Jumaat, 21 Mac 2008

PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG BEBAL

SELEPAS pilihanraya umum ke-12 nampaknya kepimpinan UMNO Pulau Pinang terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat yang tidak mereka duga. Dalam pilihanraya tersebut negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Presiden UMNO/Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah kehilangan kuasa di Pulau Pinang.

BN hanya memenagi dua kerusi Parlimen menerusi Perdana Menteri di Kepala Batas dan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Noor Mohamad Yakcob di Tasek Glugor. Baki 13 kerusi parlimen telah disapu oleh pembangkang. Bagi kerusi DUN pula BN hanya memenangi 11 daripada 40 kerusi DUN, kesemua kerusi DUN milik BN hanya dimenangi oleh UMNO.

Tiga calon Ketua Menteri Pulau Pinang daripada GERAKAN kecundang ditangan pembangkang. Datuk Lee Kah Choon yang bertanding dikerusi DUN Machang Bubok tewas ditangan Tan Hock Leong daripada PKR dengan majoriti 4241undi. Datuk Teng Hock Nan pula yang bertanding di DUN Pulau Tikus tewas Koay Teng Hai daripada DAP dengan majoriti 1714. Manakala seorang lagi calon Ketua Menteri Teng Chang Yeow pula kalah ditangan calon DAP Chow Kon Yeow dengan kelebihan 1661.

Begitu juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan tewas ditangan Prof. Dr. P.Ramasamy dengan majoriti 9485. Manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Abdul Rashid Abdullah pula kalah kepada calon PKR Maktar Shapee dengan majoriti 2067.

Akibat daripada kkalahan ini maka calon DAP yang juga Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Lin Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan yang pentadbiran negeri ini akan bebas daripada Dasar Ekonomi Baru yang dipolupori oleh UMNO. Sejurus selepas upacara angkat sumpah untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Lim Guan Eng telah memansuhkan saman dan kompaun kesalahan meletak kenderaan yang di buat oleh MPPP dan MPSP.
MAMPUKAH BN BANGKIT KEMBALI?

PILIHANRAYA umum ke-12 2008 menyaksikan Barisan Nasional atau BN menerima tamparan yang cukup hebat sejak ditubuhkan pada tahun 1972. Dalam pilihanraya kali ini buat pertama kalinya BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga. BN juga hilang penguasaan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah gendang raya yang dipalu untuk menawan Kelantan dan menabalkan Datuk Dr.Awang Adik sebagai Menteri Besar Kelantan juga hancur berkecai.

Inilah kekalahan paling buruk yang pernah dialami oleh BN sejak dibentuk pada tahun 1972 oleh Tun Hj. Abdul Razak Bin Husien. Sebelum ini dalam pilihanraya ke-10 pada tahun 1999 BN telah menerima tekanan yang tidak kurang hebatnya di mana barisan pembangkang berjaya menguasai 47 kerusi dan negeri Terengganu jatuh ditangan pembangkang dan Kelantan tetap manjadi milik PAS.

Lebih awal lagi BN ketika itu dikenali sebagai PERIKATAN yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman telah menerima kekalahan yang hampir sama seperti BN pada tahun 2008. Dalam pilihanraya tersebut PERIKATAN hanya mendapat 67 kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang yang memenangi 37 kerusi parlimen tidak termasuk Sabah dan Serawak. PERIKATAN juga hilang penguasaan di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Terengganu.

Berikutan pencapaian buruk PERIKATAN Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi PERIKATAN telah diberikan tekanan yang cukup hebat sehingga terpaksa melepaskan semua jawatan dan menyerahkan kepada Timbalannya Tun Hj. Abdul Razak Bin Husien. Sebaik saja Tun Hj. Abdul Razak mengambil alih kepimpinan UMNO, PERIKATAN dan negara beliau telah melantik birasnya Tun Husien Onn sebagai Timbalannya. Beliau juga yang membentuk Barisan Nasional serta gagasan Dasar Ekonomi Baru.

Adakah peristiwa ini akan akan berulang lagi? Ingat, sejarah biasanya akan berulang! Adakah kepimpinan BN dan UMNO akan memberi tekanan sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi meletak jawatan dan menyerahkan tahta kekuasaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang kebetulan anak Tun Hj. Abdul Razak. Apabila Datuk Seri Najib berada ditahta kekuasaan, adakah beliau akan melantik sepupunya Datuk Seri Hishamudin untuk menjadi Timbalannya sepertimana yang dibuat oleh Tun Razak dulu?

Walaupun kita melihat pelbagai peringkat pemimpin BN dan UMNO melahirkan sokongan namun kita yakin usaha untuk mengugat kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi tetap berjalan. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengadakan sidang akhbar mendesak Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi melepaskan jawatan seperti yang dilaporkan oleh The Star bertarikh 10 Mac


Khamis, 6 Mac 2008

PENGAKUAN DR. MAHATHIR TERHADAP ISU DSAI

DSAI TIDAK LAKUKAN APA-APA KESALAHAN
PADA bulan September 1998 seluruh negara gempar apabila Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) selaku Perdana Menteri Malaysia telah bertindak memecat Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau telah memecat Datuk Seri Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian diikuti pemecatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan ahli UMNO.

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memberikan melemparkan pelbagai tuduhan dan mengheret Datuk Seri Anwar kemuka pengadilan. Segala pertuduhan itu kelihatan begitu sukar untuk dibuktikan namun disebabkan kekuasaan yang ada ditangan akhirnya Datuk seri Anwar terpaksa merengkok dalam penjara.

Kini tersebar CD pengakuan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) yang mengatakan beliau telah menyalahguna kuasa dan sebenarnya Datuk Seri Anwar tidak
melakukan apa-apa kesalahan. Ucapan itu di percayai dirakam selepas Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad gagal menjadi perwakilan UMNO Kubang Pasu dan sebelum Pilihanraya Ijok. Ikutilah transkrip penuh CD tersebut.

TRANSKRIP UCAPAN TUN DR. MAHATHIR

BERKENAAN dengan masalah negara umpamanya. Masalah negara adalah tanggungjawab kita mungkin lima tahun sekali kita keluar untuk mengundi selain itu kita tidak perlu buat apa-apa dan biarkan saja. Kalau kita lihat sesuatu yang tidak harus dilakukan di depan kita, kita tutup mat saja, dengan itu kita tidak perlu bertindak, tidak perlu diganggu dengan fikiran yang merunsingkan.

Percayalah kalau kita sebuah negara demokratik mempunyai rakyat yang mengutamakan diri sendiri saja maka demokrasi tidak mendatangkan faedah kepada kita. Lebih buruk lagi ialah apabila didapati rakyat dan pemimpin-pemimpin mereka bukan saja sanggup tutup mata, tutup tutup teliga dan tutup hidung dan juga mereka rela kalau ada sesuatu diberi untuk disumbat dalam teliga, sumbat dalam mulut dan sumbat dalam hidung supaya tidak bau busuk dan nampak elok dan tidak dengar benda-benda yang tidak menyenangkan.

Kita boleh disumbat dengan duit, kontrak dan AP. Apabila dapat benda-benda ini, apa perlunya kita beri perhatian kepada negara kita, tak perlu kerana kita sudah hidup senang- lenang. Apa yang berlaku pada negara kita tidak perlu ambil tahu. Tapi ingatlah, kalau ini sikap kita, akhirnya anak kita, cucu kita akan hidup merana kerana kerana negara tidak lagi akan memerintah untuk bkebaikan penduduknya. Tapi kalau kita memberi perhatian, kepada apa yang berlaku disekeliling kita, tapi mereka pengamal demokrasi itu sedar akan tanggungjawab mereka maka akan berhasillah demokrasi.

Apabila kerajaan telah sampai kepada satu tahap menggunakan polis untuk menghalang orang tertentu bercakap. Ini bukanlah satu bukti pihak tertentu ini membuat sesuatu yang baik untuk parti UMNO. Saya juga menyalah gunakan kuasa, masa saya dulu lihat Datuk Seri Anwar apa jadi kepadanya? Saya tangkap. Saya taruk masuk tahanan. Semua orang nampak saya tangkap Datuk Seri Anwar. Bukan ada sebab apa pun… tak dak, tak ada sebab apa pun. Bukan ada apa-apa kesalahan apa-apa yang dilakukan oleh Datuk seri Anwar, tak dak lansung. Ini adalah satu kezaliman. Tapi masa itu susah sikit, ada kuasa susah sikit. La ni dah tak dak kuasa bolehlah buat apa-apa cadangan.

Tuan dan Puan, saya terima kasih kerana diberi peluang ini untuk bercakap sikit, mungkin apa yang saya perkatakan disini tidak akan menyenangkan orang tertentu terutama kepada pemilihan-pemilihan tertentu mungkin ini ucapan khas untuk parti. Tetapi kalau kita buat pekara seperti buta-tuli dia tidak akan menyampaikan mesej kepada pihak tertentu.

Sama ada apa yang dilakukan oleh baik atau buruk kita lihat sekarang ini, kutuk orang yang dahulu memilih kita. Kalau kita kutuk maka dapatlah, kekalkan kedudukan kita, kita buat. Peduli apa! Semua ni orang pilihan saya juga. Ada yang jadi Perdana Menteri.
Sebagai orang melayu ni, kita selalu kenang budi.

Saya ingin ingat kita semua bahawa kalau kita sayang kepada bangsa jangan terlalu sayang pada diri sendiri. Orang yang sayang kepada bangsa ,kadang-kala mesti belakangkan kepentingan diri. Kalau kita tak dapat 5 juta, kita tak apalah, bangsa senang. Kalau kerana RM200 boleh buat macam-macam saya ingat bangsa kita tak kan kekal seperti dahulu.

Apa nama,ini bukan soal Khaled Ibrahim ataupun soal isu ataupun isu prinsip. Kalaulah Khaled menang akan jatuhkah kerajaan Malaysia? Tetapi kalau Khaled ni dikalahkan dengan teruk maka, ini membuktikan kesayangan rakyat kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Saya yakin Najib akan membuat kenyataan, rakyat yakin akan kepimpinan Datuk Abdullah.. Di Batu Talam, ini menunjukkan betapa rakyat sokong Mr.Clean. Menang di Machap statements yang sama. Saya dah duga, lepas ni di Ijok membuktikan kesannya ,kesayang rakyat kepada Mr.Clean. Kerana kita semua orang yang clean. Orang-orang yang lain sebenarnya tiada kiatan yang pentingnya sama ada kita nak buktikan Mr. Clean is clear or not clean?.

Tetapi yang jadi masalahnya ialah ugutan. Kalau ada sesiapa yang cuba calon lain maka pencalonan itu akan terima macam-macam tekanan daripada pihak tertentu. Ini tidak harus dibuat. Sekarang ini, siapa yang mencalon dia akan jadi orang kuat, yang dicalon akan menjadi mangsa dan mana-mana rakyat yang sanggup mengundang atau menjemput orang-orang ini untuk bercakap, bahagian itu akan menjadi mangsa. Ini macam sikap ‘police state’ tak boleh buat sesuatupun, macam saya sekarang ini.

Alhamdullilah, hari ni saya pi banyak tempat juga, dah 14 jemputan yang ditarik balik kerana polis panggil mereka dan suruh mereka tarik balik. Suruh polis ugut orang, tak ada undang-undang. “That is no law give permit to ask a police officer to threaten people. That is happening to those people who invited me. I dont know what her you have been call up or not, you should be very happy but I know a lot of people in Baling in many other places was threated.”

Jangan ada orang ugutan, jangan anggap orang yang melawan kita itu sebagai musuh dan kita cuba hapuskannya. Sebenarnya semasa saya ..minta maaflah saya cakap sikit berkenaan diri saya ini, semasa saya jadi Perdana Menteri banyak orang menentang.
Lepas tu, habis tu habislah kita ambil dia balik ambil Menteri , jadi Timbalan Perdana Menteri, dan jadi Perdana Menteri pun.Patutnya tak bolehlah. Ini kalau ada sapa soal macam saya cakap saya, cari jalan nak tutup mulut. Ini demokrasi modenlah saya tak berapa berkenan demokrasi, jawapannya senang saja saya tidak pernah meminta maaf kepada Perdana Menteri. Saya minta maaf daripada orang ramai kerana saya telah membuat penjelasan yang tidak asas. Kalau saya cerita pada Tuan tuan dan puan-puan disini hendak yang terbaik, saya harus minta maaf disini dengan tuan-tuan dan puan-puan bukannya orang lain.

Tiada siapa saya tak tau la bangkit ada orang yang lebih dah yang beritahu tanya orang tu lah. Saya tak tahu. Jangan tanya saya la. Soal Khairy Jamaluddin, ini adalah satu yang begitu brillion sekali. Biasanya orang yang menang tanpa bertanding ini adalah orang yang sudah lama berkecimpung dalam UMNO yang biasa bertanding tetap selalu menang, orang semacam itu itu biasanya orang yang menang tanpa bertanding Lihifirstive terus budak baru yang tak pernah !!! …Masuk-masuk menang-menang pasai apa kerana budak-budak lain tak boleh lari. Tak boleh lari kerana diikat kaki. Lain kali kalau ada pertandingan tengoklah kaki siapa yang kena ikat kaki.
PEMIMPIM UMNO ALAF BARU BUKAN LAGI PEMBELA MELAYU

KEPIMPINAN UMNO yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa di negara ini lebih 50 tahun bagi lagi boleh diharap oleh orang melayu. Ini mungkin disebabkan terlalu lama mereka berkuasa menyebabkan mereka mula lupa tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Hari ini rata-rata pemimpin UMNO menjadikan agenda mengkayakan diri, keluarga dan sahabat handai mereka sebagai agenda utama dan perjuangan membela anak bangsa hanya menjadi agenda sampingan.

Kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang diberikan oleh majoriti orang melayu menjadikan pemimpim UMNO rasa bongkak dan sombong. Apa yang disuarakan oleh orang melayu diperingkat akar umbi langsung tidak dipedulikan. Mereka buat apa yang mereka rasa betul dan dimata orang melayu tidakan itu tidak begitu disenangi namun mereka langsung tidak prihatin.

Sebagai contoh kepimpinan UMNO tidak prihatin akan suara orang melayu diperingkat akar umbi apabila Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO ketika itu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) mencadangkan agar bahasa pengantar untuk mata pelajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris maka Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu Datuk Aziz Deraman telah mengerakan badan penulisan, bahasa dan budaya untuk mengutip satu juta tandatangan untuk diserahkan kepada kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO untuk membantah cadangan itu. Namun usaha itu sia-sia kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO tetap melaksanakannya.



Sebagai orang melayu saya amat kecewa dengan tindakan kepimpinan UMNO yang sering meluangkan yang merekalah saja yang dapat membela akan nasib dan masa depan orang melayu. Nampaknya laungan itu adalah satu pembohongan kerana bahasa melayu yang menjadi bahasa ibunda mereka sendiripun mereka ketepikan gagal memertabatkannya. Jadi apa lagi yang boleh kita harapkan daripada mereka.


Begitu juga pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar khususnya orang melayu yang melanjutkan pelajaran di IPTA juga sudah diganti dengan pinjaman. Mengapa tergamak kepimpinan UMNO yang menunjangi kerajaan BN mengantikan biasiswa dengan pinjaman? Ketika itu tidak ada siapa yang mempertikaikannya dan kalau ada sekalipun para pemimpin UMNO yang sering meluangan segagai pembela bangsa harus mempertahankannya. Kepimpinan UMNO jika benar-benar membantu orang melayu perlu memberikan biasiswa penuh kepada pelajar melayu yang melanjutkan pelajaran ke IPTA sebagai hadiah dan memberikan pinjaman kepada para pelajar melayu khususnya yang belajar di IPTS.

Pemimpin UMNO juga yang bertanggungjawab membuka pintu sebanyak sepuluh peratus tempat pengajian di Maktab Rendah Sains MARA dan UITM yang pada asalnya dikhususkan untuk pelajar melayu. Kenapa para pemimpin UMNO biarkan perkara ini berlaku? Di mana slogan yang mengatakan UMNO sebagai pembela dan penjuang nasib orang melayu? Satu-satu hak milik orang melayu diambil dan dirobek dengan kerelaan hati para pemimpin tertinggi UMNO.


Siapakah yang bertanggungjawab meletakan syarat meritrokrasi untuk pemilihan pelajar memasuki IPTA. Sistem meritokrasi akan menyekat kemasukan pelajar melayu memasuki IPTA. Berapa kerat anak melayu yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Tunku Abdul Rahman. Berapa pula yang belajar di Kolej Lim Kok Wing? Dan berapa ramai pula pelajar melayu yang belajar di seberang laut yang membiayai sendiri pengajian berbanding dengan kaum-kaum lain. Siapa yang buat dasar ini kalau bukan pemimpin tertinggi UMNO.

Kepimpinan tertinggi UMNO juga yang bertanggungjawab menghapuskan staus tanah simpanan melayu. Tujuannya untuk menambah nilai tapi ingatlah jika status itu bertukar dan nilainya bertambah maka tanah-tanah itu pasti akan bertukar tangan kepada bukan melayu. Lambat laun orang melayu tidak,akan mempunyai tanah di tanahair sendiri. Macam mana para pemimpin UMNO terus bersuara sebagai pembela dan perjuang bangsa?

Begitu juga peraturan pembinaan taman-taman perumahan yang dibuat oleh kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO banyak merugikan bangsa melayu. Sebagai contoh sebuah syarikat perumahan membina sebuah taman dengan 2000 unit di kawasan bermajoriti melayu dan mereka membina rumah yang harganya mahal dan pastinya orang melayu gagal membelinya. Daripada 2000 unit itu mereka bina rumah kos rendah tiga puluh peratus dan yang lainnya rumah kos sederhana dan mewah. Kalaulah kita katakan hanya enam puluh peratus saja orang melayu yang membelinya, apa akan jadi kepada kawasan yang bermajoriti melayu itu sautu hari nanti?

Sekiranya kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO benar-benar ingin menjaga kepentingan melayu maka mereka perlu meletakan syarat di kawasan bermajoriti melayu penempatan orang melayu mestilah 70 peratus dan pemaju perlu membina rumah yang orang melayu mampu memilikinya dan di kawasan yang majoriti kaum lain lebih kuota orang melayu tiga puluh peratus. Jika ini dilaksanakan sudah tentu mereka mampu menjaga kepentingan politik orang melayu. Megapa para pemimpin UMNO tidak memikirkan masalah ini? Apa maknanya pembangunan jika kawasan bermajoriti orang melayu kian terhakis?

Akir-akhir ini kedengaran suara-suara sumbang orang bukan melayu juga inginkan tender-tender yang dikeluarkan oleh kerajaan khususnya ditawarkan kepada kontraktor melayu. Jika para pemimpin UMNO mengalah akan tuntutan ini dan memberikan peluang kepada syarikat-syarikat bukan melayu menyertainya maka suatu hari nanti pasti mereka akan bolot habis semua tender-tender itu. Ini kerana mereka pastinya mendapat menawarkan harga yang baik kerana mereka memdapatkan bahan mentah jauh lebih murah daipada orang melayu.

Pemimpin tertinggi UMNO harus ingat walaupun tender-tender kerajaan diberikan kepada orang melayu namun orang lain tetap mendapat habuannya kerana orang melayu tetap terpaksa membeli bahan-bahan mentah dari mereka. Malah kadang kala mereka mendapat lebih banyak apabila terdapat kontartor melayu yang mengsubkan kerja kontark itu kepada mereka.

Kepimpinan UMNO yang menunjangi kerajaan BN terlalu lemah dan berlembut dengan mereka. Kelembutan itu dapat dilihat apabila pemimpin UMNO dengan senang hati menyerahkan begitu banyak kawasan bermajoriti orang melayu kepada rakan-rakan mereka dalam parti komponen. Orang melayu yang mendapat wakil daripada kaum lain beruseha bermati-matian untuk memenangkan calon parti komponen yang dirasakan cukup bertuah itu.

Apabila persoalan ini disuarakan, para pemimpin UMNO pasti menjawab inilah konsep perkongsian kuasa BN. Persoalannya konsep perkongsian kuasa ini banyak merugikan orang melayu. Kalau kita lihat terdapat 23 kawasan Parlimen dan 23 kawasan DUN yang bermajoriti melayu di semenanjung menjadi milik rakan-rakan parti komponen BN.

Majoriti pemimpin parti-parti komponen menang dengan begitu selesa di kawasan bermaoriti melayu. Di kawasan majoriti orang China lazimnya di menangi oleh DAP. Jadi konsep perkongsian kuasa BN yang dipolopuri oleh UMNO banyak merugikan orang melayu.

Dua puluh tiga kawasan parlimen tersebut ialah P9 Alor Setar (Melayu: 62.5%), P17 Padang Serai (Melayu: 54.72%), P55 Lenggong (Melayu: 78.64%), P72 Tapah (Melayu: 47.01%), P77 tanjong Malim (Melayu:48.63%), P78 Cameron Highland (Melayu: 43.1%), P80 Raub (Melayu: 49.11), P94 Hulu Selangor (Melayu: Melayu: 53.51%), P97 Selayang (Melayu: 45.19%), P100 Pandan (Melayu: 49.85%), P103 Puchong (Melayu: 44.81%), P104 Kelana Jaya (Melayu:42.77%), P107 Subang (Melayu: 50.05%), P109 Kapar (Melayu:51.85%), P111 Kota Raja (Melayu:46.78%), P115 Batu (Melayu:44.27%), P116 Wangsa Maju (Melayu:52.45%), P124 Bandar Tun Razak (52.73%), P132 Telok Kemang (Melayu:40%), P135 Alor Gajah (Melayu:57.81%),P148 Ayer Hitam (Melayu:56.54%), P151 Simpang Rengam (Melayu: 53.99%) dan P158 Terbrau (Melayu:49.34).

Manakala 23 kurusi DUN terdiri daripada N1 Titi Tinggi, Perlis (Melayu: 75.64%), N11 Derga, Kedah (Melayu: 54.78%), N22 Gurun, Kedah (Melayu: 56.18%), N25 Bukit Selambau, Kedah (Melayu:50.20%), N35 Kulim, Kedah (Melayu:62.96%),N9 Kota Lama, Kelantan (Melayu:61.82%), N14 Bandar, Terengganu (Melayu:60.41%), N13 Kuala Sepetang, Perak (Melayu:58.97%), N46 Chendering, Perak(Melayu: 37.57%), N51 Pasir Panjang, Perak (Melayu:65.69%), N54 Hutan Melintang, Perak (Melayu:50.60%), N59 Belrang, Perak (Melayu: 56.84%), N4 Cheka, Pahang (Melayu: 68.47%), N10 Demak, Pahang (Melayu:56.04%), N30 Mentakab, Pahang (Melayu: 49.39%),

Lain-lain Dewan Undangan Negeri majoriti melayu yang diserahkan kepada parti komponen BN lain ialah N10 Bukit Melawati, Selangor (Melayu:56.94%), N25 Kajang,Selangor (Melayu: 46.62%), N49 Sri Andalas, Selangor (Melayu: 44.98%), N56 Sungai Pelek,Selangor (Melayu: 41.03%),N7 Jeram Panjang, Negeri Sembilan (Melayu: 47%), N10 Asahan,Melaka (Melayu:58.27%), N14 Klebang,Melaka (Melayu:54.34%), N15 Bachang,Melaka (Melayu: 49.46%) dan N24 Bembang,Melaka (Melayu: 59.36%). N3 Pemanis, Johor (Melayu:53.09%), N9 Gambir, Johor (Melayu:55.16%), N21 Parit Yani, Johor (Melayu:56.97%), N31 Kahang,Johor (Melayu:71.34), N33 Tenggaroh, Johor (Melayu: 79.88%), N43 Permas, Johor (Melayu:53.66%), dan N46 Pengkalan Rinting, Johor (Melayu: 48.63%).

Kini jelas terbukti bahawa UMNO bukan lagi parti yang boleh diharap oleh orang melayu untuk memperjuang dan membela akan nasib dan masa depan orang melayu. Ini Cuma sebahagian malah kalau hendak disenaraikan masih banyak perkara yang membuktikan UMNO membelakangkan kepentingan orang melayu. Kepimpinan UMNO di alaf baru ini hanya membela dan menjaga kepentingan diri, keluarga dan kawan-kawan daripada membela dan menjaga kepentingan orang melayu. Jadi orang melayu perlu mencari alternatif dalam usaha mempastikan nasib dan masa depan bangsa terus terbela.