HARI ULANG TAHUN BLOG
Alhamdulillah sedar tak sedar blog BICARA UMMAH esok akan mencecah usia setahun beredar di alam maya ini. Dalam usia setahun blog BICARA UMMAH telah berjaya menerima pengunjung seramai 828 orang.
Walaupun bilangan itu tidak besar tetapi memadailah dengan kekurangan peralatan serta kekurangan masa disebabkan terpaksa menjalankan tugas dan tanggungjawab lain dalam memenuhi kehidupan ini. Insya Allah saya akan cuba 'update' blog ini selalu dalam usaha menarik pelawat yang lebih banyak di masa yang akan datang. Saya berdoa agar Allah terus memberikan saya idea dan masa untuk melakukannya.
Namun saya puas sekurang-kurangnya bakat anugerah Ilahi serta masa yang amat berharga ini dapat saya menafaatkan kepada untuk masyarakat. Blog ini dibina bagi mengetengahkan pendapat dan pandangan mengenai isu-isu semasa demi untuk kebaikan masyarakat.
Disamping blog BICARA UMMAH saya juga telah membina sebanyak 10 buah blog lain yang berligar di alam maya ini. Tapi buat masa ini tumpuan khusus untuk blog WARTAWAN RAKYAT dan BICARA UMMAH. Saya amat yakin blog WARTAWAN RAKYAT akan mengatasi blog-blog lain disegi kunjungan pelawat dalam masa beberapa bulan yang akan dating. Akan tetapi blog-blog lain tetap akan saya beri perhatian juga.
Semoga sambutan ulang tahun pertama blog BICARA UMMAH akan menyemarakkan lagi semangat saya untuk terus menulis diblog yang saya bina termasuk blog BICARA UMMAH.
Sekian, SELAMAT MEMBACA.
Khamis, 23 Oktober 2008
Khamis, 9 Oktober 2008
POLITIK
ABDULLAHPUNCA SOKONGAN BN/UMNO MEROSOT
NAMPAKNYA sehingga hari ini kepimpinan tertinggi BN khususnya UMNO masih tidak mahu belajar daripada kesilapan yang mereka lakukan selama ini. Rata-ratanya mereka cuba mencari kesalahan orang lain terhadap kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN dalam pilihanraya umum lepas membawa kepada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Rata-rata pemimpin tertinggi BN khususnya UMNO masih gagal membaca mood rakyat.
KASIHAN PAK LAH DITEKAN DENGAN BEGITU HEBAT UNTUK LEPASKAN JAWATAN. NAMPAKNYA KEPIMPIN
AN UMNO SUDAH TIDAK LAGI MENGHORMATI KETUA. KALAU SIKAP INI DITUNJUKKAN SEMASA TUN DR. MAHATHIR MERAGUT HABUS KEISTIMEWAAN DAN KETUANAN MELAYU UMNO DAN BN TAK AKAN JADI MACAM NI.
Sejak menerima tamparan hebat dalam pilihanraya umum lepas membawa kepada kekalahan calon UMNO dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh rata-rata kepimpinan tertinggi UMNO seakan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Walaupun pelan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibuat namun kepimpinan tertinggi UMNO masih menekan agar Perdana Menteri melepaskan jawatan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib.
Persoalannya, layakkah Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai BN/UMNO? Dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh beliau adalah Pengarah bagi BN yang mengalami kekalahan yang lebih teruk jika dibandingan keputusan dengan pilihanraya umum lepas. Strateji yang digunakan oleh Datuk Seri Najib sehingga bersumpah langsung tidak menampakkan hasilnya.
MAMPUKAH NAJIB MEMULIHKAN BN/UMNO KERANA NAMPAK BERIYA-IYA SANGAT MENEKAN PAK LAH?
Layakkah Datuk Seri Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri sedangkan buat masa ini diri beliau terdedah dengan pelbagai isu. Isu Altantuya Shaariibu, isu pembelian kapalselam dan jet sunkoi, isu liwat yang dibangkitkan Saiful Bahri terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu sumpah yang melibatkan Saiful Buhari yang bersaksikan Imam Ramlang Porigi, semuanya dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
SAIFUL BUKHARI
RAUT WAJAH YANG BEGITU RIANG BAGAIKAN SELEBIRITI WALAUPUN KENA LIWAT, KALAU KITA YANG KENA JURUGAMBAR NAK RAKAM GAMBAR PUN KITA TAK BERI ATAU TUDUNG MUKA.
Kepimpinan tertinggi UMNO nampaknya sudah lupa apa yang diperkatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa membuat pemecatan terhadap Datuk seri Anwar Ibrahim lebih kurang 10 tahun lalu. Tun Dr. Mahathir berkata, bakal Perdana Menteri bukan saja perlu bersih malah perlu kelihatan bersih.
Jadi kalau kenyataan ini diguna pakai maka Datuk Seri Najib tidak layak ditabal sebagai Perdana Menteri kerana beliau kelihatan tidak bersih walaupun kita tidak mengetahui samada beliau itu bersih atau tidak. Mungkin disebabkan itulah kini bekas Perdana Menteri yang telah keluar UMNO ingin kembali kepangkuan UMNO dan mungkin akan memberikan sokongan kepada bekas pencabar beliau dulu Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan kerusi Presiden UMNO pada penghujung tahun ini.

"BAKAL PERDANA MENTERI BUKAN SAJA PERLU BERSIH MALAH PERLU KELIHATAN BERSIH" KATA TUN DR. MAHATHIR SEMASA MEMECAT DATUK SERI ANWAR DULU.
Berdasarkan senario yang digarap di atas, betulkah tindakan para pemimpin tertinggi UMNO yang terus memberikan tekanan kepada Perdana Menteri Datuk seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi untuk melepaskan jawatan? Rata-rata pemerhati politik berpendapat tindakan kepimpinan tertinggi UMNO yang terus memberi tekanan kepada Datuk Seri Abdullah bukanlah cara terbaik untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN khususnya UMNO.
Para pemerhati politik berpendapat kemelut yang melanda BN dan UMNO hari ini berpunca daripada kepimpinan UMNO disemua peringkat baik di MKT UMNO, diperingkat negeri, bahagaian malah cawangan. Kesemuanya perlu bertanggungjawab terhadapa kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN/UMNO hari ini.
Punca utama hampir majoriti rakyat mula menolak kepimpinan BN/UMNO kerana kepimpinan yang ada hari ini telah lari jauh daripada landasan perjuangan yang sebenar. Rata-rata kepimpinan UMNO disemua peringkat tidak lagi mendengar dan menyalurkan suara hati rakyat diperingkat bawah. Mereka dilihat tidak lagi berjuang untuk membela dan menjaga kepentingan rakyat di peringkat akar umbi. Rata-rata kepimpinan UMNO hari ini hanya memeikirkan kedudukan dan kepentingan diri yang boleh dikaut untuk menjadi kaya-raya. Isu yang dibangkitkan oleh rakyat cuba dipadam dengan pengaruh, kuasa dan kekayaan yang dimiliki.
Misalnya apabila kerajaan menaikan harga minyak. Rata-rata kepimpinan UMNO disemua peringkat terus menyokong walaupun diperingkat akar umbi rakyat bersuara kenaikan itu membebankan mereka. Dan pihak kerajaan pula bagi menyokong tindakan mereka seing membandingkan dengan singapura dan Tahiland yang tidak mempunyai setitikpun minya sendiri. Apabila MTUC menuntut gaji minama pekerja kenapa kerajaan tidak mahu pertimbangkan kerana kalau nak dibandingkan dengan singapura gaji pekerja mereka jauh lebih tinggi daripada rakyat negara ini.

PEMIMPIN MTUC TELAH LAMA BERSUARA AGAR PIHAK KERAJAAN MELAKSANAKAN GAJI MINIMA UNTUK PEKERJA DI SEKTOR SWASTA TAPI KERANA LEBIH CONDONG MENGIKUT TERLUNJUK PERSATUAN PENGUSEHA YANG MENGKAUT HABIS KEMAHIRAN ANAK TEMPATAN UNTUK MEMBINA KEKAYAAN.
Hari ini rata-rata rakyat sudah sedar bahawa kepimpinan tertinggi BN khususnya UMNO yang menunjangi kerajaan tidak ikhlas kepada rakyat. Para pemimpin UMNO khususnya hanya bersandiwara seolah-olah mereka berjuang dan membela rakyat.
Kita sering mendengar para pemimpin kerajaan sering berteriak untuk membenteras rasuah. Betulkah mereka ingin membenterasnya? Kita lihat isu bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teik Lee, sudah berapa lama kes itu terpendam dan langsung tidak dibuka. Sebaik saja Datuk Yong Teik Lee mengeluarkan kenyataan tidak menyokong kepimpinan tertinggi BN tiba-tiba kes yang sudah bertahun dilakukan dibuka. Jadi kalau beliau tidak mengeluarkan kenyataan menghentap pucuk pimpinan BN kes itu akan lenyap begitu sajalah nampaknya.

KALAU DATUK YONG TERUS MENYOKONG BN KES TERSEBUT AKAN BERADA DI BAWAH MEJA KEPIMPINAN TERTINGGI BN. BETULKAH TINDAKAN PEMIMPIN BN BERSUARA UNTUK MEMBENTERAS RASUAH?
Begitu juga UMNO yang menjadi tunjang kerajaan BN yang sering mendakwa berjuang membela dan menjaga kepentingan orang melayu. Betulkah laungan yang dibuat? Hari ini rakyat sudah dapat menilai rata-rata kepimpinan UMNO hanya bersandiwara di atas pentas semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat, bak kata orang sekarang cakap tak serupa bikin.
Siapa yang mencabut kuasa Raja-Raja Melayu? kalau bukan UMNO! Siapa yang mengatikan biasiswa kepada pelajar melayu ke IPTA dan luar Negara kepada pinjaman? Kalau bukan UMNO! Siapa yang menghilangkan tulisan jawi di sekolah-sekolah? Kalu bukan UMNO! Siapa yang menukar bahasa pengantar untuk mata pelajaran sains dan mathematic dari bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris? Kalau bukan UMNO!
Siapa yang tidak mahu melaksanakan gaji minima pekerja swasta RM1200.00 seperti yang dituntut oleh MTUC? Kalau bukan pemimpin UMNO! Sedarkah para pemimpin tertinggi UMNO jika cadangan ini diterima pakai maka rata-rata rakyat khususnya orang melayu yang akan mendapat manafaatnya?
Sebenarnya terlalu banyak isu yang berligar disekitar rakyat dibawah yang langsung tidak diberi perhatian oleh kepimpinan kerajaan BN/UMNO. Kita yakin kepimpinan tertinggi langsung tidak mendengar kerana suara hati rakyat ini dipandang sepi oleh pemimpin diperingkat cawangan, bahagian dan negeri dan tidak menyalurkannya ke atas semata-mata untuk menjaga kedudukan dan kepentingan mereka.
Lebih memburukkan kedaan media-media arus perdana langsung tidak pernah menyiarkan keluhan rakyat yang mempertikaikan tindakan kerajaan dalam apa jua isu. Misalnya apabila kerajaan menaikan harga minyak, media arus perdana hanya menyiarkan kenyataan-kenyataan mereka yang menyokong tindakan itu walaupun hakikatnya majority rakyat merasa tertekan. Tindakan media massa arus perdana membuatkan para pemimpin tertinggi kerajaan meresakan tindakan yang mereka buat itu betul dan disokong oleh rakyat.

TAN SRI MAHYUDIN JUGA PERLU BERFIKIR UNTUK MELEPASKAN JAWATAN GAGAL MENASIHAT PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN DARI DULU KETIKA TUN DR.MAHATHIR MOROBEK HABIS KETUANAN MELAYU TAPI TAN SRI MEMBISU SERIBU BAHASA.
Hakikat sebenar para pemimpin BN khususnya UMNO di semua peringkat serta media massa arus perdana boleh diibaratkan sebagai sokong yang membawa rebah. Jadi teguran Perdana Menteri kepada media massa khusus media massa arus perdana agar melapurkan yang sebenar harus tidak dipandang ringgan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi seperti yang dilapurkan oleh The Star 4 September 2008. media mesti berani dan jujur melapurkan kebenaran dan keadilan. Hanya kebenaran yang membentuk kredibiliti dan kewibawaan institusi ini.
Jadi kesimpulannya apa yang dialami oleh BN/UMNO adalah berpunca daripada sikap, tindakan serta budaya kepimpinan BN/UMNO disemua peringkat dan disokong oleh media massa arus perdana yang rata-ratanya dikawal selia oleh orang kepercayaan pemimpin kerajaan.
Kalau direnung dan dikaji sikap dan budaya kepimpinan BN khususnya UMNO mula terus dan menular hingga kini menjadi barah bermula selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Dasar Pensyarikatan Negara. Ketika inilah para pemimpin UMNO diperingkat bahagian khususnya berlumba-lumba merebut peluang melalui dasar tersebut dan lupa akan tugas dan tanggungjawab yang sedang mereka pikul.
Rata-rata pemimpin yang mendapat peluang ini terus lupa dasar perjuangan mereka kepada bangsa. Projek yang mereka perolihi atas tiket melayu diserahkan bulat-bulat kepada orang lain atau apabila mereka laksanakan peluang itu tidak dibuka kepada orang melayu lainnya. Mereka lupa dan lali dengan kemewahan dan terus memburu peluang dan terus melupakan atas dasar apa peluang itu mereka perolihi.
Di sinilah permulaan kejatuhan BN/UMNO. Sebenarnya inilah yang harus diperbetul dan diperbaiki bukanya cuba menarik Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi turun dan menjolok naik Datuk Seri Najib Tun Razak yang buat masa ini terlalu banyak isu yang dikaitkan dengan beliau. Jika ini menjadi teras perjuangan pemimpin tertinggi UMNO, yakinlah hayat UMNO akan bertambah cepat dikuburkan oleh rakyat negara ini.
DISIARKAN DALAM SIASAH BIL. 0117 BERTARIKH 28 SEPTEMBER -4 OKTOBER 2008 YANG LALU.
KASIHAN PAK LAH DITEKAN DENGAN BEGITU HEBAT UNTUK LEPASKAN JAWATAN. NAMPAKNYA KEPIMPIN
AN UMNO SUDAH TIDAK LAGI MENGHORMATI KETUA. KALAU SIKAP INI DITUNJUKKAN SEMASA TUN DR. MAHATHIR MERAGUT HABUS KEISTIMEWAAN DAN KETUANAN MELAYU UMNO DAN BN TAK AKAN JADI MACAM NI.Sejak menerima tamparan hebat dalam pilihanraya umum lepas membawa kepada kekalahan calon UMNO dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh rata-rata kepimpinan tertinggi UMNO seakan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Walaupun pelan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibuat namun kepimpinan tertinggi UMNO masih menekan agar Perdana Menteri melepaskan jawatan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib.

Rabu, 10 September 2008
APA TINDAKAN DSAI SELANJUTNYA?
PARA pengundi di parlimen Permatang Pauh telah memulangkan kembali kerusi parlimen tersebut kepada Datuk Seri Anwar setelah kedudukan beliau telah dinafikan secara tidak demokratik oleh kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO pada tahun 1998 dulu.
Serangan yang bertalu-talu untuk menawan kubu kuat PKR dan khususnya untuk mengagalkan usaha Datuk Seri Anwar kembali ke parlimen yang diketuai oleh Datuk Seri
Najib Tun Razak ternyata gagal menarik minat pengundi parlimen tersebut.
Pelbagai sogokan politik diberikan kepada orang Permatang Pauh misalnya bantuan RM100,000.00 untuk satu masjid di parlimen tersebut serta bantuan untuk sekolah-sekolah cina juga gagal memenangi hati rakyat.
Adakah kepimpinan tertinggi BN khususnya UMNO sedar bukan saja rakyat Permatang Pauh malah majoriti rakyat di negara ini tidak dapat menerima pertuduhan liwat serta isu sumpah yang cuba dimainkan oleh pemimpin BN/UMNO malah menggunakan pelbagai media massa yang ada.
Isu ini dari awal lagi dapat dilihat daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada mulanya memberitahu media yang beliau tidak kenal Saiful. Saiful datang menemui pegawainya untuk meminta biasiswa sedangkan selepas itu umum mengetahui beliau bukan pelajar yang cemerlang di UNITEN.
Selepas itu Timbalan Perdana Menteri mengakui yang Saiful ada menemuinya untuk memberitahu yang beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Persoalannya, kalau pun beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar atau sesiapa kenapa harus beliau bertemu dengan Datuk Seri Najib untuk mengadu? Beliau perlu membuat lapuran polis bukannya menemui Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Najib lupa rakyat hari ini sudah bijak menilai malah lebih kritis dalam setiap isu yang diketengahkan.
Sehari sebelum penamaan calon muncul Saiful Bukhari dengan begitu segak memakai pakaian melayu lengkap dengan bersongkok memegang senaskah Al-Quran dan bersumpah di dalam masjid. Kemudian Datuk Seri Najib pula bersumpah dan diikuti oleh Datuk Seri Tajol Rosli pula dalam isu yang berlainan.
Sebagai manusia kita hanya bisa merancang namun ketentuannya tetap ditentukan oleh Allah Azawajjalla. Jadi jangan kita memainkan sumpah dan menjual agama dengan harga yang begitu murah semata-mata untuk survival politik. Tindakan ini dilihat oleh majoriti rakyat tindakan mereka yang terdesak dalam usaha mendapatkan sokongan para pengundi di Permatang Pauh.
Akhirnya dua hari sebelum mengundi tiba-tiba muncul Imam yang berada bersama Saiful yang dikenali sebagai Ramlang Porigi di Masjid Perda bertemu dengan Datuk seri Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan memberitahu ribuan orang yang mengadakan solat hajat bahawa beliau di paksa untuk duduk di situ. Kemudian dalam laman web keadilan beliau memberitahu yang upacara angkat sumpah itu di atur oleh pegawai khas Datuk Seri Najib yang di kenali sebagai Khairil Anas Yusof.
Seluruh episode liwat Saiful ini seolah-olah mendedahkan kerakusan kepimpinan BN/UMNO khususnya Datuk Seri Najib untuk cuba menguburkan kerier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan cara paling kotor yang menjijikan. Kemudian pula muncul dakwaan Datuk Nalla Kurupan. Kenapa hari ini dakwaan itu dibuat? Kenapa tidak dibuat ketika beliau diseret masuk penjara semasa peristiwa hitam 2 September? Kenapa tidak semasa mengahadpi pilihanraya kecil Ijok yang Datuk Nalla sendiri tidak puas hati kerana tidak dipilih sebagai calon dan keluar KeADILan?
Semua persoalan ini bermain dihati dan dibenak bukan saja pengundi di Permatang Pauh malah seluruh rakyat Negara ini. Maka tidak hairanlah kenapa Datuk Seri Anwar Berjaya merais majority yang lebih besar. Sedangkan kita semua sedia makluk dalam pilihanraya kecil jarang-jarang di menangi oleh calon dari parti kerajaan malah tentunya sukar untuk merais majoriti sebesar itu.
Kini rakyat khususnya pemimpin tertinggi BN khususnya UMNO sedang memerhati apakah tindakan Datuk Seri Anwar selepas ini? Benarkah dakwaan Datuk Seri Anwar yang beliau sudah mempunyai bilangan ahli parlimen yang cukup dan menunggu masanya saja untuk melompat dan menyeberang menyertai Pakatan Rakyat?
Bagi meredakan keresahan dan ketakutan sebahagian besar kepimpinan BN khususnya UMNO Datuk Shafie Afdal telah mendapat tandatanggan 54 ahli parlimen Sabah dan Serawak yang memberi jaminan mereka tidak akan melompat parti. Tandatangan itu akan di serahkan kepada Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi.
Persoalannya bolehkah dipakai tandatangan itu sedangkan isu melompat parti memang biasa dikalangan wakil rakyat di Sabah. Lagipun hari ini bukan saja isu wakil rakyat Sabah dan Serawak yang akan menyemberang malah sudah kedengaran suara dari akar umbi parti GERAKAN dan MCA mendesak pucuk pimpinan mereka menarik diri daripada BN.
Isu menarik diri daripada BN dikalangan parti-parti komponen BN mula menarik perhatian Tan Sri MahyudinYasin yang mengesa pimpinan tertinggi BN harus mengadakan dialog untuk mengatasi kemelut ini. Tan Sri Mahyudin Yasin juga diberitakan
oleh The Star berkata UMNO tidak dapat berdiri sendiri.
Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat kemenangan besar beliau di Permatang Pauh adalah langkah awal untuk terus melangkah ke Putrajaya. Menurut Datuk Seri Anwar beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengenai kedudukan mereka yang bakal menyemberang masuk Pakatan Rakyat.
Sesungguhnya rakyat benar-benar ini melihat perubahan ini berlaku dengan kadar yang segera bagi mengelak pelbagai fitnah baru yang bakal dihadapkan kepada Datuk Seri Anwar dalam usaha menggagalkan usaha Datuk Seri Anwar menjejakkan kaki ke Putrajaya.
PARA pengundi di parlimen Permatang Pauh telah memulangkan kembali kerusi parlimen tersebut kepada Datuk Seri Anwar setelah kedudukan beliau telah dinafikan secara tidak demokratik oleh kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO pada tahun 1998 dulu.
Serangan yang bertalu-talu untuk menawan kubu kuat PKR dan khususnya untuk mengagalkan usaha Datuk Seri Anwar kembali ke parlimen yang diketuai oleh Datuk Seri
Najib Tun Razak ternyata gagal menarik minat pengundi parlimen tersebut.Pelbagai sogokan politik diberikan kepada orang Permatang Pauh misalnya bantuan RM100,000.00 untuk satu masjid di parlimen tersebut serta bantuan untuk sekolah-sekolah cina juga gagal memenangi hati rakyat.
Adakah kepimpinan tertinggi BN khususnya UMNO sedar bukan saja rakyat Permatang Pauh malah majoriti rakyat di negara ini tidak dapat menerima pertuduhan liwat serta isu sumpah yang cuba dimainkan oleh pemimpin BN/UMNO malah menggunakan pelbagai media massa yang ada.
Isu ini dari awal lagi dapat dilihat daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada mulanya memberitahu media yang beliau tidak kenal Saiful. Saiful datang menemui pegawainya untuk meminta biasiswa sedangkan selepas itu umum mengetahui beliau bukan pelajar yang cemerlang di UNITEN.
Selepas itu Timbalan Perdana Menteri mengakui yang Saiful ada menemuinya untuk memberitahu yang beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Persoalannya, kalau pun beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar atau sesiapa kenapa harus beliau bertemu dengan Datuk Seri Najib untuk mengadu? Beliau perlu membuat lapuran polis bukannya menemui Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Najib lupa rakyat hari ini sudah bijak menilai malah lebih kritis dalam setiap isu yang diketengahkan.
Sehari sebelum penamaan calon muncul Saiful Bukhari dengan begitu segak memakai pakaian melayu lengkap dengan bersongkok memegang senaskah Al-Quran dan bersumpah di dalam masjid. Kemudian Datuk Seri Najib pula bersumpah dan diikuti oleh Datuk Seri Tajol Rosli pula dalam isu yang berlainan.
Sebagai manusia kita hanya bisa merancang namun ketentuannya tetap ditentukan oleh Allah Azawajjalla. Jadi jangan kita memainkan sumpah dan menjual agama dengan harga yang begitu murah semata-mata untuk survival politik. Tindakan ini dilihat oleh majoriti rakyat tindakan mereka yang terdesak dalam usaha mendapatkan sokongan para pengundi di Permatang Pauh.
Akhirnya dua hari sebelum mengundi tiba-tiba muncul Imam yang berada bersama Saiful yang dikenali sebagai Ramlang Porigi di Masjid Perda bertemu dengan Datuk seri Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan memberitahu ribuan orang yang mengadakan solat hajat bahawa beliau di paksa untuk duduk di situ. Kemudian dalam laman web keadilan beliau memberitahu yang upacara angkat sumpah itu di atur oleh pegawai khas Datuk Seri Najib yang di kenali sebagai Khairil Anas Yusof.
Seluruh episode liwat Saiful ini seolah-olah mendedahkan kerakusan kepimpinan BN/UMNO khususnya Datuk Seri Najib untuk cuba menguburkan kerier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan cara paling kotor yang menjijikan. Kemudian pula muncul dakwaan Datuk Nalla Kurupan. Kenapa hari ini dakwaan itu dibuat? Kenapa tidak dibuat ketika beliau diseret masuk penjara semasa peristiwa hitam 2 September? Kenapa tidak semasa mengahadpi pilihanraya kecil Ijok yang Datuk Nalla sendiri tidak puas hati kerana tidak dipilih sebagai calon dan keluar KeADILan?
Semua persoalan ini bermain dihati dan dibenak bukan saja pengundi di Permatang Pauh malah seluruh rakyat Negara ini. Maka tidak hairanlah kenapa Datuk Seri Anwar Berjaya merais majority yang lebih besar. Sedangkan kita semua sedia makluk dalam pilihanraya kecil jarang-jarang di menangi oleh calon dari parti kerajaan malah tentunya sukar untuk merais majoriti sebesar itu.
Kini rakyat khususnya pemimpin tertinggi BN khususnya UMNO sedang memerhati apakah tindakan Datuk Seri Anwar selepas ini? Benarkah dakwaan Datuk Seri Anwar yang beliau sudah mempunyai bilangan ahli parlimen yang cukup dan menunggu masanya saja untuk melompat dan menyeberang menyertai Pakatan Rakyat?
Bagi meredakan keresahan dan ketakutan sebahagian besar kepimpinan BN khususnya UMNO Datuk Shafie Afdal telah mendapat tandatanggan 54 ahli parlimen Sabah dan Serawak yang memberi jaminan mereka tidak akan melompat parti. Tandatangan itu akan di serahkan kepada Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi.
Persoalannya bolehkah dipakai tandatangan itu sedangkan isu melompat parti memang biasa dikalangan wakil rakyat di Sabah. Lagipun hari ini bukan saja isu wakil rakyat Sabah dan Serawak yang akan menyemberang malah sudah kedengaran suara dari akar umbi parti GERAKAN dan MCA mendesak pucuk pimpinan mereka menarik diri daripada BN.
Isu menarik diri daripada BN dikalangan parti-parti komponen BN mula menarik perhatian Tan Sri MahyudinYasin yang mengesa pimpinan tertinggi BN harus mengadakan dialog untuk mengatasi kemelut ini. Tan Sri Mahyudin Yasin juga diberitakan
oleh The Star berkata UMNO tidak dapat berdiri sendiri.Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat kemenangan besar beliau di Permatang Pauh adalah langkah awal untuk terus melangkah ke Putrajaya. Menurut Datuk Seri Anwar beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengenai kedudukan mereka yang bakal menyemberang masuk Pakatan Rakyat.
Sesungguhnya rakyat benar-benar ini melihat perubahan ini berlaku dengan kadar yang segera bagi mengelak pelbagai fitnah baru yang bakal dihadapkan kepada Datuk Seri Anwar dalam usaha menggagalkan usaha Datuk Seri Anwar menjejakkan kaki ke Putrajaya.
Sabtu, 23 Ogos 2008
PILIHANRAYA PERMATANG PAUH
ANWAR BAKAL MENANG DENGAN MAJORITI 7930 UNDI
PILIHANRAYA kecil Permatang Pauh bakal berlangsung pada 26 Ogos 2008. Calon yang bakal bertanding ialah Datuk Arif Shah Omar Shah mewakili BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim calon Parti KeADILan Rakyat dan Hanafi Mamat calon AKIM. Pelbagai ramalan telah dibuat oleh pelbagai pihak. Rata-rata meramalkan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memenangi kerusi tersebut.
Kini ramalan tertumpu berapa majority yang bakal diperolihi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya tersebut? Dalam pilihanraya umum lalu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memperolihi 30,338 undi dan lawannya ketika itu mendapat 16, 950 undi dengan peratus mengundi sebanyak 81.87% daripada 58,449 undi. Dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah telah menang dengan majority 13,388 undi.
Bagaimana pilihanraya kali ini. Terdapat pelbagai ramalan telah dibuat oleh pelbagai pihak. Menurut ahli parlimen Kuala Krai Dr. Hatta Ramli Datuk Seri Anwar akan memperolihi majority lebih 17,000 undi. Menurut sumber-sumber dalam UMNO meramalkan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperolihi majority sebanyak 5,000 undi. Sementara kaki-kaki judi tionghua rata-ratanya meramalkan Datuk Seri Anwar akan menang dengan majority lebih 10,000 undi.
Sementara Bloger Bicara Ummah meramalkan Datuk Seri Anwar akan memperolihi undi sebanyak 28,895 undi, Datuk Arif Shah dijangka mendapat 16,781 undi dan Hanafi Mamat akan mendapat lebih kurang 252 undi dengan peratus yang keluar mengundi di sekitar 71% lebih. Berdasarkan pengkiraan ini Datuk Seri Anwar menang dengan majority 7,930 undi. Majoriti ini pasti akan bertambah sekiranya peratus mengundi meningkat.
Peratus mengundi dijangka kurang lebih kurang 10% berikutan tindakan SPR mengadakan pilihanraya kecil ini pada hari selasa. Tindakan ini pasti menyukarkan pengundi-pengundi di Permatang Pauh yang berada di luar parlimen tersebut untuk balik menunaikan tanggungjawab.
Walaupun majority yang diperolihi oleh Datuk Seri Anwar hanya disekitar 7,930 undi mungkin pada pandangan setengah-setengah pihak agak kecil tetapi harus dingat yang Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa berhadapan dengan seluruh jentera BN malah kerajaan termasuk media massa.
Pelbagai isu yang dimainkan seperti isu liwat, sumpah oleh Saiful, isu UITM, isu kabinet bayangan kerajaan Pakatan Rakyat, penurunan harga minyak dan isu penangkapan Exco Kerajaan Negeri Perak yang dimainkan oleh media massa banyak mempegaruhi pengundi atas pagar. Namun isu-isu ini tetap gagal mempengaruhi majoriti pengundi Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia.
Ini disebabkan majoriti rakyat sudah hilang keyakinan dan sudah jelak dengan strateji kotor yang dimainkan oleh kepimpinan kerajaan yang ada. Rata-rata pemimpin kerajaan yang ada masih beranggapan rakyat negara ini masih seperti rakyat di zaman 80an ke bawah yang akan menelan bulat-bulat segala apa yang dikatakan oleh para pemimpin. Rakyat alaf baru ini lebih kritikal dan terdedah dengan pelbagai maklumat terutama sekali dengan kemajuan teknologi maklumat dan tahap pendidikan yang semakin baik dan mampu mengunakan pemikiran dengan lebih baik lagi.
Seandainya pengkiraan ini menjadi kenyataan maka peluang Datuk Arif Shah Omar Shah menjadi ketua bahagian UMNO Permatang Pauh tentulah cerah. Kejayaan beliau menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar akan menjadi aset dan senjata yang cukup ampuh untuk Datuk Arif Shah mengetuai UMNO Permatang Pauh. Peluang Datuk Firdaus, Datuk Ahmad Saad dan Datuk Jalil untuk mempertahankan jawatan pasti tergugat. Walaupun gagal menjadi ahli parlimen tetapi Datuk Arif hamper pasti akan menjadi Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh.
Sementara kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang walaupun majoriti yang agak kecil akan membuka peluang untuk beliau mengatur strateji untuk merealisasikan apa yang diucapkan oleh beliau yang akan membentuk kerajaan negeri pada 16 September 2008 ini.

Sabtu, 16 Ogos 2008
Pilihanraya Permatang Pauh
Pemilihan Tepat Tapi Bukan Masanya
BARISAN NASIONAL (BN) telah menamakan ADUN Seberang Jaya Datuk Arif Shah Oma Shah sebagai calon pilihanraya bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Pengumuman ini telah dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Sunway Carnival, Seberang Jaya.
Menurut Datuk Seri Najib, pencalonan Datuk Arif Shah Omar Shah ini berdasarkan prestasi cemerlang sebagai wakil rakyat DUN Seberang Jaya. Beliau juga rajin bekerja dan mem
punyai Pusat Khidmat yang berkesan untuk rakyat. Beliau dilihat mempunyai kelebihan untuk menang.
Sementara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi berkata, Datuk Arif Shah orang yang paling sesuai dan mampu menentang dan menyaingi Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Datuk Seri An
war Ibrahim.
Datuk Seri Abdullah menyifatkan Datuk Arif Shah seorang yang banyak berjasa kepada parti, pengundi dan tidak mempunyai sebarang masalah menjalankan tugasnya selama ini. Pemilihan beliau mendapat persetujuan semua pihak.
Memang pemilihan Datuk Arif Shah Omar Shah sebagai calon bagi berhadapan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pilihan yang terbaik dikalangan pemimpin UMNO bahagian Permatang Pauh. Ini kerana rekod cemerlang beliau ketika berkhidmat sebagai ADUN Seberang Jaya. Dikala seluruh negara mengalami tsunami politik Datuk Arif Shah masih mampu mempertahankan kerusi tersebut walaupun dengan kelebihan 500 undi. Kemampuan beliau bertahan kerana sikap beliau yang terus bekerja walaupun pada satu-satu ketika kepimpinan UMNO bahagian Permatang Pauh juga tidak senang hati.
Persoalannya kini, mampukah Datuk Arif Sah mengalas harapan yang tinggi pucuk pimpinan BN untuk merebut kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh? Mampukah Datuk Arif Shah mengurangkan majoriti 13,000 yang diperolihi olih Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dalam pilihanraya umum lepas?
Dalam keadaan sekarang sukar untuk Datuk Arif Shah mencabar kewibawaan dan ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana Datuk Seri Anwar langsung tidak mempunyai masalah dengan pengundi di Permatang Pauh malah dikalangan anggota UMNO di parlimen tersebut.
Lebih-lebih lagi perpaduan dikalangan anggota UMNO di seluruh negara waktu ini begitu goyah kerana perebutan jawatan di peringkat bahagian. Dan di Permatang Pauh sendiri sudah terdapat tiga calon termasuk Datuk Arif Shah yang menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua UMNO bahagian itu daripada bekas ADUN Penanti D
atuk Abdul Jalil Abdul Majid. Dua calon lain ialah bekas calon parlimen tersebut Datuk Firdaus Ismail dan bekas pemangku ketua bahgian selepas Datuk Seri Anwar di singkir iaitu Datuk Ahmad Saad. Adakah calon-calon dan penyokong mereka akan bekerja kuat untuk membantu Datuk Arif Shah mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Kita yakin berdasarkan permainan politik UMNO yang banyak mementingkan diri dan puak calon-calon yang bakal bertanding merebut jawatan Ketua UMNO bahagian dan penyokong-penyokong setia tidak akan memberikan komitmen yang tinggi untuk membantu Datuk Arif Shah. Pencapaian Datuk Arif Shah dalam pilihanraya ini akan menjadi modal yang cukup besar dalam usaha beliau merebut jawatan Ketua UMNO bahagian.
Disamping itu jawatankuasa UMNO bahagian tersebut sebelum ini telah mencadangkan ketua
nya Datuk Abdul Jalil Abdul Majid untuk bertanding sebagai calon BN. Sudah pasti penyokong-penyokong Datuk Abdul Jalil akan berasa terkilan kerana pucuk pimpinan tidak mendengar padangan jawatankuasa UMNO bahagian dalam pemilihan calon Sekiranya Datuk Arif Shah mampu mengurangkan majority jika tidak memang sekalipun maka peluang Datuk Abdul Jalil mempertahankan kerusi ketua UMNO bahagian Permatang Pauh pasti tergugat.
Inilah masalah besar yang dialami oleh UMNO yang pastinya akan membantutkan peluang calon BN/UMNO ini daripada memenagi pilihanraya ini malah untuk mengurangkan majority sekalipun.
Jadi persoalan lain yang boleh dilontarkan, mampukan calon BN/UMNO ini menghadapi pilihanraya kali ini dan calon yang bakal ditentang bukan calang-calang. Datuk seri Anwar adalah bekas ahli parlimen tersebut yang telah disingkir dengan cara tak terhormat oleh kepimpinan tertinggi UMNO satu masa dulu. Ketika itu seluruh masyarakat Permatang Pauh merasakan seolah-olah Datuk Seri Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
Dan kali ini sekali lagi masyarakat Permatang Pauh berpeluang untuk melihat ahli parlimen mereka ditabal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Adakah masyarakat Permatang Pauh akan menolak peluang ini? Sekiranya Datuk Seri Anwar dipilih oleh para pengundi Permatang Pauh maka pada 16 September ini sempena lahirnya Negara yang bernama Malaysia ahli parlimen ini bakal menjadi pemimpin nombor wahid Negara.
Lagipun gelombang reformasi yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar pada tahun 1998 nampaknya semakin bersemarak selepas beliau keluar daripada penjara Sungai Buluh. Ini dapat dilihat dalam pilihanraya lepas di mana buat pertama kalinya dalam sejarah kerajaan BN yang memerintah Negara ini lebih 50 tahun telah hilang majority dua pertiga malah kehilangan penguasaan di empat negeri dan gagal menawan negeri Kelantan.
Rata-rata pemerhati politik yakin gelombang reformasi ini akan terus bergelora dan menelan kekuasaan kerajaan BN. Walaupun apa isu yang dibawa majoriti rakyat sudah muak dan jelak dengan permainan dan sandiwara politik kepimpinan BN khususnya UMNO yang hanya memikirkan kepentingan diri, keluarga dan kawan-kawan daripada memperjuangkan nasib dan masalah rakyat kebanyakan.
Menurut Datuk Seri Najib, pencalonan Datuk Arif Shah Omar Shah ini berdasarkan prestasi cemerlang sebagai wakil rakyat DUN Seberang Jaya. Beliau juga rajin bekerja dan mem
punyai Pusat Khidmat yang berkesan untuk rakyat. Beliau dilihat mempunyai kelebihan untuk menang.Sementara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi berkata, Datuk Arif Shah orang yang paling sesuai dan mampu menentang dan menyaingi Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Datuk Seri An
war Ibrahim.Datuk Seri Abdullah menyifatkan Datuk Arif Shah seorang yang banyak berjasa kepada parti, pengundi dan tidak mempunyai sebarang masalah menjalankan tugasnya selama ini. Pemilihan beliau mendapat persetujuan semua pihak.
Memang pemilihan Datuk Arif Shah Omar Shah sebagai calon bagi berhadapan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pilihan yang terbaik dikalangan pemimpin UMNO bahagian Permatang Pauh. Ini kerana rekod cemerlang beliau ketika berkhidmat sebagai ADUN Seberang Jaya. Dikala seluruh negara mengalami tsunami politik Datuk Arif Shah masih mampu mempertahankan kerusi tersebut walaupun dengan kelebihan 500 undi. Kemampuan beliau bertahan kerana sikap beliau yang terus bekerja walaupun pada satu-satu ketika kepimpinan UMNO bahagian Permatang Pauh juga tidak senang hati.
Persoalannya kini, mampukah Datuk Arif Sah mengalas harapan yang tinggi pucuk pimpinan BN untuk merebut kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh? Mampukah Datuk Arif Shah mengurangkan majoriti 13,000 yang diperolihi olih Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dalam pilihanraya umum lepas?
Dalam keadaan sekarang sukar untuk Datuk Arif Shah mencabar kewibawaan dan ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana Datuk Seri Anwar langsung tidak mempunyai masalah dengan pengundi di Permatang Pauh malah dikalangan anggota UMNO di parlimen tersebut.
Lebih-lebih lagi perpaduan dikalangan anggota UMNO di seluruh negara waktu ini begitu goyah kerana perebutan jawatan di peringkat bahagian. Dan di Permatang Pauh sendiri sudah terdapat tiga calon termasuk Datuk Arif Shah yang menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua UMNO bahagian itu daripada bekas ADUN Penanti D
atuk Abdul Jalil Abdul Majid. Dua calon lain ialah bekas calon parlimen tersebut Datuk Firdaus Ismail dan bekas pemangku ketua bahgian selepas Datuk Seri Anwar di singkir iaitu Datuk Ahmad Saad. Adakah calon-calon dan penyokong mereka akan bekerja kuat untuk membantu Datuk Arif Shah mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim?Kita yakin berdasarkan permainan politik UMNO yang banyak mementingkan diri dan puak calon-calon yang bakal bertanding merebut jawatan Ketua UMNO bahagian dan penyokong-penyokong setia tidak akan memberikan komitmen yang tinggi untuk membantu Datuk Arif Shah. Pencapaian Datuk Arif Shah dalam pilihanraya ini akan menjadi modal yang cukup besar dalam usaha beliau merebut jawatan Ketua UMNO bahagian.
Disamping itu jawatankuasa UMNO bahagian tersebut sebelum ini telah mencadangkan ketua
nya Datuk Abdul Jalil Abdul Majid untuk bertanding sebagai calon BN. Sudah pasti penyokong-penyokong Datuk Abdul Jalil akan berasa terkilan kerana pucuk pimpinan tidak mendengar padangan jawatankuasa UMNO bahagian dalam pemilihan calon Sekiranya Datuk Arif Shah mampu mengurangkan majority jika tidak memang sekalipun maka peluang Datuk Abdul Jalil mempertahankan kerusi ketua UMNO bahagian Permatang Pauh pasti tergugat.Inilah masalah besar yang dialami oleh UMNO yang pastinya akan membantutkan peluang calon BN/UMNO ini daripada memenagi pilihanraya ini malah untuk mengurangkan majority sekalipun.
Jadi persoalan lain yang boleh dilontarkan, mampukan calon BN/UMNO ini menghadapi pilihanraya kali ini dan calon yang bakal ditentang bukan calang-calang. Datuk seri Anwar adalah bekas ahli parlimen tersebut yang telah disingkir dengan cara tak terhormat oleh kepimpinan tertinggi UMNO satu masa dulu. Ketika itu seluruh masyarakat Permatang Pauh merasakan seolah-olah Datuk Seri Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
Dan kali ini sekali lagi masyarakat Permatang Pauh berpeluang untuk melihat ahli parlimen mereka ditabal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Adakah masyarakat Permatang Pauh akan menolak peluang ini? Sekiranya Datuk Seri Anwar dipilih oleh para pengundi Permatang Pauh maka pada 16 September ini sempena lahirnya Negara yang bernama Malaysia ahli parlimen ini bakal menjadi pemimpin nombor wahid Negara.
Lagipun gelombang reformasi yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar pada tahun 1998 nampaknya semakin bersemarak selepas beliau keluar daripada penjara Sungai Buluh. Ini dapat dilihat dalam pilihanraya lepas di mana buat pertama kalinya dalam sejarah kerajaan BN yang memerintah Negara ini lebih 50 tahun telah hilang majority dua pertiga malah kehilangan penguasaan di empat negeri dan gagal menawan negeri Kelantan.
Rata-rata pemerhati politik yakin gelombang reformasi ini akan terus bergelora dan menelan kekuasaan kerajaan BN. Walaupun apa isu yang dibawa majoriti rakyat sudah muak dan jelak dengan permainan dan sandiwara politik kepimpinan BN khususnya UMNO yang hanya memikirkan kepentingan diri, keluarga dan kawan-kawan daripada memperjuangkan nasib dan masalah rakyat kebanyakan.
Langgan:
Catatan (Atom)