Jumaat, 21 Mac 2008

PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG BEBAL

SELEPAS pilihanraya umum ke-12 nampaknya kepimpinan UMNO Pulau Pinang terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat yang tidak mereka duga. Dalam pilihanraya tersebut negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Presiden UMNO/Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah kehilangan kuasa di Pulau Pinang.

BN hanya memenagi dua kerusi Parlimen menerusi Perdana Menteri di Kepala Batas dan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Noor Mohamad Yakcob di Tasek Glugor. Baki 13 kerusi parlimen telah disapu oleh pembangkang. Bagi kerusi DUN pula BN hanya memenangi 11 daripada 40 kerusi DUN, kesemua kerusi DUN milik BN hanya dimenangi oleh UMNO.

Tiga calon Ketua Menteri Pulau Pinang daripada GERAKAN kecundang ditangan pembangkang. Datuk Lee Kah Choon yang bertanding dikerusi DUN Machang Bubok tewas ditangan Tan Hock Leong daripada PKR dengan majoriti 4241undi. Datuk Teng Hock Nan pula yang bertanding di DUN Pulau Tikus tewas Koay Teng Hai daripada DAP dengan majoriti 1714. Manakala seorang lagi calon Ketua Menteri Teng Chang Yeow pula kalah ditangan calon DAP Chow Kon Yeow dengan kelebihan 1661.

Begitu juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan tewas ditangan Prof. Dr. P.Ramasamy dengan majoriti 9485. Manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Abdul Rashid Abdullah pula kalah kepada calon PKR Maktar Shapee dengan majoriti 2067.

Akibat daripada kkalahan ini maka calon DAP yang juga Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Lin Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan yang pentadbiran negeri ini akan bebas daripada Dasar Ekonomi Baru yang dipolupori oleh UMNO. Sejurus selepas upacara angkat sumpah untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Lim Guan Eng telah memansuhkan saman dan kompaun kesalahan meletak kenderaan yang di buat oleh MPPP dan MPSP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan