Jumaat, 21 Mac 2008

MAMPUKAH BN BANGKIT KEMBALI?

PILIHANRAYA umum ke-12 2008 menyaksikan Barisan Nasional atau BN menerima tamparan yang cukup hebat sejak ditubuhkan pada tahun 1972. Dalam pilihanraya kali ini buat pertama kalinya BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga. BN juga hilang penguasaan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah gendang raya yang dipalu untuk menawan Kelantan dan menabalkan Datuk Dr.Awang Adik sebagai Menteri Besar Kelantan juga hancur berkecai.

Inilah kekalahan paling buruk yang pernah dialami oleh BN sejak dibentuk pada tahun 1972 oleh Tun Hj. Abdul Razak Bin Husien. Sebelum ini dalam pilihanraya ke-10 pada tahun 1999 BN telah menerima tekanan yang tidak kurang hebatnya di mana barisan pembangkang berjaya menguasai 47 kerusi dan negeri Terengganu jatuh ditangan pembangkang dan Kelantan tetap manjadi milik PAS.

Lebih awal lagi BN ketika itu dikenali sebagai PERIKATAN yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman telah menerima kekalahan yang hampir sama seperti BN pada tahun 2008. Dalam pilihanraya tersebut PERIKATAN hanya mendapat 67 kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang yang memenangi 37 kerusi parlimen tidak termasuk Sabah dan Serawak. PERIKATAN juga hilang penguasaan di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Terengganu.

Berikutan pencapaian buruk PERIKATAN Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi PERIKATAN telah diberikan tekanan yang cukup hebat sehingga terpaksa melepaskan semua jawatan dan menyerahkan kepada Timbalannya Tun Hj. Abdul Razak Bin Husien. Sebaik saja Tun Hj. Abdul Razak mengambil alih kepimpinan UMNO, PERIKATAN dan negara beliau telah melantik birasnya Tun Husien Onn sebagai Timbalannya. Beliau juga yang membentuk Barisan Nasional serta gagasan Dasar Ekonomi Baru.

Adakah peristiwa ini akan akan berulang lagi? Ingat, sejarah biasanya akan berulang! Adakah kepimpinan BN dan UMNO akan memberi tekanan sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi meletak jawatan dan menyerahkan tahta kekuasaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang kebetulan anak Tun Hj. Abdul Razak. Apabila Datuk Seri Najib berada ditahta kekuasaan, adakah beliau akan melantik sepupunya Datuk Seri Hishamudin untuk menjadi Timbalannya sepertimana yang dibuat oleh Tun Razak dulu?

Walaupun kita melihat pelbagai peringkat pemimpin BN dan UMNO melahirkan sokongan namun kita yakin usaha untuk mengugat kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi tetap berjalan. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengadakan sidang akhbar mendesak Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi melepaskan jawatan seperti yang dilaporkan oleh The Star bertarikh 10 Mac


Tiada ulasan:

Catat Ulasan