Isnin, 13 April 2009

ISU SEMASA

KASIHAN KJ MEMANG SORAK KAMPUNG TERGADAI

NAMPAK jelas Datuk Seri Najib yang baru saja dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 terlalu mengikut terlunjuk bekas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengaruh Tun Dr. Mahathir jelas apabila Datuk seri Najib membentuk cabinet pertamanya baru-baru ini. Ramai dikalangan orang-orang Tun Dr. Mahathir telah dilantik malah anak Tun Dr. Mahathir, Dato’ Mukriz yang kalah merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga turut dilantik.

Datuk Seri Najib Tun Razak bukan saja memasukan nama orang-orang Tun Dr. Mahathir menganotai cabinet pertamanya malah memeberikan mereka portfolio yang baik. Tan Sri Nor Mohamed Yaakop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan Menteri Kewangan Ke-2, Datuk Mustapa Mohamad Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

SementaraSenator Datuk Dr Awang Adek Hussien dilantik Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Mashitah Ibrahim Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hamzah Zainuddin Kementerian Perusehaan, Perladangan dan Komoditi, ,Johari Baharom Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Manakala anak Tun Dr. Mahathir yang kalah merebut jawatan KetuaPemuda UMNO Malaysia dulantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Naib Ketua Pemuda yang diyakini regu Dato’ Mukriz , Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Oleh kerana terlalu mengikut terlunjuk Tun Dr. Mahathir Datuk Seri Najib terpaksa memingkirkan kawan baiknya Datuk Jamaludin Jarjis yang pada awalnya diura-ura akan menduduki Menteri Kewangan Ke-2 tapi akhirnya terpaksa melepaskan kepada orang Tun Dr. Mahathir.

Lantaran terlalu mengikut terlunjuk Tun Dr. Mahathir juga maka Datuk Seri Najib terpaksa meminggirkan Khairy Jamaludin yang baru saja memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun Datuk Seri Najib menyatakan beliau mahu KJ menumpukan perhatian untuk menarik golongan muda menyokong BN/UMNO tapi itu alas an yang dibuat-buat. Jika itu alasannya mengapa Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Inrahim dilantik sebagai Timbalan menteri? Kenapa pula Ketua Putri UMNO Rosnah Rashid Shilin dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan?

Kasihan KJ menang sorak kampung tergadai. KJ telah bertungkus lumus bertanding untuk merebut jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia setelah menang beliau dipinggirkan daripada menjawat sebarang jawatan. Orang yang kalah dalam pertandingan dilantik dan orang yang menyandang jawatan Naib Ketua kerana dia bukan regu KJ dilantik.

Tindakan meminggir KJ yang sewajarnya diberikan jawatan adalah permainan politik Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun Dr. Mahathir begitu bencikan KJ dan sering melemparkan kritikan dan menamakan KJ sebagai budak tingkat 4. Persoalannya mengapa Tun Dr. Mahathir begitu bencikan KJ? Kebencian dia kepada KJ terbawa sehingga membenci Tun Abdullah yang beliau sendiri lantik mengantikan tempatnya sebagai Perdana Menteri.

KJ seorang budak yang berani dan bijak dan diyakini permainan politik Tun Dr. Mahathir melalui kedudukan Datuk Seri Najib pasti akan menimbulkan pergolakkan dalaman yang hebat. Kebijaksanaan KJ terbukti apabila beliau diterima belajar di Oxford Universiti. Oxford Universiti adalan salah sebuah universiti yang berprestij tinggi.

Kebijaksanaan KJ juga terserlah kerana baru menyertai UMNO pada tahun 1999. Kemudian beliau dilantik sebagai Setiausaha Biro Pendidikan, Pemuda UMNO Malaysia. Seterusnya menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan kini menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ramai yang beranggapan kenaikan pantas KJ kerana pengaruh Perdana Menteri Tun Abdullah yang juga bapa mentuanya. Bagi saya tuduhan itu silap, KJ naik kerana kebijaksanaannya bermain politik dan faktor pengaruh bapa mentua hanya sebahagian kecil. Lihat bagaimana beliau boleh memenangi jawatan Ketua Pemuda disaat semua orang tahu Tun Abdullah akan melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Kalau setakat pengaruh bapa mentua saja KJ tidak akan ke mana, kita lihat sendiri bagaimana anak Tun Dr. Mahathir Datuk Mokhzani yang sautu ketika dilantik sebagai Bendahari Pemuda UMNO Malaysia di zaman bapanya menjadi Perdana Menteri tapi akhirnya tersungkur kalah sebagai Ketua Pemuda UMNO di peringkat bahagian.

Walaupun saya bukan lagi aktivis UMNO dan saya juga bukan penyokong KJ malah saya sendiri hari ini tidak pernah kenal atau bersua muka dengannya namun atas dasar kebenaran dan keadilan saya perlu melemparkan pandangan ini. Lebih-lebih lagi KJ adalah budak yang berani dan pintar, saya bimbang peristiwa Hang Nadim budak pintar yang menyelamatkan Singapura dilanggar todak telah dibunuh kerana kepimpinan bimbang akan kebijaksanaannya. Ingat! Sejarah lazimnya berulang cuma bentuknya berbeza.

Di mana keadilannya orang yang menang dipinggirkan dan orang yang kalah diberikan tempat. Tambah menyakitkan apabila naibnya juga diberikan tempat. Saya dapat membayangkan kekecewaan yang ada dihati sanubarinya. Tapi saya yakin KJ yang memang budak pintar dan berani pasti bangkit dan mengatur strategi menghancurkan segala halangan ini bukanya macan anak Tun Dr. mahathir, Datuk Mokhzani yang terus hanyut dan tenggelam dalam politik UMNO selepas kalah di peringkat bahagian. KJ juga bukan macam Datuk Mukriz yang terpaksa menggunakan pengaruh bapa untuk mendapat tempat. Kita tunggu dan lihat, macam mana budak pintar lagi berani yang sangat dibenci oleh Tun Dr. Mahathir bangun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan