini biak di mana saja kita pergi dan dengan siapa saja kita berbicara, orangramai membicarakan soal kenaikan harga minyak yang cukup tinggi dalam sejarah Negara. Kali ini kerajaan BN menaikan RM0.78 untuk petrol dan RM1.00 untuk disel. Biarpun apa juga alas an yang diberi orangramai tetap tidak dapat menerimanya. Ini kerana kenaikan harga minyak dan petrol pasti akan disusuli dengan kenaikan barang lain kerana minyak adalah ibu kepada segala barang.
Lanjutan parasaan tidak puas hati orangramai terhadap kenaikan minyak yang pastinya akan menyempitkan kehidupan mereka maka hari ini kita sudah mendengar pelbagai keluhan dan kencaman terhadap pemimpin UMNO. Keluhan dan kencaman ini bukan saja datang daripada penyokong setia pembangkang malah kita dikalangan para penyokong setia UMNO sendiri yang sudah tidak tahan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan.
Mereka mula mempersoalkan kepimpinan UMNO, mereka bertanya apakah yang pemimpin UMNO buat untuk orang melayu selama lebih 50 tahun diberikan kuasa memerintah Negara. Mereka berkata para pemimpin UMNO hanya bijak mengkayakan diri dan keluarga mereka saja dan memang para pemimpin UMNO suka melihat orang melayu papa kendana dan merempat di tanahair sendiri.
Ini kerana para pemimpin UMNO tidak suka dan mahu melihat orang melayu berjaya dan kaya kerana mereka bimbang kedudukan mereka terancam. Bila orang bodoh sekalipun sudah memiliki kekayaan orang itu secara otomatik akan mula bercakap pandai, dan inilah yang tidak disenangi oleh para pemimpin UMNO.
Mereka berkata lagi kalau dulu orang-orang sikh terkenal sebagai jaga, orang India menjadi tukang sapu dibandar-bandar dan orang cina pula menjadi tukang angkat najis tapi hari ini semua kerja-kerja itu dilakukan oleh orang melayu. Lihat jaga atau pengawal keselamatan, rata-ratanya terdiri daripada orang melayu. Lihat tukang sapu di Bandar-bandar-bandar juga orang melayu. Dan lihat pekerja indah water yang dating menyedut najis juga orang melayu.
Mereka berkata lagi kekayaan dan kemewahan bangsa lain lazimnya dikayakan oleh para pemimpin UMNO yang dikatakan membela bangsa. Mereka berkata siapa yang memegang lesen kontractor kelas A. Biasanya pemimpin-pemimpin UMNO dan bila mereka mendapat projek mereka akan serahkan kepada contractor cina. Mereka makan 5 hingga 10% sedangkan orang cina makan 90 hingga 95%.
Kata mereka lagi cuba kita perhatikan didinding-dinding lori penangkutan. Lazimnya permit-permit lori milik orang melayu tetapi tuan punya lori adalah orang cina. Mereka makan RM4/6 ratus sebulan tetapi tauke lori makan RM4/5 ribu atau lebih. Mereka bertanya siapa yang biasanya mendapat permit lori, lazimnya dikalangan pemimpin UMNO. Orang kampung yang dulunya dikatakan dunggu kita sudah bijak berbicara mempersoalkan semua ini.
Mereka berkata lagi, disebabkan sikap para pemimpin UMNO yang hanya bijak mengkayakan diri, keluarga dan kawan-kawan dan lupa akan hal kebajikan rakyat maka inilah yang terjadi. Kalau beginilah keadaannya kita jangan terkejut index jenayah akan naik dan orang melayu di kampung yang suatu waktu dulu menjadi penyokong UMNO yang paling setia walaupun tidak pernah mendapat apa-apa habuan pasti akan mengalihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Malah ada yang terlalu kecewa dan mengatakan hendak menunggu 4 atau 5 tahun dirasakan terlalu lama.
Sedarlah wahai para pemimpin UMNO di semua peringkat kekalahan teruk yang tidak terduga BN/UMNO dalam pilihanraya lepas bukan sebab Pakatan Rakyat hebat tetapi kerana rata-rata pemimpin UMNO lupa akan kebajikan orang yang setia menyokong mereka. Mereka tidak pernah mahu mendengar keluhan dan rintihan rakyat di bawah dan mereka memaksa rakyat diperingkat bawah mendengar dan mempercayai apa-apa yang mereka cakapkan.
Nampaknya walaupun BN/UMNO telah menerima tamparan yang paling hebat dalam sejarah pilihanraya namun para pemimpin mereka masih lagi tidak sedar. Mereka sesama mereka berperang untuk mendapat jawatan dan kedudukan. Mereka langsung tidak membuat muasabah diri, mengapa boleh jadi macam ini? Jika beginilah sikap para pemimpin UMNO maka yakinlah hayat UMNO sudah tidak panjang dan saya meramalkan jika benar dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan sudah mempunyai 30 orang yang akan melompat menyokong Pakatan Rakyat pada 16 September 2008 maka setahun selepas ini UMNO akan berkubur.
Keyakinan ini bertelor melihatkan rata-rata pemimpin UMNO dikalangan mereka yang mencari peluang dan kepentingan diri. Dan yakinlah jika UMNO sudah kehilangan kuasa maka mereka pasti akan angkat kaki meninggalkan UMNO. Dan reality apa yang Datuk Seri Anwar kata sudah mula kelihatan apabila Datuk Yong Teik Lee mula mempertikaikan kepimpinan BN dan yakinlah beliau akan tinggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Tindakan ini pasti akan disusuli oleh Ahli Parlimen dan parti-parti lain. Tindakan ini gara-gara cabaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau yang telah mencabar kesahihkan dakwaan Datuk Seri Anwar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan