Sabtu, 23 Ogos 2008

PILIHANRAYA PERMATANG PAUH

ANWAR BAKAL MENANG DENGAN MAJORITI 7930 UNDI

PILIHANRAYA kecil Permatang Pauh bakal berlangsung pada 26 Ogos 2008. Calon yang bakal bertanding ialah Datuk Arif Shah Omar Shah mewakili BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim calon Parti KeADILan Rakyat dan Hanafi Mamat calon AKIM. Pelbagai ramalan telah dibuat oleh pelbagai pihak. Rata-rata meramalkan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memenangi kerusi tersebut.

Kini ramalan tertumpu berapa majority yang bakal diperolihi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya tersebut? Dalam pilihanraya umum lalu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memperolihi 30,338 undi dan lawannya ketika itu mendapat 16, 950 undi dengan peratus mengundi sebanyak 81.87% daripada 58,449 undi. Dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah telah menang dengan majority 13,388 undi.

Bagaimana pilihanraya kali ini. Terdapat pelbagai ramalan telah dibuat oleh pelbagai pihak. Menurut ahli parlimen Kuala Krai Dr. Hatta Ramli Datuk Seri Anwar akan memperolihi majority lebih 17,000 undi. Menurut sumber-sumber dalam UMNO meramalkan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperolihi majority sebanyak 5,000 undi. Sementara kaki-kaki judi tionghua rata-ratanya meramalkan Datuk Seri Anwar akan menang dengan majority lebih 10,000 undi.

Sementara Bloger Bicara Ummah meramalkan Datuk Seri Anwar akan memperolihi undi sebanyak 28,895 undi, Datuk Arif Shah dijangka mendapat 16,781 undi dan Hanafi Mamat akan mendapat lebih kurang 252 undi dengan peratus yang keluar mengundi di sekitar 71% lebih. Berdasarkan pengkiraan ini Datuk Seri Anwar menang dengan majority 7,930 undi. Majoriti ini pasti akan bertambah sekiranya peratus mengundi meningkat.

Peratus mengundi dijangka kurang lebih kurang 10% berikutan tindakan SPR mengadakan pilihanraya kecil ini pada hari selasa. Tindakan ini pasti menyukarkan pengundi-pengundi di Permatang Pauh yang berada di luar parlimen tersebut untuk balik menunaikan tanggungjawab.

Walaupun majority yang diperolihi oleh Datuk Seri Anwar hanya disekitar 7,930 undi mungkin pada pandangan setengah-setengah pihak agak kecil tetapi harus dingat yang Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa berhadapan dengan seluruh jentera BN malah kerajaan termasuk media massa.

Pelbagai isu yang dimainkan seperti isu liwat, sumpah oleh Saiful, isu UITM, isu kabinet bayangan kerajaan Pakatan Rakyat, penurunan harga minyak dan isu penangkapan Exco Kerajaan Negeri Perak yang dimainkan oleh media massa banyak mempegaruhi pengundi atas pagar. Namun isu-isu ini tetap gagal mempengaruhi majoriti pengundi Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia.

Ini disebabkan majoriti rakyat sudah hilang keyakinan dan sudah jelak dengan strateji kotor yang dimainkan oleh kepimpinan kerajaan yang ada. Rata-rata pemimpin kerajaan yang ada masih beranggapan rakyat negara ini masih seperti rakyat di zaman 80an ke bawah yang akan menelan bulat-bulat segala apa yang dikatakan oleh para pemimpin. Rakyat alaf baru ini lebih kritikal dan terdedah dengan pelbagai maklumat terutama sekali dengan kemajuan teknologi maklumat dan tahap pendidikan yang semakin baik dan mampu mengunakan pemikiran dengan lebih baik lagi.

Seandainya pengkiraan ini menjadi kenyataan maka peluang Datuk Arif Shah Omar Shah menjadi ketua bahagian UMNO Permatang Pauh tentulah cerah. Kejayaan beliau menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar akan menjadi aset dan senjata yang cukup ampuh untuk Datuk Arif Shah mengetuai UMNO Permatang Pauh. Peluang Datuk Firdaus, Datuk Ahmad Saad dan Datuk Jalil untuk mempertahankan jawatan pasti tergugat. Walaupun gagal menjadi ahli parlimen tetapi Datuk Arif hamper pasti akan menjadi Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Sementara kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang walaupun majoriti yang agak kecil akan membuka peluang untuk beliau mengatur strateji untuk merealisasikan apa yang diucapkan oleh beliau yang akan membentuk kerajaan negeri pada 16 September 2008 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan