Khamis, 6 Mac 2008

PEMIMPIM UMNO ALAF BARU BUKAN LAGI PEMBELA MELAYU

KEPIMPINAN UMNO yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa di negara ini lebih 50 tahun bagi lagi boleh diharap oleh orang melayu. Ini mungkin disebabkan terlalu lama mereka berkuasa menyebabkan mereka mula lupa tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Hari ini rata-rata pemimpin UMNO menjadikan agenda mengkayakan diri, keluarga dan sahabat handai mereka sebagai agenda utama dan perjuangan membela anak bangsa hanya menjadi agenda sampingan.

Kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang diberikan oleh majoriti orang melayu menjadikan pemimpim UMNO rasa bongkak dan sombong. Apa yang disuarakan oleh orang melayu diperingkat akar umbi langsung tidak dipedulikan. Mereka buat apa yang mereka rasa betul dan dimata orang melayu tidakan itu tidak begitu disenangi namun mereka langsung tidak prihatin.

Sebagai contoh kepimpinan UMNO tidak prihatin akan suara orang melayu diperingkat akar umbi apabila Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO ketika itu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) mencadangkan agar bahasa pengantar untuk mata pelajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris maka Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu Datuk Aziz Deraman telah mengerakan badan penulisan, bahasa dan budaya untuk mengutip satu juta tandatangan untuk diserahkan kepada kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO untuk membantah cadangan itu. Namun usaha itu sia-sia kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO tetap melaksanakannya.



Sebagai orang melayu saya amat kecewa dengan tindakan kepimpinan UMNO yang sering meluangkan yang merekalah saja yang dapat membela akan nasib dan masa depan orang melayu. Nampaknya laungan itu adalah satu pembohongan kerana bahasa melayu yang menjadi bahasa ibunda mereka sendiripun mereka ketepikan gagal memertabatkannya. Jadi apa lagi yang boleh kita harapkan daripada mereka.


Begitu juga pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar khususnya orang melayu yang melanjutkan pelajaran di IPTA juga sudah diganti dengan pinjaman. Mengapa tergamak kepimpinan UMNO yang menunjangi kerajaan BN mengantikan biasiswa dengan pinjaman? Ketika itu tidak ada siapa yang mempertikaikannya dan kalau ada sekalipun para pemimpin UMNO yang sering meluangan segagai pembela bangsa harus mempertahankannya. Kepimpinan UMNO jika benar-benar membantu orang melayu perlu memberikan biasiswa penuh kepada pelajar melayu yang melanjutkan pelajaran ke IPTA sebagai hadiah dan memberikan pinjaman kepada para pelajar melayu khususnya yang belajar di IPTS.

Pemimpin UMNO juga yang bertanggungjawab membuka pintu sebanyak sepuluh peratus tempat pengajian di Maktab Rendah Sains MARA dan UITM yang pada asalnya dikhususkan untuk pelajar melayu. Kenapa para pemimpin UMNO biarkan perkara ini berlaku? Di mana slogan yang mengatakan UMNO sebagai pembela dan penjuang nasib orang melayu? Satu-satu hak milik orang melayu diambil dan dirobek dengan kerelaan hati para pemimpin tertinggi UMNO.


Siapakah yang bertanggungjawab meletakan syarat meritrokrasi untuk pemilihan pelajar memasuki IPTA. Sistem meritokrasi akan menyekat kemasukan pelajar melayu memasuki IPTA. Berapa kerat anak melayu yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Tunku Abdul Rahman. Berapa pula yang belajar di Kolej Lim Kok Wing? Dan berapa ramai pula pelajar melayu yang belajar di seberang laut yang membiayai sendiri pengajian berbanding dengan kaum-kaum lain. Siapa yang buat dasar ini kalau bukan pemimpin tertinggi UMNO.

Kepimpinan tertinggi UMNO juga yang bertanggungjawab menghapuskan staus tanah simpanan melayu. Tujuannya untuk menambah nilai tapi ingatlah jika status itu bertukar dan nilainya bertambah maka tanah-tanah itu pasti akan bertukar tangan kepada bukan melayu. Lambat laun orang melayu tidak,akan mempunyai tanah di tanahair sendiri. Macam mana para pemimpin UMNO terus bersuara sebagai pembela dan perjuang bangsa?

Begitu juga peraturan pembinaan taman-taman perumahan yang dibuat oleh kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO banyak merugikan bangsa melayu. Sebagai contoh sebuah syarikat perumahan membina sebuah taman dengan 2000 unit di kawasan bermajoriti melayu dan mereka membina rumah yang harganya mahal dan pastinya orang melayu gagal membelinya. Daripada 2000 unit itu mereka bina rumah kos rendah tiga puluh peratus dan yang lainnya rumah kos sederhana dan mewah. Kalaulah kita katakan hanya enam puluh peratus saja orang melayu yang membelinya, apa akan jadi kepada kawasan yang bermajoriti melayu itu sautu hari nanti?

Sekiranya kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO benar-benar ingin menjaga kepentingan melayu maka mereka perlu meletakan syarat di kawasan bermajoriti melayu penempatan orang melayu mestilah 70 peratus dan pemaju perlu membina rumah yang orang melayu mampu memilikinya dan di kawasan yang majoriti kaum lain lebih kuota orang melayu tiga puluh peratus. Jika ini dilaksanakan sudah tentu mereka mampu menjaga kepentingan politik orang melayu. Megapa para pemimpin UMNO tidak memikirkan masalah ini? Apa maknanya pembangunan jika kawasan bermajoriti orang melayu kian terhakis?

Akir-akhir ini kedengaran suara-suara sumbang orang bukan melayu juga inginkan tender-tender yang dikeluarkan oleh kerajaan khususnya ditawarkan kepada kontraktor melayu. Jika para pemimpin UMNO mengalah akan tuntutan ini dan memberikan peluang kepada syarikat-syarikat bukan melayu menyertainya maka suatu hari nanti pasti mereka akan bolot habis semua tender-tender itu. Ini kerana mereka pastinya mendapat menawarkan harga yang baik kerana mereka memdapatkan bahan mentah jauh lebih murah daipada orang melayu.

Pemimpin tertinggi UMNO harus ingat walaupun tender-tender kerajaan diberikan kepada orang melayu namun orang lain tetap mendapat habuannya kerana orang melayu tetap terpaksa membeli bahan-bahan mentah dari mereka. Malah kadang kala mereka mendapat lebih banyak apabila terdapat kontartor melayu yang mengsubkan kerja kontark itu kepada mereka.

Kepimpinan UMNO yang menunjangi kerajaan BN terlalu lemah dan berlembut dengan mereka. Kelembutan itu dapat dilihat apabila pemimpin UMNO dengan senang hati menyerahkan begitu banyak kawasan bermajoriti orang melayu kepada rakan-rakan mereka dalam parti komponen. Orang melayu yang mendapat wakil daripada kaum lain beruseha bermati-matian untuk memenangkan calon parti komponen yang dirasakan cukup bertuah itu.

Apabila persoalan ini disuarakan, para pemimpin UMNO pasti menjawab inilah konsep perkongsian kuasa BN. Persoalannya konsep perkongsian kuasa ini banyak merugikan orang melayu. Kalau kita lihat terdapat 23 kawasan Parlimen dan 23 kawasan DUN yang bermajoriti melayu di semenanjung menjadi milik rakan-rakan parti komponen BN.

Majoriti pemimpin parti-parti komponen menang dengan begitu selesa di kawasan bermaoriti melayu. Di kawasan majoriti orang China lazimnya di menangi oleh DAP. Jadi konsep perkongsian kuasa BN yang dipolopuri oleh UMNO banyak merugikan orang melayu.

Dua puluh tiga kawasan parlimen tersebut ialah P9 Alor Setar (Melayu: 62.5%), P17 Padang Serai (Melayu: 54.72%), P55 Lenggong (Melayu: 78.64%), P72 Tapah (Melayu: 47.01%), P77 tanjong Malim (Melayu:48.63%), P78 Cameron Highland (Melayu: 43.1%), P80 Raub (Melayu: 49.11), P94 Hulu Selangor (Melayu: Melayu: 53.51%), P97 Selayang (Melayu: 45.19%), P100 Pandan (Melayu: 49.85%), P103 Puchong (Melayu: 44.81%), P104 Kelana Jaya (Melayu:42.77%), P107 Subang (Melayu: 50.05%), P109 Kapar (Melayu:51.85%), P111 Kota Raja (Melayu:46.78%), P115 Batu (Melayu:44.27%), P116 Wangsa Maju (Melayu:52.45%), P124 Bandar Tun Razak (52.73%), P132 Telok Kemang (Melayu:40%), P135 Alor Gajah (Melayu:57.81%),P148 Ayer Hitam (Melayu:56.54%), P151 Simpang Rengam (Melayu: 53.99%) dan P158 Terbrau (Melayu:49.34).

Manakala 23 kurusi DUN terdiri daripada N1 Titi Tinggi, Perlis (Melayu: 75.64%), N11 Derga, Kedah (Melayu: 54.78%), N22 Gurun, Kedah (Melayu: 56.18%), N25 Bukit Selambau, Kedah (Melayu:50.20%), N35 Kulim, Kedah (Melayu:62.96%),N9 Kota Lama, Kelantan (Melayu:61.82%), N14 Bandar, Terengganu (Melayu:60.41%), N13 Kuala Sepetang, Perak (Melayu:58.97%), N46 Chendering, Perak(Melayu: 37.57%), N51 Pasir Panjang, Perak (Melayu:65.69%), N54 Hutan Melintang, Perak (Melayu:50.60%), N59 Belrang, Perak (Melayu: 56.84%), N4 Cheka, Pahang (Melayu: 68.47%), N10 Demak, Pahang (Melayu:56.04%), N30 Mentakab, Pahang (Melayu: 49.39%),

Lain-lain Dewan Undangan Negeri majoriti melayu yang diserahkan kepada parti komponen BN lain ialah N10 Bukit Melawati, Selangor (Melayu:56.94%), N25 Kajang,Selangor (Melayu: 46.62%), N49 Sri Andalas, Selangor (Melayu: 44.98%), N56 Sungai Pelek,Selangor (Melayu: 41.03%),N7 Jeram Panjang, Negeri Sembilan (Melayu: 47%), N10 Asahan,Melaka (Melayu:58.27%), N14 Klebang,Melaka (Melayu:54.34%), N15 Bachang,Melaka (Melayu: 49.46%) dan N24 Bembang,Melaka (Melayu: 59.36%). N3 Pemanis, Johor (Melayu:53.09%), N9 Gambir, Johor (Melayu:55.16%), N21 Parit Yani, Johor (Melayu:56.97%), N31 Kahang,Johor (Melayu:71.34), N33 Tenggaroh, Johor (Melayu: 79.88%), N43 Permas, Johor (Melayu:53.66%), dan N46 Pengkalan Rinting, Johor (Melayu: 48.63%).

Kini jelas terbukti bahawa UMNO bukan lagi parti yang boleh diharap oleh orang melayu untuk memperjuang dan membela akan nasib dan masa depan orang melayu. Ini Cuma sebahagian malah kalau hendak disenaraikan masih banyak perkara yang membuktikan UMNO membelakangkan kepentingan orang melayu. Kepimpinan UMNO di alaf baru ini hanya membela dan menjaga kepentingan diri, keluarga dan kawan-kawan daripada membela dan menjaga kepentingan orang melayu. Jadi orang melayu perlu mencari alternatif dalam usaha mempastikan nasib dan masa depan bangsa terus terbela.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan